KelabMama

KELAHIRAN BAYI PRAMATANG

Melihat bayi ditempatkan di dalam balang khas berkaca (inkubator) dengan wayar berselirat di sekeliling badan menjadikan perasaan seorang ibu yang melahirkannya resah sepanjang masa. Masakan tidak, impian untuk melihat anak yang dikandung lahir normal dan sihat seperti bayi-bayi lain pastinya musnah apabila kandungan yang dijaga tidak sempat mencecah usia 40 minggu. Menurut anggaran dari negara ke negara mengenai fenomena itu, kebanyakkan bayi pramatang dilahirkan tidak dapat diselamatkan. Jika hidup sekali pun, mereka berdepan dengan masalah ketidakupayaan dalam jangka panjang. Kelahiran pramatang itu bermaksud bayi yang dilahirkan bawah 37 minggu. Biasanya wanita akan hamil sehingga tempoh penuh iaitu 40 minggu. Sekiranya kelahiran berlaku tiga minggu awal daripada 40 minggu ia dianggap sebagai pramatang.

 

PUNCA KELAHIRAN BAYI PRAMATANG

 

 Kelahiran pramatang mungkin berlaku kepada semua ibu mengandung, malah kepada mereka ynag sihat dan melakukan perkara yang betul. Kebanyakkan waktu kelahiran pramatang berlaku secara mendadak sebelum waktu bersalin dan puncanya tidak diketahui. Bagaimanapun, faktor risiko seperti dibawah mungkin memberi risiko yang tinggi kelahiran pramatang:

 

RISIKO TERHADAP BAYI

Seperti kenyataan di atas, bayi pramatang cenderung untuk menghadapi masalah kesihatan untuk jangka masa panjang atau masalah seumur hidup. Semakin awal bayi anda dilahirkan, semakin tinggi risiko masalah kesihatan yang akan dihidapi. Risiko bayi pramatang ialah termasuk:

 

SIMTOM  ATAU TANDA-TANDA KELAHIRAN BAYI

Apabila mendapati ada tanda-tanda dan simtom-simtom bersalin sebelum tarikh jangka bersalin (TJB) tidak bermakna anda akan bersalin tidak lama lagi. Sesetengah orang yang berpengalaman menghadapi tanda-tanda dan simtom-simtom bersalin (TJB) mampu menguruskan kehamilan hingga ke tarikh tersebut. Bagaimanapun, jika anda mengalami tanda-tanda dan simtom-simtom seperti di bawah, sila berjumpa doktor anda secepat yang mungkin untuk mendiagnosis jika anda mengalami tanda-tanda bersalin pramatang atau sekadar menghadapi pengecutan otat rahim (contraction). Doktor anda akan cuba untuk melambatkan waktu bersalin selagi boleh.

 

RAWATAN

 

APAKAN KEPERLUAN BAYI PRAMATANG?

Haba atau  kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak  secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan.Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak cukup bulan.

 

APAKAH MAKANAN UNTUK BAYI PRAMATANG?

 

MASALAH YANG SELALU DIHADAPI OLEH BAYI  PRAMATANG 

Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran.

Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.

 Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini  mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku. Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan  lebih baik. Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah pernafasan.

Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan

Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh mengalami masalah kegagalan jantung. Ada ubat-ubatan yang boleh mengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.

Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi pramatang boleh cedera dan ini boleh menyebabkan masalah penglihatan yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.

 

 

 

 

Sumber: Utusan