KelabMama

SELAIN UNTUK KESIHATAN, INI 6 KHASIAT LEMON DALAM KEGUNAAN HARIAN KITA

Dengan hanya 2 biji lemon, Mama (dan anak-anak) boleh tidur lebih lena, bangun dengan lebih aktif, ceria dan gembira! Lemon mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan sistem imunisasi badan. Selain itu, lemon juga membantu kita untuk tidur dengan lebih lena. Dengan hanya meletakkan dua biji lemon di kepala katil atau di meja sisi katil, Mama boleh tidur dengan lebih nyenyak dan tidur yang berkualiti. Perkara ini sangat berguna terutamanya untuk mereka yang sering bekerja malam, atau yang sering mengalami gangguan ketika tidur.

Ada banyak lagi khasiat buah lemon yang Mama harus tahu. Antaranya ialah:

  1. Membantu menenangkan minda & tidur lebih lena.

Kajian menunjukkan yang bau lemon setiap malam dapat membuatkan badan kita berasa lebih tenang dan juga mengurangkan hormon badan yang sering membuatkan kita gembira. Jadi, badan kita akan lebih relaks dan mudah untuk tidur.

  1. Minda lebih fokus.

Bau lemon sangat membantu kita untuk lebih fokus. Untuk mereka yang belajar atau bekerja, anda boleh letakkan hirisan lemon berdekatan meja, atau titiskan air lemon ke dalam air suam dan letak di atas meja. Minda anda pasti akan lebih fokus ketika bekerja mahupun belajar.

  1. Tingkatkan daya ingatan.

Selain itu, bau lemon juga dapat meningkatkan daya ingatan kita. Letakkan lemon di kepala katil akan membuatkan tidur kita lebih nyenyak dan stabil, justeru badan kita akan lebih bertenaga keesokkan harinya.

Tidur yang berkualiti membantu badan untuk lebih relaks, dan mengembalikan tenaga kita selepas seharian bekerja. Pada masa yang sama, otak kita yang berasa tenang dan relaks juga akan membantu kita untuk mengingat sesuatu dengan lebih baik.

  1. Lebih gembira.

Bau lemon yang menenangkan membantu dalam menghasilkan hormon ‘serotonin’ yang membantu dalam meningkatkan mood manusia. Kalau Mama perasan, banyak bau-bauan lemon yang sering menjadi pilihan orang ramai. Kalau zaman dulu, ‘lemon oil’ telah digunakan secara meluas untuk membantu mereka yang tertekan atau ‘depressed’. Jadi, jika ada antara ahli keluarga yang sering tertekan atau ‘depressed’, Mama boleh cuba untuk menggunakan bau buah lemon segar untuk mengurangkan perasaan yang negatif.

  1. Udara lebih segar & nyaman.

Dalam pada itu, aroma lemon juga sangat berkesan dalam menyegar dan membersihkan udara. Asid sitrik daripada lemon membantu dalam membersihkan udara. Dengan beberapa hirisan lemon dapat membuatkan udara sekitar lebih segar, nyaman dan tenang.

  1. Anti-nyamuk!

Haa ini mungkin ramai yang tidak tahu. Tapi, lemon juga dapat menghalang nyamuk dan serangga yang lain daripada masuk ke dalam bilik. Letakkan buah lemon di atas kepala katil, dan bau lemon itu akan membuatkan nyamuk, lalat dan serangga lain jauh daripada kita. Daripada Mama guna semburan penghapus nyamuk atau serangga dalam bilik anak-anak tu, lebih baik Mama cuba guna lemon. Takde bahan kimia, dan bau yang lebih menenangkan.