KelabMama

Kepentingan 7 Jenis Makanan Untuk Anak-anak Sepanjang Pandemik COVID-19

Tiap-tiap hari kes COVID-19 makin naik, anak-anak pun dah tak tentu arah duduk rumah. Ada masa tu, anak-anak nak baring je dalam bilik sebab taktau nak buat apa. Risau Mama dibuatnya.

Sepanjang PKP ni, Mama ada lalui ‘fasa’ ni tak? Mama Siti dah banyak kali! Selain diri sendiri yang sudah terbiasa dengan keadaan sekarang, Mama Siti lebih risaukan perkembangan anak-anak.

Syukur, kenyang perut mereka setiap hari, tetapi, Mama Siti sangat risaukan perkembangan mereka yang berkaitan dengan aspek-aspek lain kerana mereka hanya duduk di rumah sahaja – tidak dapat berjumpa dengan kawan-kawan, tidak boleh ke sekolah, dan hanya ‘bersosial’ melalui skrin sahaja.

Sumber: malaymail.com

Perkembangan kanak-kanak bergantung kepada pengambilan nutrien-nutrien penting dan juga keadaan persekitaran yang sihat dan positif. Ini membolehkan mereka melakukan aktiviti yang berkaitan dengan fitrah semula jadi mereka dan seterusnya memberi kesan kepada perkembangan mental, fizikal, dan sosial mereka.

Jadi, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab dan sentiasa cuba berikan yang terbaik, Mama Siti sentiasa memastikan anak-anak (sekurang-kurangnya) lengkap dengan tujuh jenis makanan ini:

7 Jenis Makanan Yang Penting untuk Perkembangan Anak-anak

1. Susu yang kaya dengan nutrien penting 

Apabila bercakap mengenai tumbesaran badan anak-anak, perkara paling Mama Siti risaukan mestilah kandungan kalsium dalam tulang dan gigi mereka. 

Daripada anak-anak masih bayi hingga sekarang, Mama Siti sentiasa memastikan mereka meminum susu yang mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting, sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.

Berdasarkan Garis Panduan Diet Malaysia 2020, susu merupakan sumber makanan yang mengandungi hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Tahu tak Mama yang kandungan kalsium dari susu adalah kalsium yang paling mudah diserap tubuh kita berbanding dengan sumber makanan lain. Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah menerbitkan artikel mengenai kebaikan susu yang boleh mama rujukan.

Demi kesihatan anak-anak, Mama Siti berikan hanya yang paling sesuai dan alhamdulillah, Susu NESPRAY Penuh Krim menjadi kegemaran mereka. Susu NESPRAY Penuh Krim merupakan satu-satunya susu penuh krim yang mengandungi 15 vitamin dan mineral penting*, khas untuk kanak-kanak yang masih bersekolah, untuk membantu menyokong perkembangan fizikal, mental, dan sosial mereka secara keseluruhan.

Sumber: dearnestle.com.my

2. Buah-buahan dan Sayur-sayuran 

Mama Siti yakin Mama semua pasti sudah tahu kepentingan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet seharian kita dan anak-anak. 

Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai pelbagai vitamin dan mineral yang penting untuk mengekalkan daya ketahanan anak-anak. Ia juga mengandungi serat yang memainkan peranan penting untuk mengekalkan sistem pencernaan yang sihat. Jadi Mama semua jangan lupa untuk menyertakan pelbagai buah-buahan & sayur-sayuran dalam pemakanan anak-anak kita.

Seperti saranan KKM dalam ‘Pinggan Sihat Malaysia’, Mama Siti juga memastikan setiap hidangan utama anak-anak dihidangkan berdasarkan 3 bahagian pada pinggan dalam bentuk suku-suku separuh (suku karbohidrat, suku protein, dan separuh sayur dan buah) setiap hari.

Sumber: Twitter @KKMPutrajaya

3. Bijirin penuh atau ‘Whole grain’

Bijirin penuh seperti oat, barli, dan quinoa kaya dengan serat, protein, karbohidrat, vitamin dan mineral seperti vitamin B, zat besi dan magnesium.

Oleh kerana anak-anak kini menghabiskan masa di rumah untuk belajar kursus e-learning, mereka susah memberi tumpuan sebab kekurangan interaksi dengan rakan sekolah serta cikgu.

Mama Siti pastikan untuk menyediakan snek-snek bijirin sebagai sumber tenaga yang mantap bagi anak-anak untuk pembelajaran dan pembangunan fizikal. Makanan bijirin juga kaya dalam serat dan boleh mengelakkan masalah sembelit.

4. Daging

1 – 2 sajian protein disarankan dalam Piramid Makanan Malaysia sebagai panduan pengambilan makanan sehari. Daging adalah sumber protein dan zat besi yang baik. Selain daripada daging, protein juga boleh diperolehi daripada ayam, telur dan legum.

