KelabMama

Kerja Dari Rumah: Antara Kerjaya dan Anak-Anak. Ini Tips Yang Mama Boleh Ikut

Dah tahun 2022 ni, macam-macam jenis kerja mula wujud, kan. Paling ketara pekerjaan pembuat kandungan ataupun lebih dikenali sebagai Content Creator

Dari yang muda sampai yang berusia, semuanya ada potensi jadi Content Creator. Lama-kelamaan mod kerja seperti itu mula menjadi pilihan ramai orang sekarang. 

Pekerjaan macam Content Creator ni ada waktu kerja yang fleksibel, boleh kerja dimana-mana dan gaji yang boleh kata lumayan sekiranya Content anda mendapat perhatian orang ramai.

Namun, ada satu perkara yang tak ketinggalan bagi orang-orang yang berkeluarga bekerja dari rumah. Apakah agaknya perkara itu?

Orang yang berkeluarga dan bekerja dari rumah ni lain sikit cabaran dia. Bukan lah Mama Siti nak kata orang bujang ni okey-okey saja. Orang bujang pun ada susah senangnya. Mana ada kerja yang tak diuji kan.

Cabaran Kerja Dari Rumah

Kredit gambar: theAsianparent

Gangguan Dari Persekitaran

Mama Siti bercakap berdasarkan pengalaman sendiri tau. Mama Siti duduk di rumah sebuah landed. Antara halangan utama apabila kerja menghadap tingkap, kejap-kejap tu adalah orang nak hantar barang, orang nak hantar kad jemputan, dan yang paling rasa nak halimunan bila jiran datang nak bersembang. 

Maklumlah jiran-jiran ni ingat Mama Siti duduk saja depan komputer ni. Dia tak faham pun pasal kerja Mama Siti ni, tu yang rancak ajak borak selalu. Alahai. 

Jaringan Internet

Situasi macam ni selalu terjadi pada mereka yang duduk di kawasan pedalaman dan rumah pangsapuri aras tinggi.

Kerja dari rumah kalau internet perlahan, memang boleh bawa gaduh. Lagi-lagi tengah siapkan kerja penting. Kalau ada mesyuarat ataupun perlu hubungi pelanggan, bertambah susah hati. Tak tenang tau. 

Urusan Hal Rumah Tangga

Oh ya, kerja dari rumah ni ada orang perlu ikut masa kerja syarikat dan ada juga yang sebaliknya. Ya lah kan ada yang kerja dengan orang, ada juga yang lebih suka kerja sendiri. 

Bila dah ada pasangan dan anak-anak, keutamaan kita perlu disesuaikan ikut keadaan. Kalau dekat pejabat, pengasuh yang jaga anak. Jadi, kita boleh fokus 100% pada kerja. 

Lainlah kalau anak ada dekat rumah. Mana nak siapkan kerja, mana nak tengok anak. 

Kadang-kadang naluri keibuan ni yang memanggil-manggil untuk selalu tengok keadaan anak. Padahal mereka okay saja. 

7 Cara Bekerja Dari Rumah Bersama Anak-Anak

Setelah beberapa lama bekerja dari rumah. Mama Siti dah pandai sikit-sikit cara atur keadaan rumah dan keluarga. 

Mencabar itu pasti tapi setiap kesulitan ada jalan keluarnya. Jom Mama Siti kongsikan apa perkara yang kita boleh buat kalau bekerja dari rumah bersama anak-anak. 

  1. Ruang Kerja Yang Khusus
Kredit gambar: Kompas.com

Lebih elok kalau ada ruang kerja yang khas untuk Mama bekerja. Kalau ada bilik khas pun lagi bagus. 

Bila ada tempat sendiri kita ada kawalan sepenuhnya terhadap barang-barang dekat meja kerja. Apa-apa dokumen penting kita tahu mana letaknya. 

Lagi satu, kita jadi lebih fokus sebab tak tercampur aduk mana barang kerja dengan barang orang lain dalam rumah tu kan. 

  1. Komunikasi Dengan Individu Terlibat
Kredit gambar: Redaksi.com

Dalam mengekalkan keharmonian sesuatu hubungan, komunikasi paling penting. Bukan setakat komunikasi tapi kena pastikan mesejnya sampai. 

Kalau Mama dan pasangan sama-sama bekerja dari rumah, maka berbincanglah selalu. Ya, selalu. 

Contohnya, beritahu pasangan yang Mama perlu menghadiri persidangan pada hari tertentu. Jadi, perlu fokus sepenuhnya pada sesi itu. 

Bincangkan bersama pasangan adakah keadaan mereka mengizinkan untuk menjaga anak sendirian pada tempoh tersebut. Jika, bincangkan alternatif yang ada. 

Sepanjang sesi perbincangan Mama dan pasangan perlu sabar dan realistik ya. Kita tak nak nanti rancangan ini gagal.

  1. Disiplin Dengan Kerja
Kredit gambar: Entrepeneur

Kerja dari rumah kena pandai-pandai patuhi masa, patuhi kerja. Dekat pejabat nampak orang lain buat kerja, kita pun termotivasi kan. 

