KelabMama

“116 Kanak-kanak Meninggal Dunia Semasa Kemuncak Varian Delta” – Dato’ Dr Musa Mohd Nordin Jelaskan Kenaikan Kes COVID-19 Dalam Kalangan Kanak-kanak

Kredit gambar: Yahoo News & Thestar

Kenaikan kadar kematian dalam kanak-kanak amatlah membimbangkan sejurus selepas kewujudan varian Delta. Kebanyakan mereka berada di dalam ICU, dan melawan virus COVID-19 mengambil masa lebih lama daripada biasa.

Dato’ Dr Musa Mohd Nordin, Consultant Paedriatician, menjelaskan kebimbangan beliau tentang anak-anak yang belum divaksinasi dengan kemasukan anak-anak ke sekolah sepenuhnya bermula tahun 2022.

Menerusi Instagram BFM Radio, Dato’ Dr Musa Mohd Nordin menjelaskan kenaikan kes COVID-19 dalam kalangan anak-anak yang semakin meningkat.

116 Kanak-kanak Meninggal Dunia Semasa Kemuncak Varian Delta

Kredit gambar: Yahoo News

“Dalam tempoh 10 minggu yang lalu sahaja, 11% kes COVID dapat dilihat pada kanak-kanak umur 5 hingga 11 tahun. Memandangkan lebih ramai orang dewasa dan remaja diberi vaksin dan sekolah sudah dibuka untuk kanak-kanak, kami menjangkakan lebih banyak kes pada kanak-kanak di bawah 12 tahun dan dengan kehadiran Omicron, kami boleh menjangkakan lebih banyak kes dalam kanak-kanak yang tidak divaksinasi.”

Beliau menyuarakan kebimbangannya kerana jangkitan pada kanak-kanak kurang dilaporkan berbanding dengan orang dewasa. “Di Amerika Syarikat sahaja, kadar penyebarannya adalah 38% di kalangan kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun iaitu 3.5 kali lebih tinggi daripada kita di sini.”

“Pada kemuncak gelombang Delta di Malaysia dari Julai hingga Oktober, kita kehilangan 116 kanak-kanak dan 70 daripadanya berumur di bawah 12 tahun.”

Selain itu, satu daripada 3 kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun di Amerika Syarikat memerlukan kemasukan ke ICU kerana MISC (Multi System Inflammatory Syndrome). Ia adalah bentuk COVID yang paling teruk menjangkiti kanak-kanak dan lebih kerap berlaku pada kanak-kanak dalam lingkungan umur tersebut.

Faedah Melebihi Risiko

Kredit gambar: TheStar

Dr Musa Mohd Nordin menulis artikel kedua membincangkan analisis risiko-manfaat vaksin COVID-19, dalam 5 hingga 11 tahun, untuk menyatukan kebimbangan ibu bapa.

“Idea kami adalah selaras dengan panel FDA, dan jawatankuasa penasihat mengenai amalan imunisasi, yang sebulat suara mengesyorkan vaksin untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.”

Kedua-dua kajian klinikal pada kanak-kanak dan pemodelan pelbagai senario menunjukkan bahawa manfaat vaksin Pfizer dua dos jelas mengatasi risiko untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun. Malah, kami juga memberi vaksin terhadap penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin yang mempunyai kadar kematian yang jauh lebih rendah daripada yang disebabkan oleh COVID-19, seperti:

Senaman Berat Selepas Vaksinasi

Ini adalah satu patang larang selepas kanak-kanak divaksin. Jelas Dr Musa:

“Satu-satunya kesan buruk utama, ialah keradangan jantung iaitu miokarditis. Terdapat kadar miokarditis yang sangat rendah di kalangan kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun yang divaksin dengan vaksin Pfizer. Yang berlaku hanya;

Beliau menasihatkan kepada ibu bapa untuk perhatikan anak-anak mereka jika ada tanda-tanda batuk, aduan tentang sakit dada, atau kesukaran bernafas selepas mengambil vaksin Pfizer.

Tambahan pula, anak-anak perlu mengelak daripada membuat sebarang aktiviti fizikal yang berat 1-2 minggu selepas divaksin. Berjumpa dengan doktor ataupun pakar pediatrik jika anak Mama mengadu sakit dada atau Mama perasan mana-mana tanda yang membimbangkan.

“Doktor akan menjalankan beberapa ujian dan mungkin memasukkan anak anda semalaman untuk pemerhatian tetapi percayalah kebanyakan kanak-kanak pulih secara spontan selepas rehat, tidur atau rawatan dengan ibuprofen.”

Kanak-Kanak Tidak Sepatutnya Dibebani dengan COVID-19 yang Panjang

Kredit gambar: MalayMail

Tambah Dr. Musa lagi, “Kanak-kanak tidak sepatutnya mendapat COVID-19, mereka tidak patut ponteng sekolah hanya kerana virus ini. Mereka tidak sepatutnya terdedah kepada COVID-19 di sekolah dan dimasukkan ke hospital. Mereka tidak sepatutnya berada di ICU dan mereka tidak sepatutnya dibebani dengan COVID-19 yang panjang.”

Ini adalah kerana mereka mempunyai seluruh kehidupan di masa hadapan. Kita sebagai ibu bapa harus melindungi mereka dan sekarang kita mempunyai vaksin yang berkesan dan selamat untuk melindungi kanak-kanak sebagai antara golongan yang paling terdedah, daripada Coronavirus.

Banyak informasi tentang kematian dalam kanak-kanak akibat kemuncak varian Delta. Sekarang kita mempunyai vaksin yang berkesan dan sebagai ibu bapa kita harus melindungi mereka yang berada dalam kalangan yang lemah terhadap COVID-19. Ia menjadi tanggungjawab kita untuk merendahkan risiko kematian mereka dan menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab dan amanah.

Pesan Mama Siti

Vaksin ini dapat mengurangkan risiko terkena COVID-19 dan juga mengurangkan kadar kematian dalam kanak-kanak bawah 12 tahun. Oleh itu, mari lah kita sama-sama menjaga keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kita.

Kredit: Instagram BFM Radio & Dato’ Dr Musa Mohd Nordin