KelabMama

Senarai Klinik Gigi di Kota Tinggi dan Cara Cegah Gigi Rongak Ketika Usia Muda

klinik gigi di Kota Tinggi, Johor

Umur baru 40 tahun, dah kena pakai gigi palsu. Kos membuat gigi palsu pula bermula dari RM300 hingga RM 5000 mengikut saiz gigi masing-masing. 

Walaupun gigi nampak seperti gigi semulajadi tetapi ia belum tentu mempunyai kekuatan yang sama seperti gigi asal. Perbezaan tersebut menyebabkan sebahagian pemakai gigi palsu perlu memotong makanan ke bahagian kecil. 

Justeru, untuk mengelakkan gigi asal rosak, lebih baik kita buat langkah penjagaan dengan rawatan paling asas iaitu scaling atau cuci gigi. 

6 Klinik Pergigian Kota Tinggi (Kerajaan dan Swasta)

#1 Kota Dental Surgery

Alamat: 30H, Jalan Tun Sri Lanang, Pekan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu operasi:
Isnin hingga Sabtu: 9am- 9pm
Ahad: 9am- 6pm

Hubungi: 07-883 3979 & WhatsApp

Laman sosial: Facebook & Instagram

#2 Klinik Pergigian Kota Tinggi (Kerajaan)

Kredit gambar: Georgian Dental

Alamat: Jalan Tun Habab, Pekan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu operasi:
Ahad hingga Rabu: 8am- 5pm
Khamis: 8am- 3.30pm

Hubungi: 07-883 1320

Laman sosial: Facebook

#3 Klinik Pergigian Dental Code

Kredit gambar: dentalcode.business.site

Alamat: 1 (Tingkat, 38, 1, Jalan Jaafar, Pusat Perdagangan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu operasi:
Setiap hari: 9am- 6pm

Hubungi: 011-1190 1294

Laman sosial: Facebook

#4 Klinik Pergigian Siow

Kredit gambar: Helpmecovid

Alamat: 22-1 First Floor, 22, Jalan Niaga 9, Pusat Perdagangan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu operasi:
10 am- 5pm
Ditutup pada: Khamis & Ahad

Hubungi: 019-616 1365

Laman sosial: Laman sesawang

#5 Klinik Pergigian Min Kang

@klinikpergigianminkang

Hai orang #KotaTinggi Jom datang ke Klinik Pergigian Min Kang untuk dapatkan pemeriksaan kesihatan gigi anda Boleh WHATSAPP kami untuk pertanyaan lebih lanjut 011-18845058 #klinikpergigianminkang #johor #dental #braces #kotatinggi #fyp #masukberanda #foryourpage

♬ original sound – Music table

Alamat: 52 (Tingkat Satu), Jalan Tambatan, Pusat Perdagangan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu operasi:
Setiap hari: 9am- 7pm

Hubungi:011-1884 5058

Laman sosial: Facebook & TikTok

#6 Klinik Pergigian S Dental

Kredit gambar: Facebook @Klinik Pergigian S Dental

Alamat: 117 Tingkat Bawah, Jalan Baiduri, Taman Daiman Jaya, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu operasi:
Selasa hingga Ahad: 9am- 6pm

Hubungi: 07-883 4054

Laman sosial: Facebook

Scaling’ Bukan Sekadar Buang Karang Gigi!

Istilah lain yang digunakan ialah cuci gigi. Rata-rata doktor gigi menyarankan untuk mendapatkan rawatan scaling pada setiap enam bulan. 

Cuci gigi ialah rawatan paling asas dalam kesihatan mulut. Ianya bukan setakat membersihkan kotoran tetapi juga peluang untuk doktor menilai sama ada gigi Mama sihat secara keseluruhan. 

@dentist_pasirgudang

Puas weyh bersihkan karang gigi tebal

♬ Now Look at This – Dramatello
  1. Membersihkan Partikel Makanan

Setiap kali makanan masuk ke dalam mulut, ia akan dikunyah. Kunyahan tersebut meleraikan pepejal makanan kepada partikel kecil. 

Partikel ini kadang-kala tersangkut di celah gigi dan tidak mampu dibersihkan dengan menggosok gigi. Oleh itu, doktor gigi akan menggunakan alatan khas agar partikel makanan yang tersangkut berjaya dibersihkan. 

  1. Membersihkan Karang Gigi

Mama pernah lihat video doktor membuang ketulan keras antara gigi? Ya, itulah karang gigi. Semakin lama dibiarkan, semakin menebal di bahagian belakang gigi. 

Ketulan keras itu dipanggil plak dalam istilan pergigian. Setelah plak dibuang, bau mulut seseorang semakin nyaman. Tiada lagi bau yang tidak menyenangkan. 

  1. Menghindari Penyakit Gusi

Inilah yang dilakukan doktor gigi apabila melihat kedalam mulut kita. Mereka tidak hanya merawat masalah yang diadukan tetapi juga memberitahu tahap kesihatan gigi dan gusi pesakit. 

Scaling sebenarnya menghindarkan risiko penyakit gusi berdarah dan bengkak. Ini kerana terdapat sebahagian pesakit akan menggosok gigi dengan kuat hingga menyebabkan gusi bengkak. 

Semuanya demi menghilangkan plak. Rupa-rupanya cara itu tidak disarankan oleh doktor gigi.  

  1. Mengawal Perubahan Warna Gigi

Apa yang perlu diberikan perhatian disini ialah scaling tidak bertujuan untuk memutihkan gigi. Rawatan pemutihan gigi perlu dilakukan secara berasingan. 

Karang gigi juga menyebabkan perubahan warna gigi. Jika terdapat banyak karang gigi, berkemungkinan besar struktur gigi akan berubah dan cepat rosak. 

Kredit gambar: Freepik

Sayangi gigi Mama dan jangan abaikan kesihatannya. Mama mesti tak nak gigi rongak kan. Ya lah, ia sangat mempengaruhi penampilan dan cara pemakanan kita nanti.

Ayuh kita mulakan langkah pencegahan dari hari ini. Telah terbukti memang banyak manfaatnya apabila melakukan scaling.


Lihat senarai klinik gigi dan pusat perubatan di negeri lain DI SINI.