KelabMama

KERAP MEMBUANG AIR KETIKA HAMIL TANDA KENCING KOTOR?

Kekerapan membuang air kecil bukan sahaja dialami oleh wanita hamil malah wanita yang tidak hamil juga. Bagi bakal ibu, mereka akan berhadapan dengan kebiasaan membuang air kecil pada minggu keenam kehamilan hingga berakhirnya trimester pertama. Ada juga yang mengalaminya ketika kandungan memasuki usia 12 ke 14 minggu.

Sebenarnya semasa hamil kandungan darah bakal ibu akan meningkat dua liter lebih daripada biasa. Tambahan darah ini digunakan untuk pembesaran rahim. Ia juga berfungsi membantu organ tubuh untuk bekerja lebih kuat, menggalakkan pertumbuhan jaringan payudara dan gusi ibu serta mengangkut oksigen dan makanan ke janin. Peningkatan jumlah darah yang mendadak ini mengakibatkan cecair yang perlu ditapis ginjal (buah pinggang) dikeluarkan daripada tubuh dalam bentuk air kencing. Manakala peningkatan jumlah darah yang berlaku di bahagian pinggul menyebabkan kantung rahim menjadi penuh dan perlu dikosongkan sekerapnya.

Ginjal dan saluran air kencing membesar kerana peningkatan kadar hormon progesteron yang berlaku sebaik-baik sahaja janin berada dalam kandungan. Begitu juga dengan ukuran rahim yang semakin membesar sehingga mendesak pundi kencing yang berada di bawah rahim. Akibatnya, daya menahan di bahagian pundi kencing menjadi berkurangan sehingga ia perlu kerap dikosongkan. Begitu juga dengan diabetes kehamilan yang berlaku sepanjang kehamilan juga menggalakkan wanita hamil kerap membuang air kecil.

 

CARA MENGATASI

 

KESAN KENCING KOTOR KEPADA WANITA HAMIL

Wanita hamil mudah mendapat kencing kotor atau jangkitan kuman. Secara amnya, wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding lelaki kerana wanita mempunyai uretra (salur kencing) yang pendek dan berada berdekatan dengan dubur (anus). Wanita yang hamil pula mudah menghidap jangkitan kuman berbanding dengan wanita yang tidak hamil. Ini disebabkan perubahan hormon dalam wanita hamil.

Ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot ureter dan pundi kencing bertambah lemah seterusnya menyebabkan ia merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing. Pada masa yang sama, rahim yang membesar juga menekan ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.

Otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpannya. Ini memudahkan kuman yang berada di pundi kencing membiak. Malah air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula (akibat perubahan hormon) seterusnya menyebabkan kuman bakteria lebih mudah membiak.

Oleh sebab faktor-faktor ini, wanita yang hamil mudah dijangkiti kencing kotor. Komplikasi kepada masalah ini ialah jangkitan kuman pada buah pinggang (dinamakan pyelonephritis). Ini ialah komplikasi yang serius semasa hamil. Jangkitan kuman itu boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian.

Bayi yang dikandung juga mengalami kesan teruk jika ibu yang hamil mengalami komplikasi ini. Antaranya ialah risiko kelahiran awal dan bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang rendah.

 

RAWATAN

 

INFO PENTING!

 

 

Sumber: Internet