Protein merupakan blok binaan asas tubuh badan yang berperanan membina dan membaiki otot dan tisu serta mengekalkan kesihatan sistem imun. Manakala zat besi ialah elemen penting dalam pembentukan sel darah merah. Kedua-dua nutrien ini membantu pertumbuhan sel-sel badan yang sihat termasuk sel-sel otak untuk sistem kognitif.

Sumber: Shutterstock

5. Ikan

Ikan merupakan sumber makanan yang mengandungi banyak nutrien penting seperti protein, asid lemak omega-3 (EPA dan DHA), vitamin D dan sebagainya. Vitamin D biasanya boleh diperolehi melalui pendedahan matahari, namun begitu, dalam situasi pandemik ini, anak-anak kurang bermain di luar. Ikan berlemak seperti salmon dan tuna adalah satu sumber makanan vitamin D yang penting untuk penyerapan kalsium.

Satu lagi nutrien yang Mama Siti pentingkan ialah DHA! DHA salah satu jenis asid lemak Omega-3 utama yang tidak dihasilkan oleh tubuh kita. DHA boleh membantu perkembangan kognitif dan sistem saraf kanak-kanak. Oleh itu, Mama Siti sentiasa cuba untuk menghidangkan lauk ikan yang kaya dengan DHA.

6. Telur

Telur juga merupakan salah satu sumber protein yang baik untuk anak-anak. 

Telur juga membekalkan beberapa vitamin seperti vitamin A yang bagus untuk mata anak-anak, vitamin D yang baik untuk tumbesaran dan tulang mereka, choline untuk minda mereka dan juga selenium yang bagus untuk kelenjar tiroid berfungsi dengan baik.

7. Kekacang dan Biji-bijian

Walnut dan badam, juga biji-bijian seperti biji bunga matahari, labu dan flax, penuh dengan protein, asid lemak penting, vitamin dan mineral. Biji Flex dan chia, serta walnut sangat kaya dengan asid lemak Omega-3 – asid linolenik yang boleh ditukar menjadi DHA dalam badan kita dan membantu menyokong fungsi otak.

Menu kekacang dan biji-bijian yang Mama Siti hidangkan adalah kacang badam sebagai snek dan mentega kacang semasa sarapan pagi untuk menu seperti roti bakar ataupun taburkan di atas salad pun anak-anak suka.

Kalau ada anak Mama yang mempunyai alahan terhadap kekacang, jangan pula Mama sediakan makanan ini ya!

Mama dah dapat idea jenis makanan mana yang Mama harus tambah atau masukkan dalam diet harian anak-anak?

Dengan Mama dan anak-anak sibuk bekerja dan belajar di rumah bersama agak sukar untuk kita menyediakan semua jenis makanan di atas ke dalam diet harian anak-anak. Oleh itu, Mama Siti cadangkan untuk Mama menyediakan Susu NESPRAY Penuh Krim di rumah kerana dengan hanya segelas Susu NESPRAY Penuh Krim, anak-anak boleh mendapat 15 vitamin dan mineral penting.

Kenapa Susu NESPRAY Penuh Krim? 

Sumber: dearnestle.com.my

Mama Siti faham bagaimana sibuknya kita semasa berada di rumah sepanjang pandemik ini – bekerja dari rumah, nak pastikan makan minum anak-anak terjaga, pembelajaran anak-anak secara atas talian, dan sebagainya.

Sebab itulah Mama Siti sentiasa berikan sekurang-kurangnya segelas susu Susu NESPRAY Penuh Krim setiap hari, untuk memastikan anak-anak mendapat 15 vitamin & mineral penting yang diperlukan untuk menyokong perkembangan mental, fizikal dan sosial mereka.

Sumber: dearnestle.com.my

Susu NESPRAY Penuh Krim yang merupakan satu-satunya susu penuh krim dengan 15 vitamin dan mineral* sangat mudah untuk disediakan. Yang lebih menarik, susu yang berkrim dan sedap ini lebih daripada sekadar susu penuh krim biasa kerana ia juga merupakan sumber protein, kaya dengan kalsium, zat besi, vitamin C dan D dan juga mengandungi 0g sukrosa.

Sumber: dearnestle.com.my

Susu NESPRAY Penuh Krim kini didatangi dalam pembungkusan baharu yang lebih menarik. Mama Siti boleh pastikan bahawa susu penuh krim ini merupakan pilihan yang tepat untuk Mama dan Papa yang sedang mencari susu rumusan tepung yang sihat dan berkhasiat untuk anak-anak yang masih bersekolah.

Sumber: dearnestle.com.my

Mama boleh dapatkan susu NESPRAY Penuh Krim di kedai-kedai berhampiran anda atau secara atas talian di kedai rasmi NESTLÉ NESPRAY di Shopee atau Lazada.

Untuk maklumat lanjut mengenai susu NESTLÉ NESPRAY, layari laman rasmi hari ini!

*Perbandingan berdasarkan maklumat pemakanan Susu Lembu Penuh Krim daripada data Nielsen (Oktober 2020).