KelabMama

7 Klinik Pakar Kanak-kanak di Senawang, Pilihan Terbaik Untuk Anak-anak

klinik pakar kanak kanak senawang

Kredit gambar: www.seattleschild.com

Selain pelbagai kemudahan awam biasa, pekan yang terletak di daerah Seremban, Negeri Sembilan ini juga mempunyai banyak klinik pakar kanak-kanak di Senawang yang boleh Mama dan Papa pilih.

Jadi, sekiranya Mama dan Papa ingin membawa anak-anak mendapatkan rawatan kesihatan, bolehlah buat pilihan klinik mana yang ingin dicuba berdasarkan perkongsian senarai klinik yang Mama Siti kongsikan di bawah ini!

Pakar Pediatrik vs Doktor Biasa

Bercakap mengenai pakar kanak-kanak, Mama dan Papa tahu tak apakah itu Pediatrik dan apa perbezaannya dengan doktor yang lain?

Sebenarnya, Pediatrik adalah satu bidang perubatan yang berkaitan dengan perubatan dan perawatan kesihatan kanak-kanak dan bayi. Pediatrik menjadi salah satu bidang yang penting pada masa kini kerana semakin banyak isu dan penyakit baru yang berkaitan dengan kanak-kanak timbul.

Pakar pediatrik pula adalah doktor pakar kanak-kanak yang akan menguruskan segala perkara berkaitan dengan perubatan dan rawatan kanak-kanak. Pakar kanak-kanak ini adalah orang yang terlatih dalam mendiagnos dan merawat pesakit kanak-kanak.

Pendek katanya, doktor-doktor ini memang sangat terlatih dalam pengendalian dan perawatan kesihatan kanak-kanak dengan lebih terperinci. Oleh itu, sebagai ibu bapa seharusnya Mama dan Papa meletakkan kepercayaan yang penuh kepada doktor yang bergelar pakar kanak-kanak ini.

Kalau nak tahu senarai klinik pakar yang terbaik di Senawang, Mama dan Papa boleh lihat senarainya di bawah ini:

Senarai Klinik Pakar Kanak-kanak di Senawang

Kredit gambar: www.forbes.com

Semua klinik ini menjadi tumpuan ibu bapa di sekitar Senawang disebabkan oleh klinik yang mesra kanak-kanak.

Antara perkara yang menarik perhatian kanak-kanak yang berkunjung ke semua klinik ini untuk mendapatkan rawatan adalah suasana dan persekitaran yang menarik.

Doktor dan staf yang sangat mesra juga sangat membantu membuatkan ibu bapa rasa tertarik untuk mendapatkan rawatan anak mereka di sini.

#1. Klinik Pakar Kanak-Kanak Senawang (Senawang Child Specialist)

Pakar kanak-kanak yang bertanggungjawab di klinik ini ialah Dr. Liu Chia Boon. Beliau adalah seorang pakar kanak-kanak yang berpengalaman dan amat teliti dalam merawat setiap pesakit kecilnya.

Bagi Mama dan Papa yang berminat untuk mendapatkan rawatan anak-anak di sini boleh rujuk butiran seperti di bawah.

Alamat:

Waktu Operasi:

Perkhidmatan:

No. telefon:

#2. Dr. Lim Baby and Child Specialist (SALAM Senawang Specialist Hospital)

Kredit gambar: Facebook

Klinik pakar kanak-kanak yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan rawatan ini terletak atau berada di dalam SALAM Senawang Specialist Hospital.

Pakar kanak-kanak yang bertanggungjawab untuk merawat pesakit di sini ialah Dr. Lim Wee Yi. Seorang pakar pediatrik yang amat mesra kanak-kanak dan sangat membantu ibu bapa yang inginkan kepastian mengenai sakit anak mereka.

Bagi yang berminat boleh hadir ke alamat seperti di bawah.

Alamat:

Waktu Operasi:

Perkhidmatan:

No. telefon:

Facebook/Website:

#3. Megaklinik Zahran Senawang

Kredit gambar: Facebook @Megaklinik Zahran Senawang

Alamat:

Waktu Operasi:

Perkhidmatan:

No. telefon:

Facebook/Website:

#4. Klinik Amal, Senawang

Kredit gambar: Facebook

Alamat:

Waktu operasi:

Perkhidmatan:

No. telefon:

Facebook/Website:

#5. Klinik Mediviron Senawang

Kredit gambar: Google review @Awin75 Awin75

Alamat:

Waktu operasi:

Perkhidmatan:

No. telefon:

#6. Klinik Dr Jamilah

Kredit gambar: Facebook @Klinik Dr Jamilah

Alamat:

Waktu operasi:

No. Telefon:

Perkhidmatan:

Facebook/Website:

#7. Poliklinik Raudhah Raisha

Kredit gambar: Poliklinik Raudhah Raisha

Alamat:

Waktu operasi:

Perkhidmatan:

No. telefon:

Facebook/Website:

Semua klinik pakar kanak-kanak yang Mama Siti lampirkan ini juga sentiasa memberikan perkhidmatan perubatan dan rawatan yang terbaik dan menyeluruh untuk pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Di samping itu, persekitaran di klinik yang menarik dan kemudahan yang disediakan membuatkan kanak-kanak tidak merasa takut untuk mendapatkan rawatan di sini. Diharap dengan perkongsian oleh Mama Siti ini, Papa dan Mama mendapat info sebaiknya.

Semoga membantu!


Selain senarai klinik pakar kanak-kanak di kawasan Senawang, Mama dan Papa juga boleh dapatkan senarai klinik di kawasan lain di SINI!