Ketika kecerdasan buatan (AI) terus mengubah cara manusia belajar, bekerja dan mengakses maklumat, Kelas Sekejap percaya masa depan pendidikan bukan tentang menggantikan bilik darjah, tetapi memperluaskan pembelajaran melangkaui waktu persekolahan.
Menerusi penampilan sulungnya kepada umum di Sembang Sekejap, Kelas Sekejap memperkenalkan evolusinya daripada aplikasi pembelajaran Bahasa Inggeris berasaskan perbualan kepada ekosistem pembelajaran berkuasa AI merangkumi sekolah, tempat kerja, kandungan pendidikan dan pembelajaran berjenama.
Sejak dilancarkan pada 26 Januari 2026, Kelas Sekejap telah berkembang kepada lebih 15,000 pelajar berdaftar, dengan lebih 6,000 perbualan aktif melalui tutor AI. Kandungan pendidikan format pendeknya pula mencatatkan purata lebih 150,000 tontonan merentasi pelbagai platform.
Kelas Sekejap dibangunkan berdasarkan satu pemerhatian mudah: kebanyakan rakyat Malaysia bukan tidak tahu kosa kata atau tatabahasa, tetapi takut melakukan kesilapan. Dengan menyediakan ruang tanpa penghakiman untuk berlatih, menerima maklum balas dan terus memperbaiki diri, Kelas Sekejap melengkapi peranan guru dengan membawa pembelajaran melangkaui bilik darjah.
“Saya menghabiskan hampir 10 tahun mengajar mesin untuk belajar. Apa yang kami lakukan sekarang ialah menggunakan kemajuan yang sama untuk membantu manusia belajar dengan lebih baik,” kata Isaac Tan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kelas Sekejap, yang sebelum ini mengasaskan bersama SUPA, salah sebuah syarikat infrastruktur data AI terbesar di Asia Tenggara sebelum diambil alih oleh TDCX.
“Perbincangan mengenai AI dalam pendidikan sering tertumpu kepada sama ada AI akan menggantikan guru. Kami fikir itu bukan persoalan yang tepat. Guru yang hebat bukan sekadar menyampaikan maklumat. Mereka menggalakkan, mencabar dan memberi inspirasi. Teknologi tidak boleh menggantikan peranan itu, tetapi boleh memperluaskan jangkauan mereka.
“Kami percaya pembelajaran tidak berhenti apabila kelas tamat, dan setiap pelajar berhak mempunyai ruang untuk terus bertanya dan belajar selepas pelajaran berakhir,” tambah beliau.
Shahril Hamdan, Pengasas Bersama Kelas Sekejap dan Pengarah Urusan, Ketua Asia Tenggara di Bullhound Capital, berkata ramai rakyat Malaysia sebenarnya tahu perkataan yang betul, tetapi takut menggunakannya.
“Yang menghalang ramai orang adalah rasa takut melakukan kesilapan di hadapan orang lain. Apabila rasa takut itu diketepikan, mereka lebih berani untuk berlatih, melakukan kesilapan dan memperbaiki diri. Itulah asas pembelajaran. Kami mahu Kelas Sekejap menjadi ruang di mana orang ramai berasa selesa untuk mengambil langkah pertama,” katanya.
Bagi Khairy Jamaluddin, Pengasas Bersama Kelas Sekejap, AI pula mengubah perkara yang perlu diberi keutamaan di dalam bilik darjah, bukannya menjadikannya tidak lagi relevan.
“Maklumat tidak pernah semudah ini untuk diperoleh. Hari ini, sesiapa sahaja boleh bertanya kepada AI dan mendapatkan jawapan dalam beberapa saat. Ini menjadikan peranan guru lebih penting, bukannya kurang penting.
“Bilik darjah sentiasa lebih daripada sekadar menghafal fakta. Di situlah kita belajar berfikir secara kritikal, mempersoalkan idea dan membentuk perspektif sendiri. Masa depan adalah milik mereka yang bukan sahaja tahu cara mendapatkan maklumat, tetapi juga tahu bagaimana bekerja dengan pengetahuan,” kata Khairy, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Falsafah ini kini diperluaskan menerusi ekosistem pembelajaran Kelas Sekejap. Aplikasi yang diperbaharui melangkaui Bahasa Inggeris kepada pembelajaran diperibadikan berkaitan berita, kerjaya, kewangan dan kehidupan seharian, dengan Bahasa Melayu dan Mandarin dalam pelan hala tuju seterusnya.
Dalam sektor pendidikan, Kelas SPM menyediakan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dengan latihan bertutur dan mendengar berkuasa AI selaras dengan sukatan pelajaran kebangsaan, di samping membantu guru mengenal pasti keperluan sokongan pelajar. Ia kini digunakan di beberapa sekolah di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.
Bagi sektor korporat, Kelas Sekejap for Enterprise menukar pengetahuan dalaman syarikat kepada latihan dan bimbingan berasaskan AI. Pada masa sama, rangkaian kandungan Kelas Sekejap menyediakan pembelajaran ringkas mengenai bahasa, berita, budaya, kerjaya dan kewangan menerusi platform digital yang digunakan rakyat Malaysia setiap hari.
Kelas Sekejap turut memperkenalkan Branded Learning, yang membolehkan jenama menjadi sebahagian daripada pengalaman pembelajaran, bukan sekadar menyelitkan iklan.
Melalui model ini, jenama boleh menukar kepakaran mereka kepada kandungan pembelajaran menerusi siri pendidikan format pendek, penceritaan berkuasa AI dan senario Learn by Talking yang membolehkan pengguna berlatih perbualan dunia sebenar. Kerjasama awal, termasuk kempen Raya bersama Tealive, menunjukkan bagaimana interaksi harian seperti membuat pesanan minuman boleh menjadi pengalaman pembelajaran bahasa.
Jenama juga boleh terlibat melalui ganjaran pembelajaran, dengan pengguna membuka tawaran dan ganjaran selepas melengkapkan pelajaran serta mencapai pencapaian tertentu. Pendekatan ini memberi ganjaran kepada kemajuan, sambil menjadikan jenama sebahagian daripada motivasi untuk terus belajar.
“Jenama terbaik bukan sahaja mampu menarik perhatian, tetapi juga mencipta nilai. Apabila seseorang mempelajari sesuatu yang benar-benar berguna, jenama dapat membina kepercayaan dengan cara yang sukar dicapai melalui pengiklanan tradisional,” tambah Isaac.
Pasukan pengasas Kelas Sekejap turut disokong oleh pelabur pra-benih Mark Koh, Khailee Ng, Joel Neoh, Bryan Loo, Tengku Fahad Mua’adzam Shah, Hawthorne Capital dan First Move, manakala pusingan pendanaan benihnya diketuai oleh Tan Sri Nazir Razak.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kelas Sekejap dan ekosistem pembelajarannya, layari https://kelassekejap.com/ atau ikuti @kelas_sekejap di Instagram dan @kelas.sekejap di Facebook.
Kelas Sekejap kini boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store. Untuk pertanyaan kerjasama jenama, hubungi partnerships@kelassekejap.com.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Kelab Mama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan info terkini daripada pakar kesihatan di Malaysia melalui ruang INI.
