KelabMama

Nanas Sebenarnya Sangat Powerful! Ketahui Khasiat Buah Nanas Untuk Kesihatan Anda Sekeluarga

NANAS – Berasal dari Amerika Selatan, ia dinamakan bersempena dengan bentuknya yang menyerupai pine cone. Buah yang eksotik, rare, dan sangat lazat terutamanya pada abad ke-18 ini lebih daripada sekadar buah tropika yang lazat – ia juga memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan kita. 

Dan saya juga baru tahu bahawa ia juga dikenali sebagai salah satu buah yang paling sihat di dunia dan atas sebab-sebab yang sangat penting. Sangat sesuai untuk keluarga kecil saya

Adakah Mama sudah bersedia untuk mengetahui manfaat kesihatan daripada buah nanas ini?

Manfaat Nanas Kepada Kesihatan Keluarga Anda

Meningkatkan Sistem Imunisasi Badan 

Nanas sebernarnya kaya dengan vitamin C. 100g nanas menyumbang kepada 79% pengambilan vitamin C anda sepanjang hari. Nanas juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral lain seperti potasium, vitamin B6, dan thiamin.

Kanak-kanak yang memakan nanas mempunyai risiko jangkitan virus dan bakteria yang jauh lebih rendah.

Membantu Mengurangkan Jangkitan Sinus dan Alergi 

Nanas kaya dengan bromelain – sejenis enzim yang membantu mengurangkan lendir di tekak dan hidung. Kanak-kanak dengan jangkitan sinus berpotensi untuk pulih dengan lebih cepat sekiranya mereka mengambil suplemen bromelain. Sekiranya Mama atau ahli keluarga terdedah kepada alahan bermusim, tambahkan nanas ke dalam diet untuk mengurangkan kesakitan dan jangkitan. 

Fakta: Mama tahu tak? Nanas adalah satu-satunya sumber makanan asli bromelain, di mana ia terkandung di dalam batang/inti dan jusnya. Ini merupakan lagi satu sebab kenapa anda harus menyukai nanas!

Tulang Yang Lebih Kuat

Nanas juga kaya dengan manganese – iaitu sejenis mineral yang penting untuk perkembangan tulang dan tisu penghubung yang kuat; membantu membina tulang yang lebih kuat pada kanak-kanak dan mencegah osteoporosis pada wanita selepas menopaus.

Mata Yang Lebih Sihat

Nanas yang kaya dengan vitamin C, anti-oksidan, dan mineral seperti manganese dan potasium membantu melawan kerosakan sel dan mengurangkan risiko macular degeneration – penyakit mata yang sering dialami orang tua. Nanas juga merupakan sumber beta carotene yang penting untuk kesihatan mata kita. 

Mempercepatkan Penyembuhan Luka dan Melawan Penyakit

Dikenali sebagai buah penyembuh, kandungan vitamin C yang tinggi dalam nanas dapat meningkatkan pengeluaran kolagen, dan secara tidak langsung, membantu menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Nanas yang juga kaya dengan pelbagai vitamin, enzim, dan antioksidan yang lain dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan melawan penyakit. 

Sistem Pencernaan yang Lebih Baik

Ada sebab mengapa kita harus menambahkan nanas ke dalam diet harian kita dan itu bukan hanya kerana rasa manisnya. Nanas mengandungi enzim pencernaan khas yang disebut bromelain, yang membantu memecah protein dan seterusnya membantu sistem penghadaman kita.

Menambahkan Tenaga 

Dengan memakan nanas setiap hari sebenarnya baik untuk meningkatkan tenaga apabila Mama atau ahli keluarga merasa letih dan lesu. Nanas juga kaya dengan thiamine – iaitu sejenis vitamin B6 yang membantu menstabilkan gula dalam darah. Manganese dan thiamine dalam nanas turut membantu membekalkan tenaga kepada badan kita. 

