KelabMama

Kepentingan Asid Folik Yang Sebenarnya Baik Untuk Isteri & Suami

asid folik

Asid Folik dikenali sebagai folat iaitu vitamin B9. Asid folik memainkan peranan dalam membantu penghasilan sel darah merah dan juga dalam pembentukan tiub saraf bayi (baby neural tube), agar ia dapat berkembang hingga ke otak dan saraf tunjang bayi dengan baik. Namun tak ramai ibu bapa mahupun mereka yang masih belum berkahwin tahu mengenai kepentingan asid folik ini, baik pada bakal ibu mahupun bapa.

Dalam pemakanan seharian kita, Mama atau Papa boleh mendapatkan asid folik melalui makanan yang diperkaya dengan bijirin.

BILA MASA YANG SESUAI UNTUK MULA AMBIL ASID FOLIK?

BERAPA JUMLAH ASID FOLIK YANG DIPERLUKAN?

Jumlah asid folik yang dicadangkan untuk semua wanita yang dalam perancangan untuk hamil atau awal kehamilan ialah 400 mcg setiap hari. Jika sebelum ini anda telah mengambil multivitamin setiap hari anda boleh rujuk pada ruang hidangan yang dibekalkan untuk memastikan setiap vitamin yang dihidangkan cukup untuk anda setiap hari bagi memastikan kesihatan yang kekal untuk anda dan bayi. Jika tidak anda boleh terus mengambil suplemen asid folik untuk mendapatkan jumlah yang dicadangkan untuk badan kita.

Jumlah Asid Folik Yang Dicadangkan Mengikut Usia Kehamilan :-

KEPENTINGAN ASID FOLIK UNTUK IBU HAMIL

Tanpa asid folik yang cukup untuk badan anda semasa hamil kemungkinan ia akan menyebabkan tiub neural bayi anda tidak berkembang dengan baik mengalami masalah yang dipanggil kecacatan tiub neural. Ia juga termasuk :-

Pengambilan 400mcg asid folik yang mencukupi setiap hari mampu mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat masalah kecacatan tiub neural (neural tube defect) sebanyak 70%. Pengambilan asid folik diawal kehamilan dan semasa hamil mampu melindungi bayi anda daripada mengalami masalah kelahiran pramatang, kecacatan bibir atau lelangit (sumbing), kelahiran dengan berat badan yang rendah, tumbesaran bayi dalam rahim perlahan dan mampu mencegah ibu daripada keguguran.

DALAM PANTANG PERLU AMBIL ASID FOLIK ATAU TIDAK ?

Pengambilan asid folik juga amat penting semasa dalam pantang kerana ia mampu membantu menurunkan tahap risiko para ibu daripada mendapat masalah komplikasi selepas kelahiran seperti strok, penyakit jantung, kanser, alzaimer dan sebagainya. Asid Folik ini juga sangat penting untuk  ibu-ibu hamil. Jadi untuk para ibu yang kandungannya masih baru jangan ambil ringan dengan pengambilan asid folik sama asa yang dibekalkan oleh doktor atau yang anda beli di farmasi. Bukan suka-suka doktor suruh makan asid folik ni. Ada sebabnya yang semestinya membawa manfaat bagi menjamin kesihatan ibu dan bayi semasa dalam tempoh kehamilan atau selepas kelahiran.

PERANAN ASID FOLIK TERHADAP KESUBURAN LELAKI

Apabila sperma yang mengalami kecacatan kromosom disenyawakan dengan ovum, ia akan menghasilkan janin yang tidak berupaya untuk hidup lama. Oleh sebab itulah ada segelintir wanita yang mengalami keguguran di awal kehamilan akibat daripada masalah ini.

Apakah dia Spermatogenesis? Dengan bahasa ringkas dan mudah difahami, ia adalah proses pembentukan sperma. Asid folik diperlukan dalam proses ini untuk memastikan sperma-sperma sihat dihasilkan dengan baik.

Sumber: Internet