KelabMama

“Bantu Langsing”- 15 Khasiat Bunga Cengkih Kepada Kesihatan

khasiat bunga cengkih

Bunga cengkih selalu ada dalam kebanyakan masakan Melayu. Kegemaran Mama Siti ialah air nenas yang direbus dengan bunga cengkih. 

Rupa-rupanya cengkih lebih dari sekadar rasa. Khasiatnya kepada kesihatan tiada tandingan. Padanlah orang dulu-dulu rajin amalkan bunga cengkih dalam diet seharian. 

15 Khasiat Bunga Cengkih Kepada Kesihatan

Kredit gambar: The Spruce

#1 Bahan Bantu Langsing

Dalam satu sudu teh bunga cengkih, ada satu gram serat. Jumlah itu memadai untuk membantu Mama rasa kenyang lebih lama. 

Justeru, ia mengurangkan kekerapan Mama makan dan sekaligus mengawal berat badan. 

#2 Sifat Antibakteria

Dari putik, ekstrak atau minyak bunga cengkih, semuanya berfungsi untuk melawan patogen dalam badan manusia. Contohnya, patogen yang menyebabkan penyakit taun. 

Nota: Patogen ialah mikro organisma asing yang hadir dalam sistem badan yang mengganggu kualiti kesihatan manusia. 

#3 Kesihatan Mulut

Kredit gambar: dentalcareofchinohills.com

Cengkih bermanfaat dalam perubatan pergigian iaitu termasuklah keseluruhan bahagian mulut. Minyak bunga cengkih digunakan sebagai ubat tahan sakit untuk penyakit gusi seperti gingivitis dan periodontitis. 

#4 Baik Untuk Hati

Sifat hepatoprotektif bertindak mengawal peningkatan profil lipid dan penurunan tahap oksigen dalam hati. Semuanya adalah kerana kandungan antioksidan tinggi dalam bunga cengkih itu sendiri. 

#5 Nafas Berbau

Tahukah Mama? Apakah punca nafas berbau? 

Gigi yang rosak dan dijangkiti bakteria mengundang bau yang tidak menyenangkan. Oleh itu, cengkih boleh digunakan sebagai cara menyelesaikan masalah bau mulut. 

#6 Penyakit Diabetes

Kredit gambar: Narayana Health

Bunga cengkih sekali lagi memainkan peranannya terhadap penyakit kencing manis atau diabetes. 

Individu yang mengamalkan bunga cengkih dalam diet seharian, mampu menjana insulin dalam badan dan mengawal paras gula dalam darah. 

#7 Antiradang

Radang ialah keadaan kemerahan, bengkak atau sakit. Kandungan eugenol dalam bunga cengkih melegakan sakit berkaitan edema. Edema ialah bengkak yang disebabkan cecair berlebihan dalam tisu badan.

#8 Khasiat Sakit Kanser

Kanser berlaku disebabkan pembahagian sel yang tidak normal. Di sini, bunga cengkih memainkan peranannya dalam memperlahankan gandaan sel itu.

#9 Khasiat Pencernaan

Cirit-birit, kembung perut, loya, muntah, senak, perut berangin dan sembelit ialah tanda seseorang mempunyai masalah pencernaan. 

Bunga cengkih menggalakkan pengeluaran dan rembesan enzim pencernaan agar proses penghadaman menjadi efisien. 

#10 Imuniti

Kredit gambar: fine art america

Leukosit atau sel darah putih berfungsi sebagai mekanisme pertahanan badan. Ia mengurangkan hipersensitiviti badan terhadap bendasing dalam sistem imunisasi manusia. 

#11 Tulang Sihat

Semakin berumur seseorang, semakin mereka kehilangan ketumpatan (density) tulang. Bunga cengkih menghasilkan eugenol, flavonoid dan isoflavon di mana ia mengekalkan ketumpatan tulang dan meningkatkan kandungan mineral tulang.

#12 Khasiat Sakit Kepala

Kredit gambar: mybest

Sejarah perubatan Yunani telah mencatatkan bunga cengkih telah diamalkan sebagai afrodisiak ringan yang mengurangkan sakit kepala. Ia juga menyegarkan badan dan menaikkan mood. 

#13 Kurangkan Tekanan

Minum air bunga cengkih, daun pudina dan daun kemangi yang direbus bersama-sama. Inilah cara tradisional untuk menenangkan fikiran secara semulajadi melalui bunga cengkih. 

#14 Mengawal Muntah

Keadaan mual sangatlah tidak menyenangkan. Bau air rendaman bunga cengkih diyakini berkesan untuk menghentikan sakit mual. 

#15 Rawat Batuk

Campurkan sireh, buah pelaga, gula batu dan bunga cengkih. Rebus bahan-bahan itu hingga mendidih dan tapis air rebusannya. Amalkan minum dua kali sehari untuk mengubati sakit batuk. 

Aroma yang menaikkan rasa masakan dari bunga cengkih sebenarnya ada banyak khasiat kepada kesihatan. 

Kredit gambar: Sis Lin

Banyak penyakit dalam dan luaran mampu dipulihkan dengan alternatif bunga cengkih. Semoga kita beroleh manfaat dalam setiap pengambilan salah satu dari tiga sekawan itu. 


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Dapatkan lebih banyak maklumat maklumat kesihatan dan kecantikan di SINI!