KelabMama

KEPUTIHAN BERLEBIHAN MEMBUNUH SPERMA. SUKAR UNTUK HAMIL?

Menurut Illinois Department of Public Health, bakteria atau kulat yang menyebabkan keputihan itu mampu ‘menyerang’ tiub fallopio dan uterus seseorang wanita yang dijangkiti keputihan.

Kesan daripada itu ia boleh membawa kepada kesukaran untuk seseorang wanita yang dijangkiti keputihan untuk hamil. Ia menjadikan sistem tubuh seseorang wanita itu tidak subur dan akan menyebabkan risiko kehamilan ektopik (ectopic pregnancy).

Bagaimana Keputihan Menganggu Kesuburan?

Bakteria atau kulat yang menyebabkan keputihan akan menyerap masuk ke dalam faraj seterusnya menyerang kawasan penghasilan ovum. Apabila kawasan atau kilang ini terganggu, sudah pasti ovum yang terhasil mempunyai masalah dari segi keabnormalan. Ovum yang tidak normal tidak akan mampu bertahan lama atau boleh dikategorikan sebagai cacat.

Yang keduanya, keputihan yang terhasil menyebabkan penyumbatan berlaku pada leher faraj. Sperma akan berhadapan kesukaran untuk menembusi leher faraj sekiranya terdapat keputihan yang banyak. Selain itu, kulat atau bakteria yang ada di sekitar faraj juga boleh mengganggu kualiti sperma yang memasuki faraj.

Tips Merawat Keputihan

1) Jangan sesekali terus menyarungkan seluar dalam anda sebaik sahaja selesai buang air besar atau air kecil kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman.

2) Gunakan tuala wanita jenis pakai basuh (cloth pad) semasa datang haid kerana ia bersifat semulajadi dan bebas kimia. Sekiranya anda sedang mengalami keputihan, elakkan guna pantyliner pakai buang kerana ia boleh mengeruhkan lagi keadaan.

3) Guna pencuci wanita sebanyak 2 kali sehari sahaja setiap hari. Jangan guna secara kerap kerana penggunaan yang kerap boleh menyebabkan PH pada faraj tidak seimbang. Sebaiknya gunakan pencuci wanita dari sumber sireh kerana sireh dapat merawat masalah keputihan sejak zaman dahulu lagi. Menurut kajian, 90% wanita sangat malas untuk merawat keputihan dengan mengamalkan petua. Dengan kesibukan bekerja dan rumahtangga, tentu sekali banyak halangan untuk mengamalkan petua dengan konsisten sehingga masalah benar-benar hilang.

 

 

 

 

Sumber: dietdietsihat.com