Pelbagai Cara Lain Untuk Menikmati Buah Nanas

Selain rasanya yang manis, anda akan terkejut apabila mengetahui bahawa nanas sebenarnya rendah kalori, di mana 1 cawan potongan nanas mengandungi hanya 74 kalori. Buah nanas juga bebas lemak, bebas kolesterol, dan rendah kandungan sodium. Sebab itu nanas sangat disyorkan sebagai buah snek harian anda! 

Buah tropika yang lazat dan sangat juicy ini mempunyai rasa tropika dan masam manis yang seimbang. Nanas juga sesuai untuk dimasak bersama menu makanan yang lain atau hanya dimakan sebagai snek serta dijadikan jus. 

Nanas juga sering digunakan sebagai bahan perapan daging kerana ia sangat berkesan dalam melembutkan daging. Mama hanya perlu mencampurkan sedikit jus nanas segar bersama dengan kicap untuk membuat perapan daging yang mudah (dan sedap!). Secara ringkasnya, nanas merupakan salah satu buah tropika yang sangat versatil penggunaannya.

Cara Mudah untuk Memotong Nanas

Menghidangkan sepinggan nanas segar sebagai snek untuk keluarga menjadi lebih mudah jika anda tahu cara memotongnya. Dibawah merupakan cara memotong nanas dengan mudah dan pantas. 

Ikut langkah-langkah ini:

  1. Pertama, buangkan bahagian daun atau ‘mahkota’ nanas dan potong bahagian bawahnya.
  2. Kemudian, potong kepada ½ dan kemudian, ¼ secara memanjang.
  1. Selepas itu, ambil bahagian nanas yang dipotong ¼ dan secara melintang, buangkan kulit secara nipis dengan menyisipkan pisau diantara kulit dan isi.
  2. Akhir sekali, potong bahagian tengah (empulur) nanas dan kemudian, potong nanas menjadi kepingan nipis yang mudah untuk dimakan. Siap!

Ya, mudah bukan? Siapa cakap susah tu? Senang jelah nak potong nanas!

Resepi: Jom Buat Pajeri Nanas

Sekarang Mama telah belajar cara memotong nanas. Seterusnya, saya akan kongsikan dengan anda dua resepi ringkas tetapi lazat yang sesuai untuk seisi keluarga.

Resipi pertama adalah hidangan kari nanas enak yang lebih dikenali sebagai Pajeri Nanas. Favourite ni!

Terdapat banyak cara untuk menyiapkan hidangan ini tetapi rasa tradisional Pajeri Nanas haruslah lebih manis dan kaya dengan santan. Pajeri Nanas ini juga lebih menyelerakan jika dihidang bersama nasi kukus.  

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Tumbuk udang kering untuk mengeluarkan rasa.
  1. Tumis halia, bawang putih, bawang merah, dan 3 rempah hingga harum. Masukkan udang kering yang telah ditumbuk dan teruskan menggoreng.
  2. Masukkan pes kari dan goreng sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa (saya menggunakan gula perang untuk rasa yang lebih aromatik dan pekat).
  4. Masukkan 1 cawan air, kerisik, dan biarkan sehingga mendidih.
  5. Masukkan santan.
  6. Akhir sekali, masukkan bahan utama – hirisan nanas keemasan. Masak hingga nanas sedikit lembut dan hidangkan.

Satu pesanan untuk Mama: Jangan lupa untuk masak nasi lebih daripada biasa kerana hidangan yang cukup menyelerakan ini bakal mengundang lebih banyak nasi tambah daripada anak-anak dan cik abang tau! 

Resepi: Masa untuk Pie Nanas

Resepi kedua yang akan saya kongsikan adalah pencuci mulut enak yang pasti akan memikat selera anda. Anak sulung saya bukan peminat nanas mentah tetapi apabila saya menghidangkan pencuci mulut ini, dialah yang paling banyak makan!

Dimasak sehingga perang keemasan, barulah setiap gigitan dipenuhi dengan rasa nanas yang lazat. Cair di dalam mulut gitu. Mama cuba dahulu resepi ini dan lihat bagaimana ia sangat sesuai sebagai pencuci mulut semasa musim panas dan sangat mudah untuk dibuat!

