KelabMama

KENAPA PERLU KELAHIRAN BAYI GUNA KAEDAH FORSEP?

Forsep lazim digambarkan seakan-akan ‘sudu garpu salad buatan keluli tahan karat’. Ia terdiri daripada dua bahagian yang bersilang, dan hujungnya melengkung untuk mencengkam atau memegang kepala bayi. Forsep mempunyai pelbagai ukuran dan bentuk, tetapi pada dasarnya terdiri daripada dua tangkai forsep yang saling menyilang dan boleh dimasukkan satu persatu ke dalam faraj (vagina). Tiap tangkai forsep dapat diletakkan dalam posisi yang sesuai dengan kepala bayi dan kemudian dikunci. Pada dasarnya, setiap tangkai forsep mempunyai empat komponen. Komponen tersebut ialah daun (blades), leher (shanks), kunci, dan gagang (handle). Setiap daun mempunyai dua lengkungan, iaitu lengkung sefalik (lengkung kepala/ cephalic curve) dan lengkung pelvik (pelvic curve). Lengkung kepala sesuai dengan bentuk kepala bayi, sedangkan lengkung pelvik sesuai dengan jalan lahir. Daun forsep tersebut berbentuk oval sehingga bulat adalah panjang dan ada beberapa variasi lain yang lebih fleksibel agar dapat memegang kepala bayi dengan lebih kuat.

Lengkung kepala harus cukup besar untuk memegang kepala bayi dengan kuat tanpa menimbulkan tekanan (kompresi), namun tidak terlalu besar agar alat tersebut tidak mencederakan ibu atau bayi semasa proses pelahiran. Jenis persendian atau kunci forsep bervariasi mengikut jenis forsep. Cara penguncian yang umum terdiri daripada sebuah ceruk yang terletak di leher forsep pada sambungannya dengan bahagian gagang. Bentuk penguncian seperti ini umumnya disebut kunci Inggeris. Kunci geser digunakan pada beberapa jenis forsep yang lain, iaitu forsep Kielland dan forsep Barton, iaitu sebuah penampung bentuk ‘U’ tunggal terpasang di tengah pada leher tangkai forsep kiri untuk menerima leher tangkai forsep kanan. Kunci geser memudahkan leher untuk bergerak maju dan mundur secara bebas. Forsep digunakan untuk membantu kelahiran bayi dengan presentasi sefalik (kepala di bawah) atau juga dikenali sebagai vertek

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi sebelum melakukan kelahiran bantuan menggunakan forsep. Doktor akan memastikan bahawa syarat-syarat tersebut perlu dipenuhi sebelum membuat keputusan untuk menggunakan forsep. Syarat-syarat tersebut adalah seperti yang berikut, iaitu pembukaan serviks telah terbuka sepenuhnya kerana serviks yang tidak terbuka akan menjadi penghalang untuk menggunakan forsep, selaput ketuban telah pecah atau dipecahkan, persembahan bayi mestilah kepala (vertex), kepala bayi harus berada dalam keadaan tergantung di bukaan serviks, bahagian tulang pelvis tidak sempit, kontraksi baik, ibu tidak gelisah dan dapat memberikan kerjasama dan pundi kencing ibu mesti dikosongkan.

Kontraindikasi

Terdapat beberapa kriteria apabila kelahiran menggunakan forsep tidak dapat dilakukan. Kriteria tersebut adalah seperti yang berikut:

Pada kebiasaannya, doktor akan menerangkan kepada ibu mengapa kelahiran forsep itu perlu dijalankan. Seterusnya, doktor akan memeriksa saiz kepala bayi dan pemeriksaan faraj dan pemeriksaan pembukaan serviks untuk memastikan tiada halangan semasa proses kelahiran. Doktor juga akan memeriksa tulang pelvis ibu dan kedudukan kepala bayi sebelum memasukkan forsep. Langkah ini bertujuan untuk memastikan bayi berada dalam kedudukan yang baik untuk kelahiran dibantu dan juga untuk menentukan alat yang akan dipilih, sama ada forsep atau vakum.

Setelah keputusan dibuat, doktor dan jururawat akan melakukan beberapa tata cara mengikut aturan ke atas ibu tersebut. Tatacara tersebut adalah seperti yang berikut:

Terdapat beberapa komplikasi yang mungkin berlaku terhadap bayi disebabkan kelahiran menggunakan forsep, iaitu hematoma pada kepala, pendarahan intrakranium, paralisis Erb, pecah tempurung kranium, perdarahan corpus vitrium pada mata bayi dan luka melecet pada kepala dan muka bayi.Terdapat juga beberapa komplikasi yang mungkin berlaku ke atas ibu akibat kelahiran menggunakan forsep, iaitu perdarahan selepas bersalin dan koyakan yang teruk pada bahagian perineum. Namun begitu, komplikasi sebegini jarang berlaku kerana prosedur ini dilakukan oleh doktor yang berpengalaman.

 

 

Sumber: Utusan