KelabMama

Kepentingan Menyokong Kepintaran, Emosi dan Sosial (IQ, EQ, SQ) Anak Mama Selepas Lockdown

Malaysia telah pun memasuki fasa endemik. Ulang suara—Malaysia sudah memasuki fasa endemik!

Rasa macam masa berlalu dengan cepat, tapi pada masa yang sama, rasa macam hanya pandemik sahaja yang kita tahu selama ini, kan Mama?

Lockdown dan tempoh kuarantin yang dilanjutkan telah memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak. Menurut UNICEF, sekurang-kurangnya satu daripada tujuh kanak-kanak—iaitu, 332 juta kanak-kanak—secara global telah hidup di bawah dasar tinggal di rumah yang diharuskan atau yang disyorkan untuk seluruh negara selama sekurang-kurangnya sembilan bulan sejak wabak COVID-19 bermula.

Semasa Mama dan Papa menyesuaikan diri bekerja dari rumah dan anak sedang membesar, Mama Siti tahu Mama telah melakukan yang terbaik untuk memastikan perkembangan anak-anak (baik pembelajaran dan pertumbuhan mereka) tidak terjejas.

Intelligence Quotient (IQ)

Walaupun masih belum terdapat kajian yang sahih tentang bagaimana lockdown akibat pandemik COVID-19 memberi kesan pada IQ kanak-kanak di Malaysia, kita boleh merujuk kepada kajian baharu yang dilaporkan oleh Society for Research in Child Development.

Kajian dari Uruguay membandingkan dua kumpulan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Mereka mendapati bahawa kanak-kanak itu seolah-olah mengalami kemerosotan dalam perkembangan motor dan kognitif. Kanak-kanak tersebut juga kurang bersemangat dan bermotivasi terhadap pembelajaran selepas lockdown.

Ini boleh memberi ancaman kepada pencapaian pendidikan anak-anak Malaysia apabila sistem persekolahan lebih maju ke hadapan pada masa akan datang.

Emotional Intelligence Quotient (EQ)

EQ ialah istilah yang digunakan apabila merujuk kepada kecekapan emosi. Sama seperti IQ di atas, masih belum ada kajian tentang bagaimana COVID-19 memberi kesan ke atas EQ kanak-kanak Malaysia, tetapi kajian ke atas kanak-kanak Sepanyol telah menunjukkan pengurangan dalam kecekapan emosi dan skala intrapersonal, interpersonal dan kebolehsuaian yang disebabkan oleh kelemahan mereka terhadap situasi negatif.

Para penulis menekankan bahawa ia disebabkan oleh ‘tahanan di rumah’ yang terpaksa dihadapi anak-anak sepanjang lockdown. Kanak-kanak terpaksa berada di rumah yang menyebabkan kurangnya interaksi secara semula jadi dengan keadaan sekeliling, yang merangsang emosi negatif, seterusnya membawa kepada pengurangan tahap EQ mereka.

Social Intelligence Quotient (SQ)

Kecekapan sosial adalah penting dalam pelbagai aspek kehidupan seseorang kerana ia membantu individu membina hubungan. Pemimpin yang kuat selalunya memiliki kemahiran sosial yang bagus. Untuk memberi motivasi kepada orang ramai, pemimpin harus mewujudkan hubungan dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk mereka lakukan apa yang perlu dilakukan.

Adakah Mama mahu anak Mama menjadi pemimpin pada masa akan datang?

Berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan di Indonesia, kemahiran sosial yang baik dalam kalangan kanak-kanak telah terbukti menjadi salah satu ramalan penyesuaian diri yang sihat di masa akan datang, manakala, kemahiran sosial yang lemah semasa usia remaja mereka terbukti boleh menjadi salah satu faktor yang menyebabkan mereka terjerumus kepada jenayah dan gangguan mental (psychopathology).

Sebagai ibu bapa, kita pasti mahukan perkembangan SQ anak-anak yang baik, walaupun ia bukan keutamaan yang penting dalam masyarakat kita. Disebabkan oleh lockdown, interaksi anak-anak bersama dunia luar sangat sikit dan ia mempengaruhi cara mereka berinteraksi dengan dunia di sekeliling mereka dengan selesa.

Perkembangan Otak

Memandangkan kita tahu IQ, EQ dan SQ anak-anak kita berkemungkinan besar telah ‘dipengaruhi’ dan terkesan akibat oleh lockdown, perkara yang munasabah untuk kita lakukan ialah dengan berikan mereka makanan berkhasiat yang dapat membantu meningkatkan perkembangan mereka.

Salah satu cara yang paling bagus ialah dengan berikan mereka sumber pemakanan yang mengandungi Gangliosida (GA®).

Ia mungkin istilah baharu kepada Mama, tetapi pada asasnya, Gangliosida (GA®) ialah glikolipid kompleks yang terdapat di seluruh badan. Mereka membantu membentuk hubungan sel-sel otak. Gangliosida (GA®) terlibat dalam struktur dan fungsi sel, terutamanya dalam otak dan oleh itu sama pentingnya dengan DHA.

Membran Globul Lemak Susu (MFGM) mengandungi Gangliosida (GA®) dan fosfolipid. Kanak-kanak yang diberi MFGM menunjukkan perkembangan emosi yang lebih baik. Menurut kajian yang diterbitkan pada 2020, pengambilan gangliosida meningkatkan perkembangan saraf kanak-kanak kecil (Tan et al, 2020).

