KelabMama

KELEBIHAN BAYI MERANGKAK LEBIH LAMA SEBELUM BERJALAN

Ada sesetengah bayi yang tidak merangkak atau masa merangkaknya agak singkat kerana lebih cenderung untuk berjalan. Ada ibu yang rasa berbangga apabila bayinya tidak sibuk merangkak, kerana baginya bayi terdedah kepada risiko cedera dan tercekik kerana kemungkinan mengutip objek yang ditemui. Hakikatnya merangkak adalah perkembangan yang baik kepada bayi. Aktiviti ini membantu anak anda menguatkan otot-ototnya supaya boleh berjalan dan ia adalah kaedah terawalnya untuk bergerak sendiri. Untuk cara merangkak tipikal, mula-mula dia akan belajar mengimbangkan diri atas tangan dan lututnya. Kemudian dia akan mendapat akal untuk bergerak ke depan dan ke belakang dari postur ini dengan mendorong dirinya dengan menggunakan lutut.

 

APA KELEBIHAN MERANGKAK UNTUK BAYI?

 

  1. Menguatkan leher, tangan, sendi dan otot.
  1. Menguatkan otot besar dan kecil dan meningkatkan perkembangan motorik kasar dan halus.
  1. Menunjang koordinasi mata dengan tangan, kekuatan, ketegangan otot, keseimbangan dan kemahiran jari.
  1. Melatih kedua belah otak di mana pergerakan menyilang ketika merangkak dapat merangsang kedua belah otak atau kawasan yang berbeza pada otak. Ia sekaligus membantu mengkoordinasi penggunaan kedua belah mata, telinga, tangan dan kaki secara serentak.

  1. Meningkatkan pengeluaran myelin di otak. Gerakan menyilang ketika merangkak membolehkan kedua belah otak berkongsi, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat penting dengan lebih cepat. Aktiviti merangkak meningkatkan pengeluaranmyelin, bahan yang melapisi sel saraf yang membantu otak menghantar dan menerima mesej lebih cepat dan jelas. Merangkak akan merangsang pula bahagian otak ‘menerima’ dan ‘ekspresif’.
  1. Mengembangkan sambungan rangkaian saraf. Gerakan berulang-ulang saat merangkak merangsang, dan mengembangkan sambungan rangkaian saraf otak sehingga otak lebih berkesan dalam mengawal proses kognitif seperti pemahaman, kepekatan dan ingatan.

Step seterusnya adalah untuk berjalan. Merangkak sebenarnya menjadi batu loncatan untuk bayi anda belajar untuk berdiri dan seterusnya berjalan dan berlari. Selepas anak anda berjaya menguasai cara merangkak, hanya satu perkara saja yang berada di antara dia dan mobiliti lengkap iaitu belajar untuk berjalan. Untuk tujuan itu, dia akan menarik dirinya naik ke posisi berdiri dengan berpaut pada apa saja yang dapat dicapainya, sama ada ianya meja kopi atau kaki neneknya. Sebaik saja dia berjaya mengimbangkan diri atas kakinya, dia akan bersedia untuk berdiri sendiri dan berjalan sambil berpegang pada perabot, dan kemudian cuma tunggu masa saja untuk dia berjalan, belari, melompat dan meloncat.

 

Jadinya , biarlah bayi anda meragkak selama mana dia ingin kan, bila dia bersedia pastinya dia akan berdiri dan berjalan dan berlari sampai tahap anda tak sanggup mengejar hehe. Jangan banding anak anda dengan kanak-kanak lain kerana tahap perkembangan bayi adalah berbeza-beza.Bilakah anda patut mula merasa bimbang? Apabila bayi anda tidak menunjukkan minat untuk mencapai mobiliti dengan apa cara sekalipun (sama ada merayap, merangkak, menggolek, atau mengheret), mendapat cara untuk mengerakkan lengan dan kakinya dalam pergerakan yang teratur, atau telah belajar menggunakan kedua-dua lengan dan kakinya secara sekata bila usianya menjangkau setahun, bangkitkan perkara ini pada temujanji doktor yang akan datang. Ingat bahawa bayi pramatang akan mencapai tahap ini serta tahap-tahap lain beberapa bulan lebih lambat daripada bayi yang lain. So tunggula sehingga sampai masanya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:  Hidayahkassim.com