KelabMama

Kelengkapan Bayi Yang Wajib Dibawa Semasa Travel Bersama Si Kecil. No 5 Sangat Penting!

Yeay! Tak sabarnya nak bercuti! Dulu masa single, senang je nak pack barang-barang untuk pergi bercuti. Kini, bila sudah ada anak, aktiviti percutian tidak lagi sama lagi seperti sebelumnya. Untuk Mama yang sudah berpengalaman pun, masih ada kan rasa kelam-kabut dan pening kepala memikirkan barang-barang untuk travel jika mempunyai anak kecil?  Dah ready ke kelengkapan bayi dan diri sendiri Mama?

Jangan risau, sini KelabMama cuba untuk meringankan keserabutan Mama semua. Tengok senarai dibawah dan cuba tips-tips ini untuk mengurangkan tekanan Mama ketika menyediakan barang-barang untuk travel bersama si kecil: 

Packing, packing, packing!

Berkemas untuk diri sendiri tentu berbeza dari berkemas untuk keperluan bayi. Pakaian, makanan, peralatan, ubat-ubatan, dan keperluan harian seperti selimut atau mainan kesayangannya perlu dibawa!

Antara pertanyaan yang paling banyak ditanya, terutamanya untuk para ibu yang baru pertama kali mahu bercuti bersama si kecil adalah:

Berapa banyak pakaian yang harus dibawa ketika travel dengan bayi?

1.Pertimbangkan untuk membawa barang-barang bayi bersaiz kecil.

Kenapa? Pakaian yang lebih kecil akan mudah dicuci dan mudah kering bahkan hanya perlu dijemur semalaman saja. Ini semua membantu anda untuk tidak perlu pack barang secara berlebihan. Bawa pakaian secukupnya dan pilih pakaian yang mudah untuk mix-and-match.

2. Lihat ramalan cuaca dan iklim negara/kawasan yang kita akan pergi.

Seperti kita yang dewasa, pakaian bayi juga harus sesuai dengan lokasi percutian yang akan dikunjungi. Adakah ia beriklim sejuk atau bercuaca panas?

3. Material pakaian

Bagi kulit bayi yang sensitif, keselesaan adalah segalanya. Sebab itulah anda perlu memastikan pakaian yang selesa dan menyerap peluh dipilih. Umumnya, pakaian daripada cotton lebih mudah dicuci dan dikeringkan.

Senarai kelengkapan bayi yang boleh anda bawa ketika travel:

  1. 2-3 pasang baju dan seluar.
  2. 3-5 onesies.
  3. 2 pasang baju tidur.
  4. 2 pasang stokin kaki.
  5. 1 hoodie atau jaket.
  6. Topi.
  7. 1 baju renang.
  8. 2 bib.
  9. Pampers secukupnya (berserta baby wipes dan krim ruam).
  10. Alas untuk tukar pampers/selepas mandi.
  11. 2 selimut.
  12. Pencuci baju bayi (botol kecil).

Meskipun kita sudah bersiap-sedia sepenuhnya tentang berapa banyak pakaian yang diperlukan bayi, kadangkala masih akan berlaku hal-hal di luar dugaan. Pada waktu ini, amat penting untuk anda kekal tenang, berlapang dada, dan lebih fleksibel.

Antara insiden yang sering terjadi bila travel dengan bayi adalah kurangnya jumlah pakaian bersih untuk bayi anda pakai.

Baju mereka mudah kotor kerana terkena tumpahan makanan dan minuman, pampers yang bocor sampai terkena seluar dan baju dan termasuklah insiden-insiden kecil yang lain.

Tak perlu panik! Dan tak perlu tergopoh-gapah membeli pakaian bayi. Daripada membeli pakaian baru, anda boleh mencuci dan menjemur pakaian hingga boleh dipakai berulang kali ketika bercuti.

Mencuci pakaian bayi, haruskah memakai pencuci detergent khusus? Mencuci pakaian bayi amat berbeza dengan mencuci pakaian orang dewasa. Selain material pakaian bayi yang umumnya lebih halus, kulit bayi yang akan bersentuhan dengan pakaian ini juga lebih sensitif.

Pastikan anda memilih pencuci khusus yang lembut supaya tidak merosakkan pakaian dan memberi masalah kepada kulit bayi.

Setelah selesai dengan urusan packing pakaian si kecil, maka anda bolehlah fokus untuk persiapan traveling yang lain – selamat bercuti!