KelabMama

KENAPA YA IBUBAPA PERLU BERI PELUANG SI KECIL BUAT KESILAPAN?

Kebanyakan orang dewasa hari ini terlepas peluang untuk mengubah hidup mereka kerana terperangkap dalam rutin seharian. Anda tidak mahu anak anda terperangkap dalam keadaan sama, berikut adalah cara anda boleh mencetuskan minat pembelajaran sepanjang hayat dalam diri anak-anak. Pembelajaran sepanjang hayat adalah pembangunan pembelajaran formal dan tidak formal: perkembangan kemahiran adaptif yang berterusan, pengetahuan dan kecekapan yang diperlukan oleh manusia sepanjang hayat dan membantu mereka membuat perubahan positif bagi diri sendiri dan orang di sekeliling. Cuba fikirkan, dulu anda bujang, kini sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak. Satu anjakan besar dalam kehidupan anda sudah berlaku. Anda memikul tanggungjawab baru, berhadapan dengan cabaran baru, mempelajari kemahiran baru serta menyesuaikan diri pada perubahan. Anda sebenarnya berada dalam perjalanan pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang pengasuhan anak-anak.

 

TIGA JENIS PEMBELAJARAN

Seseorang itu mungkin mempunyai salah satu, semua atau tiada langsung daripada jenis gaya pembelajaran di atas. Ia bergantung kepada kecekapan yang mereka peroleh sepanjang hayat. Justeru, pembelajaran sepanjang hayat sering dilihat sebagai perkara orang dewasa atau pendidikan berterusan. Bagaimanapun, benih yang akan menyemarakkan motivasi untuk belajar, berubah dan menyesuaikan diri perlu disemai sejak kecil. Bagaimana anda menggalakkan perasaan suka belajar dalam anak anda?

 

JANGAN MENILAI, BERI GALAKAN

Kanak-kanak membuat kesilapan. Memang mudah untuk menilai dan berasa marah setiap kali anak melakukan kesilapan. Sebaliknya ibu bapa harus:

 

FOKUS KEPADA KEBOLEHAN

Adakalanya, ibu bapa terlalu menekan anak-anak untuk menjadi yang terbaik mengatasi orang lain. Harapan yang terlalu tinggi dan tidak realistik boleh menjadi punca stres bagi kanak-kanak. Oleh itu, adalah lebih baik untuk memberi fokus membantu mereka meningkatkan kemahiran sedia ada dan mempelajari perkara baru – ini membawa kepada kebolehan kendiri dan kurang berprasangka.

 

RAIKAN SIFAT KREATIF DAN INGIN TAHU

Kreativiti membantu kanak-kanak menjadi lebih berkeyakinan, membangunkan kemahiran sosial dan membantu mereka belajar dengan lebih baik. Memupuk sifat ingin tahu dan kreativiti dalam diri anak anda akan memupuk sikap minat untuk belajar sepanjang hayat. Bantu anak anda mendapatkan tumpuan, kecekapan, ketabahan dan optismisme yang diperlukan untuk berjaya dalam usaha kreatifnya.

Pembelajaran sepanjang hayat adalah mengenai kelangsungan hidup. Tidak seperti cerita dongeng, tiada istilah ‘bahagia selama-lamanya’ dalam dunia sebenar kerana akan sentiasa terdapat cabaran baru – sesete­ngahnya biasa tapi keba­nyakannya baru. Menjangkakan cabaran masa depan akan membantu dalam membuat persediaan agar dapat lebih bertahan. Menyelesaikan masalah harus menjadi usaha berterusan kerana sebaik saja satu masalah diselesaikan, masalah lain akan timbul. Oleh itu, pembelajaran sepanjang hayat harus bertumpu kepada memupuk perasaan berkebolehan, rasa berguna kepada orang lain dan semangat kekitaan. Ia boleh membawa kepada perubahan dengan mewujudkan kebolehan baru dan membuka pintu kepada peluang baru yang tidak dijangka. Ia juga mempunyai potensi untuk memperkasa seseorang bagi mempengaruhi masa depannya, memberi pilihan yang mungkin tidak akan ada jika sebaliknya.

 

 

 

 

 

Sumber: Prof Madya Dr Alvin Ng Lai Oon & Harian Metro