KelabMama

Ketumbit Mata Berlaku Akibat Jangkitan di Bahagian Mata

Ketika kecil dulu, sesiapa yang ada ketumbit pada mata pasti menjadi bahan usikan sekeluarga kerana ia sering dikaitkan dengan tabiat buruk iaitu mengintai orang. Kalau ketumbit itu kecil, tidak mengapalah kerana tidak ramai yang akan perasan, tetapi ia jadi masalah jika benjolan seperti jerawat di tepi mata itu besar sehingga menyebabkan rasa sakit selain malu diusik. Sebenarnya ketumbit tiada kaitan langsung dengan tabiat mengintai kerana ia sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Biasanya bakteria ini membiak di akar bulu mata sebelum menimbulkan masalah.

 

HANYA MITOS

Usikan mengaitkan ketumbit dengan tabiat buruk berkenaan perlu dihentikan, terutamanya jika ia berlaku pada anak yang berjiwa sensitif kerana ia boleh menyebabkan mereka jauh hati dan rendah diri. Sebaliknya, terangkan keadaan sebenar mengenai masalah yang berlaku pada mata mereka.

Ketumbit tidak berbahaya, tidak kira saiznya besar atau kecil. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata. Kadang kala, seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya.

Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah:

 

KALAZION

 

RAWATAN

Ketumbit juga tidak menyebabkan kebutaan! Ini kerana ia hanya membabitkan kelopak mata. Fungsi melihat bergantung kepada kesihatan biji mata dan kesihatan mata tidak terganggu apabila ada ketumbit. Ketumbit boleh menyebabkan sedikit gangguan penglihatan jika ia menjadi terlalu besar dan menekan pada bahagian tengah mata, di mana ia menyebabkan astigmatisme. Anak yang sering mendapat ketumbit juga bukannya kurang sihat. Sebenarnya ia cuma jangkitan kuman dan boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain! Ini kerana ia berlaku disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.

 

 

 

 

Sumber: Profesor Dr. Muhaya Mohamad Noor, Pakar Perunding Mata, Kuala Lumpur – drmuhayalasik.blogspot.com