Kalau dekat rumah, tak ada siapa yang nak ingatkan kerja mana yang dah siap atau belum. Diri sendiri perlu beringat. 

Jadi, disiplin itu sangat penting. Setiap minggu perlu ada jadual, kerja apa yang perlu buat dahulu dan kemudian. 

Seterusnya, cerakin kan ke bahagian kecil iaitu jadual harian. Senaraikan kerja yang perlu dilakukan setiap hari. Kalau ada jadual, kita tak keliru dengan tugas-tugas yang ada. 

  1. Penglibatan Anak
Kredit gambar: Skuola.net | Ripetizioni

Kita penat kerja, anak pula ajak main. Akhirnya kita marah anak sebab tak faham keadaan kita. Jangan begitu Mama, anak kita berhak mendapatkan Mama yang ceria dan positif. 

Macam mana nak kawal anak dan kerja dalam satu masa kan? 

Kita libatkan anak dalam pekerjaan. Manfaatkan kemahiran mengira dan menyusun. Untuk Mama dan Ayah yang berniaga dari rumah, minta anak susun dan kira pesanan pelanggan. 

Ada banyak benda anak dapat bila diberi peluang macam ni. Antaranya:

Manfaat Kemahiran Mengira & Menyusun

  1. Kepercayaan 

Anak rasa percaya dengan diri sendiri. Sikit demi sedikit, mereka mula membina keyakinan untuk melakukan hal-hal besar yang lain. Kesan daripada kepercayaan Mama dan Ayah kepada anak ini lebih ketara bila mereka dewasa nanti. 

  1. Kecekapan

Kemahiran motor boleh ditingkatkan bila selalu angkat barang, asingkan nota konsainan dan kira stok barang. 

Kita nampak kemahiran anak berkembang dari hari ke hari. Barulah berbaloi masa dengan anak di rumah sambil bekerja kan. 

  1. Kreativiti

Bila kita bagi kebebasan, anak-anak akan jadi kreatif. Sebab mereka sedar ada tanggungjawab yang perlu dijalankan. 

Keadaan yang tak biasa bagi mereka seperti pesanan yang banyak dengan masa persediaan yang sama, memerlukan mereka berfikir lebih kreatif cara untuk menyelesaikannya. 

4. Wujudkan Rutin

Kredit gambar: Forbes

Orang yang mempunyai rutin, menjalani hidup mereka dengan lebih baik. Rutin membantu otak rileks kerana tidak perlu susun jadual apa yang perlu buat seterusnya. 

Misal kata kita tak ada jadual yang tetap, hari-hari kita kena fikir nak buat apa kan. Lagi satu bila kena buat rutin yang berbeza-beza, otak kita penat sebab selalu kena kerja.

Rutin tak perlu sesuatu yang rumit. Cukup membiasa diri dengan sesuatu yang mudah dan disenangi. Ya, itulah kelebihan mempunyai rutin. Buat kita lebih bertenang dan seronok. 

5. Masak Sekali Banyak

Kredit gambar: TheJakartaPost

Masak ni sekejap saja sebenarnya. Yang buat lama tu, sebelum dan selepas masak. Sebab apa? 

Sebab perlu sediakan barang sebelum masak dan kemas barang masakan selepas selesai. Dari 30 minit boleh sampai 1 jam. 

Mama Siti ada cuba beberapa cara supaya hidup lebih teratur dan tak kelam kabut. Pertama Mama Siti masak awal pagi. Masak awal-awal dan nanti kalau nak makan tengah hari, tinggal hidangkan sahaja. 

Kedua, masak untuk seminggu dan sejuk beku. Cara macam ni pun membantu tau. Nak makan nanti, tinggal panaskan saja lauk tu. 

6. Minta Bantuan Pembantu

Kredit gambar: Utusan Malaysia

Mama cadangkan kalau ada kemampuan, lantiklah seorang pembantu untuk menjaga anak-anak Mama ketika bekerja. 

Bukan kata tak sayang anak, tapi cuba bayangkan kalau kita stress dengan kerja dan stress dengan anak. Kerja ke mana, anak ke mana. 

Pada pandangan Mama, lebih baik kita berikan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Hasilnya, orang berpuas hati dengan kerja kita dan anak-anak pun gembira bila kita bersama mereka kan. 

Kesimpulannya…

Mama Siti percaya Mama mampu melakukannya. Dalam tujuh tips kerja bersama anak di rumah, mungkin Mama boleh mulakan dengan satu dahulu. 

Dah biasa nanti, kita cuba pulak tips yang kedua dan seterusnya. Tak ada kerja yang tak dilanda ujian, tapi semuanya indah bila kita pandai menguruskan kan.  Jangan lupa mengikuti tips ini untuk kekal cergas ketika sibuk berkerja.

Semoga Mama mampu hasilkan hasil kerja yang terbaik dan dapat lihat anak-anak membesar depan Mama.