KelabMama

Senarai Klinik 24 Jam di Melaka Yang Lengkap Dengan Maklumat untuk Dihubungi

Mama Siti nak buka artikel kali ini dengan satu persoalan, boleh kan? 

Baik, apa kriteria yang Mama perhatikan kalau nak berkunjung ke sesebuah klinik? Adakah sebab jaraknya yang dekat dari rumah? Ataupun kerana perkhidmatan yang ditawarkan? Akhir sekali, adakah sebab kemudahan yang tersedia dalam klinik tersebut?

Macam mana kalau Mama Siti bagitahu kalau Mama boleh dapatkan semua nilai di atas dengan hanya datang ke satu klinik sahaja? Seronok kan. 

Kali ini Mama Siti dah senaraikan siap-siap KLINIK 24 JAM DI MELAKA. Untuk membantu Mama membuat pilihan, Mama Siti ada sertakan sekali perkhidmatan ditawarkan, waktu operasi dan alamat. 

Senarai Klinik 24 JAM di Melaka

Klinik Bukit Katil 24 Jam

Kredit gambar: Facebook

Perkhidmatan: Saringan COVID-19, Pap Smear, X-RAY, Imbasan Jantung, Nebulization, Vaksinasi, Ujian Darah, Ujian Darah & Pemeriksaan Kesihatan.

Alamat: No 4, Jalan Kompleks Niaga Merak Mas, Taman Merak Mas, Bukit Katil, 75450, melaka, 75450 Melaka
Waktu Operasi: 24 Jam
Talian Untuk Dihubungi: 06-252 2000, klinikbukitkatil@gmail.com 
Media Sosial: Facebook 

Klinik Utama Ujong Pasir 24 Jam

Kredit Gambar: Facebook

Perkhidmatan: Rawatan Perubatan Am, Pembedahan Kecil, Rawatan Kecemasan, Ultrasound 3D, 4D & 5D, Vaksinasi & Rawatan Kulit.

Alamat: No:11 & 11, 1, Jalan Saujana 2/2, Taman Saujana Seksyen 2, 75450, Malacca
Waktu Operasi: 24 Jam
Talian Untuk Dihubungi: 06-270 0293
Media Sosial: Facebook 

Klinik Anda 24 Jam Alor Gajah

Kredit gambar: Facebook 

Perkhidmatan: Berkhatan untuk Dewasa Dan Kanak-Kanak, Lawatan Ke Rumah, Vaksinasi, Typhoid, Antenatal, Ultrasound, Imbasan Bayi & Hipertensi.

Alamat: KM 7-1, Jalan Perniagaan Jelatang 1, Pusat Perniagaan Jelatang, 78000 Alor Gajah, Melaka
Waktu Operasi: 24 Jam
Talian Untuk Dihubungi: 016-335 9781, Whatsapp & klinikanda247alorgajah@gmail.com 
Media Sosial: Facebook dan Instagram

Klinik Keluarga One Medic (Cawangan Tangga Batu)

Kredit gambar: Google

Perkhidmatan: Penyakit Akut, Ujian Darah & Air Kencing, Rawatan Penyakit Kronik, Ujian Covid-19, Servis FOMEMA (Pemeriksaan Pekerja Asing), Saringan Perubatan Umum, Servis Rawatan Rumah, Pembedahan & Prosedur Kecil, Perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan (OHD), Fisioterapi, Kesihatan Kulit & Penyakit Kulit, Imbasan Ultrasound, Vaksinasi, Penjagaan Luka & X-RAY.

Alamat: No. 38 & 40, Jalan Lembing 1 & 3, Taman Tangga Batu Permai, 76400, Melaka
Waktu Operasi: 24 Jam
Talian Untuk Dihubungi: 06-225 0797, WhatsApp, tanggabatu@onemedic.com 
Media Sosial: Laman Sesawang Klinik One Medic, Facebook & Twitter

Klinik Melaka Batu Berendam

Alamat: 68, Jalan Mutiara Melaka 2, Taman Mutiara Melaka, 75350 Batu Berendam, Melaka
Waktu Operasi: 24 Jam
Talian untuk Dihubungi: 06-317 1082

Klinik Fadhilah (Bandar Melaka)

Kredit gambar: Whatclinic.com

Perkhidmatan: Imbasan Antenatal, Pembedahan Kecil, Ujian Darah, Ujian Air Kencing, Saringan AIDS, Imunisasi Dewasa Dan Kanak-Kanak, Pap Smear, & Vaksinasi Haji Dan Umrah.

Alamat: No 18, Jalan Saujana Permai 1, Taman Saujana Permai, 75450 Melaka
Waktu Operasi: 24 jam
Talian Untuk Dihubungi: 06-233 8858, WhatsApp klinikfadhilah69@gmail.com 
Media Sosial: Facebook & Instagram

Klinik Yang Beroperasi Sehingga 10pm

Klinik Vista Durian Tunggal

Kredit gambar: Google

Perkhidmatan: Rawatan Pesakit Luar, Penyakit Kronik, Pembedahan Kecil, Ultrasound/ Imbasan Bayi, Imbasan jantung (ECHO), Ujian Darah, Pemeriksaan Kesihatan, Rawatan Kecemasan dan Vaksinasi.

Alamat: No.558, Lorong Idaman 1, Taman Desa Idaman, 76100 Durian Tunggal, Melaka
Waktu Operasi: 8.30 pagi – 10 malam 
Talian Untuk Dihubungi: 06-553 0033, Whatsapp & klinikvistaduriantunggal@gmail.com 
Media Sosial: Instagram, & Facebook

Klinik Sofea Melaka (Cheng)

Kredit gambar: Mimesis.com.my

Perkhidmatan: Rawatan Pesakit Luar, Saringan Covid-19 & Rawatan Ibu & Anak.

Alamat:  8-G, Jalan Cheng Perdana 1/1b, Taman Cheng Perdana, 75250 Melaka
Waktu Operasi: 9 pagi – 10 malam (Rehat: 1 petang – 2 petang)
Talian Untuk Dihubungi: 011-5987 6963, kliniksofeamelaka@gmail.com 
Media Sosial: Instagram, Facebook & Laman Sesawang Klinik Sofea

Akhir kata, sebagai pelanggan, kita selalunya akan menitikberatkan beberapa perkara apabila datang ke sesebuah premis kesihatan. Antaranya ialah layanan yang diberikan, rawatan doktor yang profesional dan tempat yang kondusif. 

Menurut pemerhatian Mama Siti, kelapan-lapan klinik ini ada 3 elemen penting seperti di atas. Harapnya, anda berpuas hati dengan servis yang ditawarkan.  Jom baca senarai klinik 24 jam di Pulau Pinang pula!.