KelabMama

Kebebasan Kewangan untuk Mak Ayah: Cara Mencapai Matlamat dan Mengawal Bajet

Hmm, risaunya tengok duit asyik susut! Belum hujung bulan lagi tapi gaji dah tinggal banyak ni je? Mesti Papa dan Mama susah hati kan setiap kali berhadapan situasi begini? Jangan rasa keseorangan, sebenarnya ada ramai lagi ibu bapa yang sering bimbang tatkala melihat keadaan ekonomi keluarga mereka tidak teratur.

Hal ini disebabkan oleh ramai rakyat Malaysia yang kurang arif dengan kaedah menguruskan perbelanjaan bulanan. Ia terbukti apabila laman web daripada ikim.my memetik laporan Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Laily Paim mengenai masalah majoriti keluarga yang tidak tahu ke mana wang mereka dibelanjakan.

Jelas beliau, kumpulan keluarga ini tidak cakna apabila tidak pasti kadar hutang keseluruhan, masih mempunyai bil-bil tertunggak, membuat pinjaman baru untuk membayar hutang lama, bergantung kepada pendapatan tambahan, menggunakan kad kredit untuk memenuhi keperluan hidup, menggunakan simpanan untuk keperluan harian dan tidak dapat langsung menyimpan. 

Katanya, semua petunjuk yang disenaraikan bukanlah sesuatu yang asing bagi keluarga dan ini bukan disebabkan keluarga itu mempunyai pendapatan rendah semata-mata, namun ia akibat ketidakcekapan mereka menguruskan kewangan keluarga.

Mama Siti teringatkan pepatah lama iaitu gali lubang, tutup lubang. Situasi ini menyebabkan anda masih lagi berada tahap kewangan yang sama hinggakan tahun berganti tahun ekoran kesilapan menguruskan kewangan dengan berkesan.

Justeru, bagaimana caranya untuk mengawal bajet keluarga dengan baik? Jom lihat tips dan cara Mama Siti kongsikan dalam mengawal bajet keluarga mengikut kemampuan anda.

1. Kenal Pasti Jumlah Komitmen Seisi Keluarga

Dalam memastikan pengurusan kewangan berada di tahap optimum, langkah pertama Papa dan Mama harus tahu adalah mengenalpasti berapa jumlah komitmen yang wajib dikeluarkan setiap bulan.

Misalnya, gaji seisi rumah berjumlah RM5,000, namun komitmen wajib seperti bil, utiliti, bayaran rumah, bayaran kereta, anggaran penggunaan minyak petrol, keperluan harian, keperluan lain seperti toiletries dan sebagainya harus diketahui secara tepat.

Jika semua ini mencecah kira-kira RM3,000, maka Papa dan Mama tahu kemahuan yang boleh dibeli hanya berjumlah RM2,000.

Daripada nilai itu, barulah anda boleh rancang bagaimana untuk menguruskan kewangan keluarga seperti membeli kehendak yang lain, pergi bercuti atau membeli sesuatu untuk reward ahli keluarga.

Make sure jangan lebih daripada kadar lebihan gaji tadi!

2. Buat Kira-kira Untuk Mengetahui Keupayaan Anda Menabung Setiap Bulan

Selesai mengetahui jumlah komitmen wajib bulanan, jangan lupa untuk menabung. Ya, mungkin baki yang tinggal akan berkurangan, tapi ketahuilah simpanan itu sangat penting tak kiralah anda mempunyai insurans, ada caruman EPF dan sebagainya.

Jangan sesekali rasa terbeban sebab pastikan Papa dan Mama anggap tabungan ini sama penting dengan komitmen wajib anda.

Jika baki pendapatan tadi hanya tinggal RM2,000, simpan RM200 ke RM300 pun dah memadai. “Ish, banyak sangat tu!” Tak banyak pun sebab RM2,000 yang tinggal adalah untung bersih untuk seisi keluarga selepas ditolak komitmen wajib.

Maka, takkan lah Papa dan Mama rasa RM300 itu banyak melainkan jika anda membeli ikut nafsu. “Handbag jerr dah RM500. Kalau RM2,000 tolak RM300, baki hanya RM1,700. Lepas beli handbag bernilai RM500, tinggal RM1,200. Nak makan luar sesekali, nak beli tudung ke baju branded tak cukup!”

Jika ini yang terlintas di fikiran anda, sebaiknya anda semak semula financial pengurusan kewangan anda kerana bimbang anda telah menjadi orang yang membeli ikut kemahuan, bukan lagi keperluan.