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Kisar 1 cawan nanas dadu, tapiskan jus dan simpan isinya.
  2. Tuangkan pati jagung dan gula ke dalam kuali, dan gaul rata.
  3. Masukkan jus nanas dan rebus dengan api kecil hingga pekat.
  4. Masukkan 300g kiub nanas.
  5. Gaul rata dan ketepikan.
  1. Potong bahagian tepi roti.
  2. Gunakan penggulung untuk meratakan roti.
  3. Sapukan sebilangan pasta tepung di semua 4 sisi roti.
  4. Letakkan pengisian nanas.
  5. Anda juga boleh menambahkan sepotong keju sebelum meletakkan isi nanas di atas roti. Gulung dan tekan roti untuk memastikan isi nanas terletak di dalam. 
  1. Celupkan roti ke dalam telur yang telah dipukul, salutkan dengan serbuk roti dan goreng hingga kekuningan.
  2. Tiriskan lebihan minyak dan hidangkan.

Resepi ini boleh menghasilkan kira-kira 20 keping Pie Nanas, tetapi saya jamin yang semuanya akan hilang dalam sekelip mata sahaja. Isi nanas yang manis dan ‘tajam’ serta roti pie yang rangup dan lazat pastinya menjadi pilihan anak-anak. Hidangan yang enak ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai sarapan atau minum petang bersama keluarga.

Haa sekarang Mama sudah mengetahui pelbagai khasiat dan manfaat buah nanas dan bagaimana mudahnya untuk menghasilkan menu untuk keluarga dengan ramuan ini bukan? Adakah Mama sudah bersedia untuk mendapatkan buah nanas yang berkualiti dan mencuba resepi-resepi yang dikongsikan di atas? 

Rahsianya? Semestinya dengan Memilih Nanas yang Betul 

Nanas yang sering menjadi pilihan saya ialah Nanas DOLE® Tropical Gold® kerana ia sangat juicy dan manis. Setiap kali keluar untuk membeli barangan runcit mingguan, pasti saya akan turut membeli stok buah Nanas DOLE® Tropical Gold® ini. Khidmat memotong buah nanas memang ada disediakan, tetapi saya lebih suka membeli beberapa biji buah nanas dan memotongnya sendiri di rumah apabila diperlukan. Dan saya harus mengakui bahawa Nanas DOLE® Tropical Gold® adalah nanas yang berkualiti dan sangat mudah untuk dipotong. 

Dan tahukah anda bahawa Nanas DOLE® Tropical Gold® sangat disyorkan untuk wanita kerana nilai nutrien yang terkandung dan sifat rendah asidnya? Sebenarnya, buah tropika ini memberikan pelbagai nutrisi penting seperti copper dan beberapa vitamin B, yang sangat penting untuk ibu hamil. 

Selain itu, kerana kandungan asidnya lebih rendah berbanding nanas lain, adalah selamat untuk mengatakan bahawa anda boleh memakannya secara segar tanpa merisaukan rasa ‘aneh’ buah nanas. Oleh itu, teruskan makan buah nanas kerana ia memberikan pelbagai khasiat kepada kesihatan anda. 

Tetapi bagaimana pula dengan anak-anak? Sekiranya Mama ingin memperkenalkan nanas kepada anak-anak, adalah lebih baik untuk anda memberikan Nanas DOLE® Tropical Gold® kerana ia tidak seperti buah nanas yang lain. Nanas yang lain mungkin mempunyai rasa masam sehingga memberikan rasa tidak selesa di lidah dan mulut, Nanas DOLE® Tropical Gold® adalah lebih manis dan lazat. Pasti anak-anak Mama lebih suka dan akan menggemarkannya!

Layari laman Facebook dan Instagram DOLE® Malaysia untuk mengetahui pelbagai manfaat dan khasiat buah Nanas DOLE® Tropical Gold® hari ini!

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.