KelabMama

KESELESAAN HAK MILIK SI KECIL DENGAN STROLLER ORBIT BABY G3

 

Orbit Baby G3 memperkenalkan kereta sorong dengan sistem keselamatan terkini bagi memberi pengalaman menyeronokkan kepada ibu bapa membawa anak mereka ke mana saja. Orbit Baby G3 membolehkan ibu bapa menyesuaikan sistem pergerakan anak-anak mengikut kumpulan usia si comel iaitu bermula sejak lahir menerusi kerusi bayi, buaian, asas kereta sorong serta rekaan yang memudahkan penyimpanan, pilihan warna menawan serta keupayaan untuk menukar daripada kereta sorong tunggal kepada kereta sorong ber­kembar.

                Menerusi sistem 360 darjah berputar, kereta sorong ini dihasilkan dengan reka bentuk modular dan inovatif bagi membolehkan ibu bapa mengalihkannya dengan mudah bermula dari dalam kereta sehingga ke rumah. Dengan penekanan kepada keselamatan dan kejuruteraan lanjutan, Orbit Baby G3 diiktiraf kerana inovasi, reka bentuk ergonomik dan mesra alam. Ia boleh di­dapati di Mothercare, Bebe Totz, Bebehaus dan Poppies.

 

 

Kebaikan Menggunakan Kereta Sorong

 

Stroller baby atau kereta sorong bukanlah kelengkapan bayi yang wajib, namun ia sangat berguna untuk membantu menyenangkan terutama kaum ibu. Kini terdapat banyak jenis kereta sorong yang dijual di pasaran dengan harga, jenis dan bentuk yang berbeza. Namun, membeli kereta sorong bayi ini bukanlah seperti membeli baju, banyak perkara yang perlu  anda pertimbangkan supaya tidak menyesal nanti.

                Pada dua bulan pertama mungkin anda tidak akan memerlukan kereta sorong bayi. Ini adalah kerana  bayi masih terlalu kecil dan ia memerlukan perlindungan ekstra dari ibu bapanya. Berada dalam pelukan ibu bapa adalah lebih selamat dan selesa. Setelah bayi berusia enam bulan barulah anda akan merasakan bahawa anda memerlukan sebuah kereta sorong bayi Ini adalah kerana bayi anda akan semakin berat dan pergerakannya yang semakin ligat. Kereta sorong bayi yang tepat dan bagus akan memberikan kemudahan kepada bayi dan anda terutamanya.

 

Memudahkan Ibu Bapa

Berjalan-jalan dengan si kecil menggunakan kereta sorong bayi akan menjadi lebih mudah daripada mendukung si kecil.

 

 Menenangkan Bayi

Kereta sorong bayi yang lembut dan selesa dapat membantu untuk menenangkan bayi.

 

Keselamatan

Menggunakan kereta sorong bayi atau stroller seperti menyediakan ruang kecil yang selesa bagi si kecil untuk berjalan-jalan bersama ibu bapa. Kereta sorong bayi biasanya sudah dilengkapi dengan pelindung sinar matahari (sunshade).

 

Membawa Barang Keperluan Bayi

Kereta sorong bayi atau stroller biasanya juga dilengkapi dengan beberapa poket atau rak kecil untuk membawa beberapa keperluan bayi yang penting, seperti lampin atau pampers, pakaian ekstra, makanan ringan, botol susu dan air minuman.