KelabMama

10 Khasiat Kunyit Hitam Yang Disahkan Institut Penyelidikan Malaysia MARDI

Kita mulakan dengan namanya. Selain kunyit hitam, tanaman herba ini juga boleh disebutkan dengan nama temu hitam, kali haldi dan Curcuma Caesia sebagai nama saintifiknya. 

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) ada mengeluarkan produk kesihatan berasaskan kunyit hitam. Pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mendapat sijil halal dari JAKIM mengesahkan bahawa kunyit hitam selamat untuk diamalkan. 

Nak tahu apa khasiat dan manfaat produk kunyit hitam ini. Jom Mama Siti tunjukkan!

10 Khasiat Kunyit Hitam Untuk Kecantikan dan Kesihatan

kredit gambar: Times of India

#1 Sifat Antioksida

Kredit gambar: Live Science

Kunyit hitam mengandungi jenis antioksidan yang sangat kuat dan jarang ditemukan pada tumbuhan lain iaitu polymethoxyflavones. Sifat antioksidan memberikan kesan positif kepada tubuh badan seseorang seperti; 

#2 Sifat Anti Radang 

Kredit gambar: Kompas Health

Mana-mana kandungan kimia yang memiliki sifat anti radang berperanan untuk mengurangkan kemerahan dan bengkak.

Kesan lebam dan bengkak adalah normal apabila seseorang terkena impak ataupun jangkitan semasa kecederaan. Bengkak yang serius boleh mengakibatkan berat badan naik mendadak. Melalui kunyit hitam, ia mampu mencegah risiko keadaan tersebut. 

#3 Mencegah Asma

Kredit gambar: Medical Channel Asia

Asma menyebabkan seseorang mengalami kesukaran bernafas kerana saluran keluar masuk udara menjadi sempit. Kunyit hitam dapat mengendurkan otot sekaligus membuka ruang pernafasan. 

#4 Sifat Analgesik

Kredit gambar: Kedah News

Ringkasnya analgesik ialah ubat tahan sakit. Sifat analgesik dalam kunyit hitam melegakan kesakitan sendi, otot, kepala, senggugut dan demam.

Kesan mengamalkan kunyit hitam sama seperti seseorang makan ubat jenis paracetamol dan jenama yang selalu menjadi sebutan ialah Panadol. 

#5 Cegah Pertumbuhan Kulat

Kredit gambar: APPROBY.COM

Minyak kunyit hitam telah terbukti mempunyai kesan anti-kulat yang boleh menghentikan pertumbuhan kulat daripada berlaku. Kebiasaannya jangkitan kulat boleh berlaku pada kulit dan kuku serta boleh menjadi lebih serius jika tidak dirawat.

#6 Cegah Pertumbuhan Bakteria

Kredit gambar: UCSF Health

Dari portal My Health menyatakan maksud antibiotik ialah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria.

Kunyit hitam ialah antibiotik semulajadi yang membantutkan pertumbuhan bakteria jenis E. coli dan S. aureus. Walaupun kajiannya masih di tahap awal, ianya satu permulaan yang baik terhadap kesihatan manusia. 

#7 Kawal Gejala Mual dan Muntah

Kredit gambar: HonestDocs

Kunyit hitam pernah dibandingkan dengan sembilan tumbuhan perubatan aromatik lain untuk menentukan kadar pencegahan mual dan muntah.

Di akhir kajian, kunyit hitam direkodkan sebagai tumbuhan perubatan aromatik yang memiliki peratusan tertinggi dalam mencegah muntah dan loya. 

#8 Cegah Ulser Perut

Kredit gambar: gastrointestinalatlas.com

Ulser perut berlaku apabila terdapat luka di dinding perut dan bahagian usus kecil yang juga dikenali sebagai duodenum. Kunyit hidup dikatakan dapat mengurangkan indeks ulser dalam perut. 

#9 Cegah Cacing Parasit

Kredit gambar: Berita Harian

Kunyit hitam menunjukkan kesan efektif dalam melumpuhkan dan menghapuskan cacing parasit. 

Apa-apa sahaja yang tinggal di dalam atau luar kulit manusia akan merugikan kualiti kesihatan seseorang. Orang yang dijangkiti parasit boleh mendorong ke arah penyakit berbahaya tanpa disedari. 

#10 Menguatkan Fungsi Otak

Saintis ada membuat kajian dimana hasilnya membuktikan kunyit hitam mampu meningkatkan memori seseorang. Ini bermakna tanaman herba ini mampu mencegah masalah penyakit Parkinson, Alzheimer, dan penyakit neurogeneratif lain. 

Kredit gambar: Suara.com

Mama Siti nasihatkan agar Mama mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika mengambil kunyit hitam sebagai ubat tambahan. 

Bimbang kalau-kalau kunyit hitam itu menganggu fungsi ubat yang telah dipreskripsi oleh doktor bertauliah.

Harapnya maklumat ringkas yang dikongsikan ini membantu Mama meluaskan lagi pengetahuan berkaitan tanaman herba.  


Dapatkan lebih banyak maklumat maklumat kesihatan dan kecantikan di SINI!