KelabMama

KELETIHAN & KEPENATAN YANG BERBALOI DEMI ANAK

Letih Seorang Bapa Hilang Serta Merta Setelah Tempuhi Perjalanan Balik Kampung Selama 24 Jam Yang Memenatkan.

Terkejut Lihat Si Kecil Tunggu Kepulangannya Lebih Awal Di Tepi Jalan.

 

Setiap kali Perayaan Tahun Baru Cina, orang ramai akan mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman. Di negara China, kebanyakkan penduduknya yang datang dari kawasan desa akan meninggalkan kampung halaman untuk bekerja di bandar-bandar besar. Mereka tinggalkan keluarga dan anak-anak demi sesuap nasi dan akan pulang kembali hanya setahun sekali iaitu sempena sambutan Tahun Baru Cina.

 

                Di Guangzhaou, seorang bapa tunggal berusia 33 tahun menghabiskan masa selama 24 jam tanpa henti untuk pulang bertemu anak dan keluarganya di Hunan. Shi Yan yang juga merupakan seorang pelukis perlu menaiki keretapi dan beberapa buah bas untuk pulang ke kampung halaman. Sebelum ini beliau perlu bekerja selama 28 hari sebulan dan hanya mempunyai 2 hari waktu untuk bercuti tidak mempunyai waktu rehat yang cukup. Ia sangat memenatkan! Dengan memperolehi gaji sekitar 5,000 yuan (RM3200) beliau harus terus kuat berkerja demi menyara anak kecil dan ibu bapanya.

 

                Menurut beliau kadangkala terasa sangat letih untuk meneruskan kehidupan tetapi memikirkan mempunyai anak lelaki yang masih kecil, beliau perlu tabah dan cekal menangkis pelbagai dugaan dan kepenatan untuk menyara mereka. Hampir semua beban terpaksa dipikul Shi Yan, sejak kehilangan isterinya 2 tahun lalu yang lari meninggalkannya dan keluarga.

 

                Setibanya di kampung halaman setelah hampir satu hari perjalanan, Shi Yan begitu terkejut kerana ternampak anak lelakinya yang hanya berusia 3 tahun sedang menunggunya diseberang jalan. Anak lelakinya telah menunggu lebih awal untuk menyambut kepulangan bapanya. Ia sangat mengharukan kerana si kecil itu sangat teruja untuk berjumpa dengan ayahnya setelah sekian lama tidak bersua.

 

                Hilang segala penat lelah yang ada pada Shi Yan ketika itu tatkala melihat raut wajah anaknya. Sepanjang ketiadaan Shi Yan, anaknya itu dijaga oleh kedua ibu bapanya yang sudah berusia. Shi Yan tekad untuk bekerja keras untuk beberapa tahun lagi di bandar sebelum pulang semula ke kampung halaman setelah mempunyai duit modal yang cukup untuk membuka perniagaan berasaskan pertanian sendiri kelak. Beliau berjanji akan pulang semula ke pangkuan keluarganya demi membalas jasa mereka dan menjaga hingga ke akhir hayat.