KelabMama

Keselamatan Anak Diutamakan! Baby Car Seat Diwajibkan Tahun Depan

Alhamdulillah, lega hati Mama Siti dengan berita penggunaan baby car seat yang akan diwajibkan bermula 2020 untuk semua kenderaan persendirian.

Satu usaha yang bagi mama SANGAT BAGUS demi mengurangkan kadar kematian kanak-kanak dan bayi akibat kemalangan.

Penting buat mama pasang baby car seat untuk anak mama untuk memastikan anak mama sentiasa selamat.

Mana taknya, mama tengok parents kalau nak senang, pangku saja bayi atas riba ataupun letak atas badan. Mama Siti pun faham yang mama nak sentiasa dekat dengan anak mama, tapi tindakan mama boleh membahayakan si manja tau! Macam mana mama nak protect anak mama kalau berlaku kemalangan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata bahawa sebelum peraturan ni dilaksanakan secara mandatori, pihak kementerian akan jalankan beberapa program kesedaran tentang kepentingan kerusi keselamatan bayi kepada orang ramai sepanjang 2019.

Walaupun perkara ni pernah diwar-warkan pada tahun 2019, namun atas beberapa faktor seperti bekalan dan juga stok bahan yang tak mencukupi serta pengiraan kos agar kerusi keselamatan bayi ni jadi mampu milik kepada orang ramai, ia dilanjutkan pada tahun 2020.

“Kami juga akan memastikan semua kerusi kanak-kanak yang akan dijual berkualiti tinggi dan menepati piawaian ditetapkan selain berharga mampu milik.

Pengecualian SST terhadap pembelian baby car seat

Bagi membantu orang ramai memiliki kerusi keselamatan bayi, pihak kementerian telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan (MoF) agar tak kenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) supaya harganya lebih murah.

“Saya akan berbincang dengan pihak Kastam dan Kementerian Kewangan untuk mempertimbangkan pengecualian SST (cukai jualan dan perkhidmatan) dan cukai import untuk kerusi kanak-kanak,” katanya.

Langkah yang patut disambut baik

Penggunaan baby car seat ni dapat kurangkan kecederaan kadar kematian sebanyak 71% bagi bayi berusia 1 tahun ke bawah dan 54% bagi anak kecil antara usia 1-4 tahun.

Kesedaran ibubapa tentang penggunaan kerusi khas kanak-kanak atau “carseat” di kalangan anak kecil masih rendah.

Sekarang ni dah ada sokongan dan penguatkuasaan daripada pihak kerajaan, jadi tak salah bukan kalau ibubapa turut sama bagi sokongan terhadap peraturan baru ni? Setakat dua tiga ratus habis untuk anak mama, mesti puas hati sebab keselamatan anak mama terjaga.

Panduan pilih child car seat ikut umur

Sekarang mama dah tahu kan jenis car seat ikut umur si manja? Kalau mama tak pasti nak beli kat mana atau mama tak ada masa nak keluar, tak apa. Mama Siti ada solution buat mama di luar sana. Mama boleh pergi motherhood.com.my untuk purchase baby car seat pilihan mama. Mudahkan?

Sumber: SirapLimau, Polis Diraja Malaysia

BACA JUGA SENARAI BARANG BAYI YANG ‘GOOD INVESTMENT’ UNTUK SI MANJA ANDA

Pesan Mama Siti:

Ibubapa kena ambil serius perkara macam ni sebab ianya melibatkan nyawa anak-anak. Apatah lagi keadaan jerebu yang boleh bahayakan anak mama serta mama sendiri bila keluar rumah. Jadi, mama dengan papa dah boleh start save money untuk beli baby car seat!