KelabMama

Khas Buat Mama- Ibu Berleter Dorong Anak Lebih Berjaya

Khas Buat Mama- Ibu Berleter Dorong Anak Lebih Berjaya

Kriteria kuat berleter ataupun membebel ni memang sudah sebati dalam diri seorang wanita. Kahwinlah dengan mana-mana wanita sekalipun, ciri ini takkan pernah luput. Bila dia start saja berleter….

Piu piu piu piu piu!!!!!!!

Antara kelebihan berleter adalah ia dapat mengurangkan tahap ‘naik darah’ ibu-ibu.

Macam machine gun! Selagi dia tak puas hati, selagi tu tak habis. Kadang tu sampai kan suami pun terkena tempias. Maka, apa yang suami dan anak boleh lakukan? PASRAH adalah tindakan terbaik yang dianjurkan oleh kami para wanita.

Tapi jangan risau. Walaupun anak-anak mungkin rimas dengan ibu-ibu yang kuat berleter ni tapi kajian menunjukkan ibu-ibu yang kuat berleter ni lahirkan anak-anak yang berjaya tau! Ha, terkejut tak?

Ada Kelebihan Kuat Berleter Rupanya!

Di dalam satu kajian yang telah dibuat oleh sepasukan penganalisis di University of Essex, England, mereka mendapati bahawa anak yang didesak dan dibebel oleh ibu bapa ketika kecil, berpeluang untuk lebih berjaya dalam kehidupan daripada anak yang mempunyai ibu bapanya sebaliknya.

Ibu membebel dengan niat untuk pastikan anak-anak menjadi insan yang berguna kelak.

Sejak tahun 2004 hingga 2014, penyelidik telah mengikuti kehidupan 15, 500 gadis remaja berumur 13 dan 14 tahun. Berdasarkan pemerhatian mereka, ibu yang suka berleter ni selalu meletakkan standard yang tinggi kepada anak mereka. Mama jangan terkejut sebab anak-anak yang membesar dalam persekitaran ibu yang suka berleter ni selalunya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading serta memiliki gaji yang besar setelah meningkat dewasa.

Kurang Masalah Sosial

Satu lagi kebaikan dan bonus hidup dengan ibu-ibu yang suka membebel ni ialah mereka kurang terjebak dengan masalah sosial yang sering dihadapi oleh remaja liar. Kalau nak fikirkan tak ada lah teruk mana pun sebenarnya jika ibu bapa berleter atau membebel ni.

Anak-anak yang membesar bersama ibu yang kuat mendesak ini biasanya kurang terjebak dalam masalah sosial.

Sebab mereka berleter pun bersebab. Mana ada ibubapa yang nak berleter hari-hari tanpa sebab. Bak kata orang muda zaman sekarang, mereka pun ada ‘life’ lah! Bila ibubapa berleter, anak-anak akan merasa lebih ‘terkawal’ kerana khuatir perbuatan mereka akan dimarahi oleh ibu bapa.

Jadi, kalau mama nampak anak mama malas belajar ke, malas kemas rumah ke, mama boleh jadikan ini sebagai alasan kuat untuk terus membebel. Bagi semangat untuk anak-anak terus dan asah skil mengemas rumah. Mana tahu kut kut menjadi kan teknik membebel 24 jam ni?

Sumber: Sirap Limau

BACA JUGA PERKATAAN YANG DITUTURKAN IBUBAPA KADANGKALA PENYEBAB ANAK MEMBERONTAK, SEDIH & MARAH.

Pesan Mama Siti:

Mama pun boleh cuba teknik ni pada papa. Mama tahu berubah 360° darjah ke menjadi suami yang mithali kan? Sebelum ni suami mithali, tapi lepas membebel 24 jam ni, suami jadi lebih mithali ha gitu….