KelabMama

Kualiti Unggul, Kegembiraan Si Manja: Kepentingan Lampin Pakai Buang Yang Tepat

“Saiz, material, dan hygiene! Tiga ni paling penting.”

Memilih lampin bayi yang betul sebenarnya tricky dan boleh memeningkan para ibu, terutamanya bagi mereka yang pertama kali menjadi ibu. Adalah penting untuk memilih lampin bayi yang betul dan sesuai untuk si manja yang baru lahir. Ini adalah kerana kulit bayi yang baru lahir agak sensitif. 

Jadi, tiga perkara di atas – saiz, material yang digunakan, dan hygiene – seperti ayat ‘jampi’ apabila ada yang tanyakan mengenai pemilihan lampin pakai buang untuk bayi. Jangan lihat pada jenama semata-mata.

Mama Siti bukanlah pakar, namun, tiga perkara tersebut antara faktor utama yang harus diterapkan dalam memilih lampin pakai buang untuk bayi.

Dan untuk menambah pengetahuan Mama Siti dalam hal ini, Mama Siti berpeluang menjadi sebahagian daripada majlis pelancaran lampin pakai buang Merries yang BAHARU! 

Memperkenalkan: Lampin Pakai Buang Merries BAHARU, Jauh Lebih Unggul

Majlis pelancaran lampin pakai buang Merries BAHARU telah dijalankan di Toy 8, The Gardens Mall pada 2 Mac 2024 dan dihadiri seramai 40 keluarga. 

Bertemakan sutera dan merah jambu, majlis tersebut dilancar secara rasmi oleh Presiden Kao Malaysia, Nishimaki Akira, dan pasukan Merries yang terdiri daripada – Tan Poh Ling, Naib Presiden Kao Malaysia; Cynthia Song, Penjagaan Kesihatan Manusia, Pengurus Kategori; Alyani Ali, Merries, Pengurus Jenama Bersekutu – dengan membuka sebuah kotak opening gimmick, yang mengandungi lampin pakai buang Merries. 

Terdapat pelbagai acara dan aktiviti telah disediakan untuk para tetamu dan antaranya adalah: 

Selain aktiviti menarik yang disediakan, Mama Siti turut memperoleh lebih banyak info dan mendalami kepentingan memilih lampin pakai buang untuk bayi yang tepat, disamping merasai sendiri keunggulan lampin pakai buang Merries yang BAHARU dan telah ditambah baik ini.

Lampin pakai buang Merries telah diperbaharui dan terdiri daripada rangkaian pita (tape) atau jenis seluar (pants), khas untuk keperluan bayi yang berbeza.

Demi kegembiraan si manja, kualiti lampin Merries yang BAHARU ini jauh lebih premium berbanding sebelumnya. Ia menjamin keselesaan yang berpanjangan, sehingga 2.5 kali lebih regangan, penggunaan Teknologi Kao Jepun dengan lebih 5 bilion invisible holes pada permukaan lampin untuk keselesaan & kekeringan berpanjangan, serta daya serapan yang sangat hebat!

Siap Dengan ‘Penunjuk’ Khas Untuk Mama! 

Yang paling menarik perhatian Mama Siti semestinya teknologi indicator yang diwujudkan dalam setiap lampin Merries yang BAHARU ini.

Color Changing Wetness Indicators atau Penunjuk Kebasahan Berubah Warna pada lampin akan berubah warna menjadi biru tua, maksudnya sudah tiba masa untuk Mama menukar lampin si manja. 

Sangat memudahkan para ibu bukan? Senang cakap, memang life-changing buat mak-mak!

Lampin Merries turut direka khas berdasarkan penyelidikan kulit dengan mengambil kira kulit mulus si manja. Bertepatan dengan tagline lampin ini “Bringing Smiles to Babies & Parents”, si manja pasti lebih selesa dan Mama juga gembira! 

Disebabkan produk yang dihasilkan Merries sentiasa mencapai tahap kualiti yang diimpikan para ibu, Merries telah memperoleh pengiktiran sebagai jenama nombor 1 yang disyorkan oleh ibu-ibu di Jepun pada tahun 2022!

Nampak tak betapa bagusnya lampin pakai buang Merries ini?

Seperti namanya yang membawa maksud kegembiraan, lampin pakai buang Merries sentiasa memikirkan cara terbaik untuk memberikan kegembiraan dan keselesaan yang berpanjangan pada si manja.

Ini adalah kerana Merries percaya bahawa masa gembira bayi bersama ibu bapanya adalah penting untuk tumbesaran dan perkembangan si manja.

Kredit gambar: Facebook @MY Merries

Untuk maklumat lanjut mengenai lampin pakai buang Merries, layari laman rasmi Merries di SINI.

Mama boleh mendapatkan lampin pakai buang Merries secara dalam talian di Lazada atau Shopee, kedai runcit di seluruh negara, termasuk Aeon, Village Grocer, Jaya Grocer, dan banyak lagi.