Bagaimana Anak Mama Boleh Dapatkan Gangliosida (GA®)?

Semestinya dengan Anmum ESSENTIAL!

Ia lebih daripada sekadar susu untuk kanak-kanak, kerana ia ditambah dengan MFGM-Gangliosida-DHA.

Mengambil pendekatan serampang dua mata, Anmum ESSENTIAL dirumus secara saintifik dengan nutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar tanpa gula tambahan.

Ramai orang berpendapat gula tambahan sama dengan sukrosa, tetapi ia meliputi Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, fruktosa dan laktosa tambahan serta lain-lain. Satu kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan gula yang lebih tinggi boleh menyebabkan skor kecerdasan lisan yang lebih rendah dan ya, ia sangat membimbangkan.

Oleh itu, ibu bapa harus berwaspada dan menyemak senarai ramuan untuk gula tambahan dalam susu tepung rumusan kanak-kanak.

Kredit gambar: Anmum ESSENTIAL

Kini, Anmum ESSENTIAL ialah satu-satunya jenama^ yang mempunyai MFGM-Gangliosida-DHA dan Tanpa Gula Tambahan** di Malaysia.

Ia juga dirumus secara saintifik dengan Prebiotik (Inulin) dan 15 nutrien penting (gambar dibawah) untuk membantu menyokong keperluan nutrisi kanak-kanak yang sedang membesar.

Lebih Banyak Sebab Untuk Memperkenalkan Anmum ESSENTIAL Di Rumah

Walaupun Anmum ESSENTIAL ialah jenama yang terkenal di Malaysia, ramai ibu baru tidak menyedari manfaat yang akan diperolehi oleh anak mereka daripadanya.

Diperbuat daripada susu tepung dari New Zealand dan disokong oleh lebih daripada 90 tahun penyelidikan di pusat R&D Fonterra New Zealand, Anmum ESSENTIAL dirumus secara saintifik untuk membantu menyokong keperluan pemakanan kanak-kanak yang sedang membesar berumur satu hingga enam tahun.

Fokus Anmum ESSENTIAL adalah untuk meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Adalah penting bagi ibu bapa untuk menyediakan pemakanan yang betul untuk menyokong perkembangan keseluruhan anak mereka. Mereka juga perlu dilengkapi dengan fakta yang berkaitan dengan kesan pengambilan gula yang tinggi terhadap perkembangan otak di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

Dapatkan sampel Anmum ESSENTIAL PERCUMA di www.anmum.com/my atau beli yang bersaiz penuh di Motherhood.com.my.

Penafian:
^Merujuk kepada label produk bagi jenama utama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak.
** Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih ditakrifkan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah Piawaian Codex 212-1999 dan CAC/GL23-1997. CODEX merangka garis panduan piawaian antarabangsa yang selaras dan kod amalan. Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan Malaysia 1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa, Madu adalah ditakrifkan sebagai bahan-bahan pemanis.

Rujukan:

UNICEF. (2021). At least 1 in 7 children and young people has lived under stay-at-home policies for most of the last year, putting mental health and well-being at risk. Retrieved May 11, 2022, from https://www.unicef.org/press-releases/least-1-7-children-and-young-people-has-lived-under-stay-home-policies-most-last#:~:text=NEW%20YORK%2C%204%20March%202021,at%20risk%2C%20UNICEF%20warned%20today

González, M., Loose, T., Liz, M., Pérez, M., Rodríguez‐Vinçon, J. I., Tomás‐Llerena, C., & Vásquez‐Echeverría, A. (2022). School readiness losses during the COVID‐19 outbreak. A comparison of two cohorts of young children. Child Development. 00, 1-15. https://doi.org/10.1111/cdev.13738

Martin-Requejo, K., & Santiago-Ramajo, S. (2021). Reduced emotional intelligence in children aged 9–10 caused by the COVID ‐19 pandemic lockdown. Mind, Brain, and Education. Retrieved May 11, 2022, from https://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/mbe.12297

Cohen, J.F.W., Rifas-Shiman, S., Young, J., Oken, E. (2018). Associations of prenatal and child sugar intake with child cognition. American Journal of Preventive Medicine., 54(6), 727-735Retrieved May 26, 2022, from https://doi.org/10.1016%2Fj.amepre.2018.02.020

Palmano, K., Rowan, A., Guillermo, R., Guan, J., & McJarrow, P. (2015). The role of gangliosides in neurodevelopment. Nutrients., 7(5): 3891–3913. Retrieved May 13, 2022, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4446785/

Suharni., Prastuti, E., Hitipeuw, I., & Bahrodin, A. (2020). “Children’s Social Competence Learning Strategies for Building Mental Health During Covid-19” in International Conference of Psychology. KnE Social Sciences, 224–235. Retrieved May 26, 2022, from https://doi.org/10.18502/kss.v4i15.8209

Tan S, Zhao A, Zhang J, Li P, Chen C, Zhang Y. (2020). Toddler neurodevelopment is associated with ganglioside intake but not serum ganglioside. Asia Pac J Clin Nutr, 29(3), 584-592. Retrieved May 13, 2022, from https://doi.org/10.6133/apjcn.202009_29(3).0018.

Veereman-Wauters, G., Staelens, S., Rombaut, R., Dewettinck, K., Deboutte, D., Brummer, R.-J., Boone, M., & Ruyet, P. L. (2012). Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition, 28(7-8), 749-752. Retrieved May 13, 2022, from https://doi.org/10.1016/j.nut.2011.10.011

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.