KelabMama

Kegemaran Rakyat Malaysia Kini Hadir dengan Dua Variasi Baharu daripada Ayam Brand™

Ayam Brand Sardine

Selain menambah lebih banyak cili untuk rasa pedas yang menyengat dan menggandingkannya dengan pelbagai bahan lain, rakyat Malaysia telah lama mengolah hidangan sardin mengikut selera masing-masing. Bagi meraikan kreativiti yang telah mengubah produk ringkas ini menjadi pelbagai hidangan kegemaran seisi keluarga, Ayam Brand™ hari ini melancarkan Sardin Goreng Dalam Kicap Manis Pedas dan Sardin Dalam Sos Tomato Cili baharu. Kedua-dua varian ini menawarkan lebih banyak cara untuk rakyat Malaysia menikmati hidangan kegemaran mereka.

Diinspirasikan oleh profil rasa yang sememangnya menepati cita rasa tempatan, kedua-dua varian baharu ini sesuai dijadikan bahan utama dalam pelbagai resipi kegemaran seluruh generasi. Sama ada dihidangkan terus dari tin, dinikmati bersama nasi atau roti, atau diolah menjadi resipi istimewa keluarga, perisa baharu ini menggalakkan rakyat Malaysia meneroka pelbagai cara untuk menikmati hidangan sardin.

Sardin Goreng Dalam Kicap Manis Pedas menggabungkan keenakan sardin goreng yang menyelerakan dengan rasa kicap manis bercili yang pedas dan manis. Sardin Dalam Sos Tomato Cili pula menggabungkan keenakan rasa sos tomato yang digemari ramai dengan kepedasan cili yang membangkitkan selera. Kedua-dua varian ini boleh dinikmati begitu sahaja atau dijadikan asas untuk pelbagai masakan di rumah, sekali gus menawarkan kemudahan tanpa menjejaskan keenakan rasa.

Seperti semua produk Ayam Brand™ yang lain, kedua-dua varian sardin baharu ini tidak mengandungi bahan pengawet tambahan, selain membekalkan Omega-3 dan tinggi protein secara semula jadi. Sama ada untuk menyediakan makan tengah hari yang cepat, menambah rasa pada mee atau bubur nasi, atau menikmatinya terus selepas dipanaskan, kedua-duanya menawarkan pilihan hidangan yang berkhasiat dan mudah untuk keluarga yang sibuk dan mementingkan rasa serta kualiti.

“Sardin sememangnya mempunyai tempat yang istimewa dalam kehidupan rakyat Malaysia; ia merupakan sebahagian daripada budaya makanan kita,” kata Pengarah Pemasaran Ayam Brand™, Teoh Wei Ling. “Setiap keluarga mempunyai cara tersendiri untuk menikmati sardin, daripada hidangan ringkas hingga resipi istimewa keluarga yang diwarisi turun-temurun. Perisa baharu kami diinspirasikan oleh kreativiti tersebut, dan kami mahu meraikannya dengan memberi rakyat Malaysia peluang yang lebih luas untuk mencipta hidangan yang sesuai dengan selera dan tradisi masing-masing.”

Sempena pelancaran ini, Ayam Brand™ mengajak rakyat Malaysia menyertai peraduan peringkat kebangsaan yang berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober 2026.

Penyertaan adalah mudah:

  1. Beli – Beli produk Ayam Brand™ bernilai RM20 dan ke atas dalam satu resit.
  2. Imbas QR – Imbas kod QR pada poster Ayam Brand™ dan muat naik resit anda.
  3. Menang – Rebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik!

Dengan jumlah hadiah bernilai sehingga RM150,000, pemenang bertuah berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik, termasuk hadiah utama berupa sebuah Proton e.MAS 5, selain hadiah wang tunai, air fryer dan kredit e-Wallet.

Sardin Dalam Sos Tomato Cili dan Sardin Goreng Dalam Kicap Manis Pedas Ayam Brand™ kini boleh didapati di semua pasar raya utama di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat peraduan, sila layari ayambrand.com.my/belidanmenang dan ikuti @ayambrandmy di Instagram.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Kelab Mama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.

Ketahui lebih banyak acara dan berita trending sekarang untuk Mama Papa ketahui DI SINI!