KelabMama

KEMATIAN JANIN DALAM KANDUNGAN MIMPI SEDIH YANG SUKAR DIHADAPI SEORANG IBU

Kematian janin dalam kandungan atau ‘lahir mati’ adalah mimpi sedih yang sukar untuk dihadapi. Bayangkan segala impian dan kegembiraan untuk menimang cahaya mata dan mendengar tawa tangis si manja hilang dalam sekelip mata. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya terutama bagi pasangan yang baru saja mendirikan rumah tangga. Lahir mati berlaku pada usia kandungan 22 minggu ke atas sebelum bayi sempat dilahirkan. Ini bermakna bayi meninggal di dalam rahim beberapa minggu atau jam sebelum atau selepas ibu mengalami sakit bersalin.

Keguguran pula adalah ‘kehilangan’ kandungan yang berlaku sebelum usia 22 minggu ataupun berat bayi kurang daripada 500 gram jika usia kandungan tidak diketahui. Bagaimanapun, bukan semua kes bayi lahir mati dapat dikenal pasti puncanya, kecuali dilakukan autopsi ke atas bayi itu. Kadangkala ujian autopsi yang dilakukan juga tidak dapat mengenal pasti sebab kematiannya. Namun dalam bidang perubatan terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira iaitu keadaan bayi dan juga kesihatan ibu.

 

PUNCA LAHIR MATI

Ada banyak punca yang boleh menyumbang kepada perkara ini antaranya:

 

TANDA KEADAAN LAHIR MATI

 

PROSES KELAHIRAN