KelabMama

Kifarah Itu Wujud! Anak Didera, Pengasuh Terima Nasib Yang Sama

Kifarah Itu Wujud! Anak Didera, Pengasuh Terima Nasib Yang Sama

Sama ada dalam pemilihan taska ataupun pengasuh anak, ibu bapa pasti mahukan yang terbaik demi menjamin keselamatan dan juga kesihatan anak-anak. Apatah lagi jika tersalah pilih, ia boleh membahayakan nyawa yang tersayang. Tapi kifarah Allah itu ada. Bak kata orang, buat baik dibalas baik, buat jahat pasti ada balasannya.

Seorang wanita yang bernama Haslinah Abdul Hassan  menceritakan pengalamannya 40 kali bertukar pengasuh kerana anaknya, Izzat yang merupakan kanak-kanak autisme didera sepanjang berada di pusat asuhan. Turut mengejutkan apabila pengasuh lamanya itu mengalami situasi yang sama apabila cucu yang dijaganya turut mengalami masalah autisme.

Ramai pasangan ‘berperang’ dengan emosi, menahan telinga daripada sindir dan cemuh, hanya kerana memiliki anak istimewa.

Kerap Tukar Pengasuh

Kifarah itu wujud.

Has nak share cerita tentang Izzat. Dari Izzat umur 1 tahun 6 bulan hingga 4 tahun Has hantar merata kepada pengasuh mungkin ada lebih 40 pengasuh tukar-tukar area rumah Has ni. Semua tak tahan dan ada yang Has tak tahan sedih tengok keadaan Izzat di dera tapi Has ni lurus bendul, dan masa tu Has tak ada ilmu bab dera ni.

Has tahu ambil Izzat, cari pengasuh lain. Keluarga sendiri pun pernah ambil untuk jaga tapi jawapan tetap sama tak tahan lagi-lagi masa tu Izzat dah ada adik Putri dan Irfan.

Hampir Setiap Hari, Izzat Tak Terurus

Dah lama kisah ni, tapi Has terimbau kembali bila tiba-tiba terserempak dengan bekas pengasuh Izzat yang lama. Has tegur akak tu. Tengok macam penat je. Rupa-rupanya uruskan cucu sendiri saja. Entah macam mana di lain hari rezeki berjumpa semula dia dengan anak dan cucunya.

Lebih 40 pengasuh Puan Haslinah menghantar anaknya kerana isu dera sepanjang anaknya berada di pusat jagaan tersebut.

Rupa-rupanya dia nak daftarkan cucunya ke pendidikan khas (PPKI) bila Has tanya kenapa cucu tu kak. Dia pun cakap sebiji macam Izzat. Teringat dulu macam mana luluh hati Has setiap kali ambil Izzat dari rumah akak ni baju Izzat penuh kopi. Hampir setiap hari. Izzat kurus sangat-sangat walhal Has bagi beras 5 kilo dan telur 10 biji, serta setiap hari beli kan Izzat mainan balik tangan kosong tapi Has tak kisah sebab masa tu kira senang lagi.

Has tahu Izzat tak kuat makan sebab picky eater. Bulanan Has bayar RM350 supaya akak tu tak rasa terbeban dengan Izzat, kerana Has pun tahu Izzat sangat lasak time tu. Tapi betul lah orang yang tak faham tentang autisme ni mereka tak dapat selami jiwa anak-anak autisme ni dan Has sendiri pun tak tahu Izzat ada autisme.

Cari Pengasuh Lain Lepas Dahi Anak Berdarah

Suatu hari akak tu call kata dahi Izzat berdarah. Has dengar macam nak jatuh jantung, masa tu Has tengah kerja, Has minta izin bos balik. Balik tengok dahi Izzat satu inci dalam lukanya. Tanya akak tu kenapa. Dia cakap Izzat lasak kena bucu dinding tapi bila bawa ke klinik tanya Dr. Dr cakap kena ketuk dengan benda tajam. Has cuma mampu menangis dan nekad tak hantar dah Izzat. Has bayar akak tu full dan cakap tak hantar dah Izzat. Has cari pengasuh lain lagi.

Kanak-kanak autisme memerlukan bimbingan dan sokongan masyarakat selain ahli keluarga untuk menjalani kehidupan normal dan mendepani pelbagai cabaran mahupun kesukaran sepanjang hayat.

Nampak tak kita tak perlu pun mendoakan orang buat anak kita tapi kifarah diserounding kita. Sebab tu berhati-hati lah dengan niat yang tak bagus. Hati kena bersih selalu dan jangan buat orang kerana ia ibarat meludah ke langit dan terkena muka sendiri.

Has tak buka aib cuma jadikan pengajaran buat diri sendiri. Kifarah itu wujud.

Apapun Has sentiasa doakan yang baik-baik buat cucu akak tu Aamiin-aamiin.

Sumber: Haslinah Abdul Hassan 

BACA JUGA RAWATAN & KAEDAH PEMBELAJARAN UNTUK ANAK-ANAK AUTISME

Pesan Mama Siti:

Sebab itulah pentingnya ibu bapa yang ada anak autisme mendapatkan ilmu bagaimana untuk membesarkan anak-anak istimewa ni. Anak autisme ni cara pemikiran dia berbeza, jadi ibu bapa perlu belajar cara khusus dalam membesarkan mereka. Samalah juga dengan pengasuh, kalau tak tahu beginilah pengakhirannya. Sebab tu lah Mama Siti selalu pesan nak cari pengasuh, kena tahu keadaan anak dan juga latar belakang pengasuh tu sendiri. Kalau mama masih ragu-ragu, tak apa. Pergi saja website KelabMama. Jangan risau, kami pun ada sediakan perkhidmatan pengasuh yang berkualiti dan dipercayai!