3. Tekadkan Azam Untuk Sentiasa Disiplin Dalam Menabung

Apa pun godaan, kehendak dan kemahuan, jangan sesekali abaikan jumlah simpanan anda setiap bulan. Kalau boleh dapat je gaji, terus masukkan simpanan itu ke dalam mana-mana tabungan seperti ASNB, Tabung Haji atau apa sahaja.

Segera deduct jumlah simpanan itu sebab jika ditangguh selepas bayar komitmen dan segalanya, masa tu anda dah rasa berat hati nak tarik RM300 tadi.

Ingat Papa dan Mama, komitmen wajib anda tadi berjumlah kira-kira 60 peratus daripada pendapatan seisi rumah, namun simpanan anda tadi tak lebih satu peratus pun daripada jumlah seluruh gaji.

Maka, mustahil untuk rasa berat hati kalau terpaksa menabung kurang daripada satu peratus sebaik terima jerr gaji hari itu.

Selain itu, bagi keluarga yang kaki travel, anda wajib tambahkan jenis tabungan. Selepas ditolak simpanan wajib tadi, simpan lagi RM200 setiap bulan sehingga tempoh setahun atau mencukupi untuk anda berjalan-jalan.

Mungkin pada awalnya rasa berat hati, tapi percayalah, bila dah mula buat, ia akan rasa mudah. Yang pasti, sentiasa berdisiplin dan tanam dalam minda bahawa wang tadi cukup sebab komitmen penting telah dilunaskan.

Simpanan ini sangat penting kerana kita tak tahu keadaan ekonomi dunia di masa hadapan. Ambil pengajaran seperti yang berlaku semasa COVID melanda sebelum ini.

Berapa ramai yang hilang punca pendapatan, bukan? Masa ini, insurans pun tak terlibat dalam menguruskan kebajikan anda.

4. Ketahui Keperluan & Kehendak Sebelum Membeli

Mama Siti faham adakalanya Papa dan Mama rasa nak makan enak, nak beli sesuatu yang special. Tapi pastikan anda tahu kewangan anda ketika itu berada dalam keadaan baik atau sebaliknya.

Contohnya teringin nak makan fast food, pergilah jika anda dapati kewangan tadi masih OK.

Kalau Mama Siti biasanya akan reward diri dengan shopping barang branded atau makan sedap-sedap pada hujung bulan sebab ketika tu komitmen wajib dah dilunaskan, barang keperluan lain pun dah selamat beli.

Jadi gaji yang tinggal di hujung bulan tadi adalah duit extra yang boleh digunakan. Tapi, kalau anda nak menyimpan lagi bagus!

5. Elakkan Daripada Menambah Hutang

Kalau boleh, elakkan guna kad kredit, Buy Now Pay Later (BNPL) kerana jika anda seorang yang tak tahu cara menguruskan kewangan, kaedah ditawarkan seperti ini sebenarnya lebih menjerat anda.

Maka, awas ya Papa dan Mama! Sebaiknya jauhkan diri daripada kaedah seumpama ini kerana ia akan menjadikan anda lebih boros dan sentiasa dikelilingi hutang.

Walaupun anda kata mampu bayar, tapi jika tiada kepentingan sebaiknya elakkan!

Jika anda hilang pekerjaan atau syarikat mengalami masalah yang menyebabkan elaun anda terjejas atau tiada overtime lagi seperti biasa, ia sangat menghimpit anda untuk melunaskan hutang yang telah dibuat.

6. Sentiasa Mendapatkan Maklumat Tentang Situasi Ekonomi Bagi Jangka Masa Panjang

Rancang ekonomi keluarga anda melalui ramalan ekonomi negara dan dunia. Ini sebagai persediaan bagi memastikan Papa dan Mama dapat merancang ekonomi keluarga dengan baik seperti berlakunya inflasi atau kejatuhan mata wang ringgit suatu hari nanti.

Kesimpulan

Bagaimanapun, yang lebih utama adalah jangan membeli sesuatu kemahuan tanpa mengira keupayaan anda. Sekiranya terpaksa menambah hutang, pastikan ia sesuai dengan kemampuan dan bukan dibeli tanpa tujuan penting.

Seperti contoh anda terpaksa membeli laptop gara-gara laptop lama telah rosak. Tiada simpanan extra ketika itu, maka berhutang mungkin adalah pilihan terakhir. Namun, semak dulu maklumat pinjaman dan kadar interest ditetapkan sama ada ia membebankan atau membunuh anda!

Dan make sure beli laptop yang sesuai dengan keperluan, bukan dibeli kerana mengikut jenama dan gaya terkini. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. So, fikir-fikir dahulu sebelum berbelanja!


Dapatkan tips kewangan yang lain di SINI.