KelabMama

Kawasaki – Mama Papa Kena ‘Alert’ Penyakit Ini!

Penyakit Kawasaki

Image from Adobe Stock

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kematian beberapa kanak-kanak akibat penyakit Kawasaki. Kawasaki? Motor yang besar tu ke? Haih, bukanlah. Penyakit ini dikatakan ada kaitan dengan wabak Covid-19 yang boleh menyerang kanak-kanak – walaupun penyakit ini agak rare.

Setiausaha Kesihatan United Kingdom (UK), Matt Hancock mengesahkan kematian kanak-kanak di negaranya akibat penyakit ini yang dipercayai ada kaitan dengan pandemik yang tengah menyerang kita. Bukan UK je, Itali pun turut diserang dengan penyakit Kawasaki ini. Kes ini banyak dilaporkan terutamanya di kawasan yang mempunyai kes Covid-19 yang tinggi.

Mama Siti tahu, mesti mama papa semua be like “apa Kawasaki ni, aduh risau pulak” kan? Ni ha Mama Siti baru nak terangkan. Ada 7 elemen yang mama papa semua perlu peka dan ambil tahu tentang penyakit rare ini!

7 Elemen Tentang Penyakit Kawasaki

#1 Apa itu penyakit Kawasaki?

Penyakit ini pertama kali dilaporkan di negara matahari terbit iaitu Jepun pada tahun 1967. Pertama kali dikenalpasti oleh pakar kanak-kanak Jepun iaitu Dr. Tomisaku Kawasaki dan Hawaii ada negara pertama di luar Jepun yang melaporkan penyakit ini pada tahun 1976.

Majoriti pesakit penyakit ini adalah kanak-kanak lelaki dibawah umur 5 tahun yang mana menyebabkan keradangan pada dinding-dinding salur darah. Salur darah yang membekalkan darah ke jantung adalah antara salur yang paling utama diserangnya. Dah bila ada kaitan dengan jantung, maka tak peliklah bila kajian nyatakan ianya boleh membawa kepada penyakit jantung perolehan (acquired) kepada kanak-kanak.

#2 Adakah Penyakit Ini Berbahaya?

Penyakit ini akan menyebabkan keradangan bagi seluruh salur darah dalam badan yang mana simptomnya adalah ruam di badan, mulut kemerah-merahan dan juga demam yang tinggi. Hal ini telah disahihkan oleh Dr Latif Saad melalui sebuah artikel dari website The Diagnosa.

Akibatnya, salur-salur darah akan menjadi lemah dan sel-sel otot salur darah juga mati. Kemudian, dinding salur darah akan mengembang seperti belon atau kalau dalam medical ianya adalah Aneurysm.

Bila Aneurysm berlaku, darah tak boleh mengalir dengan lancar, ianya akan terkumpul dan beku yang mana akhirnya menyebabkan salur darah itu tersumbat. Serangan jantung akan berlaku jika salur darah yang tersumbat itu adalah salur darah arteri koronari, yang dekat dengan jantung.

Risiko penyakit jantung sangat tinggi jika kanak-kanak itu menghidapi penyakit Kawasaki.

#3 Apakah Faktor/Punca Penyakit Ini?

Pakar kesihatan mengesahkan bahawa punca utama penyakit ini belum lagi dikenalpasti akan tetapi, ianya tak kan berjangkit secara langsung.

Namun ada 2 punca yang sering dikaitkan dengan penyakit Kawasaki ini iaitu jangkitan kuman dan genetik.

Selalunya pesakit akan dikatakan mempunyai jangkitan kuman bila dia disahkan menghidapi penyakit ini. Tapi jenis kuman yang menjangkiti tidak disahkan secara spesifik. Manakala bagi faktor genetik, jika adik beradik lain pernah hidapi Kawasaki, maka seseorang itu mempunyai risiko jangkitan sehingga 20 kali ganda berbanding orang lain.

#4 Apa Simptomnya?

Banyak gejala atau simptom yang boleh Mama Papa perhatikan bagi memastikan penyakit Kawasaki ini. Antaranya adalah:

Menurut Dr Zulkifli melalui portal Positive Parenting, simptom penyakit ini boleh berlaku dalam tiga peringkat.

Selepas berlakunya simptom pertama, dalam masa 10-14 hari, ia akan menyebabkan masalah kepada organ jantung. Ada juga yang alami radang atau sakit sendi antara masa demam terakhir hingga hari ke-25 penyakit tersebut.

#5 Adakah Ia Boleh Dirawat?

Bagi sesetengah kanak-kanak, penyakit ini akan lega dengan sendirinya dalam masa 4 hingga 8 minggu. Lebih kurang dua bulan lah untuk ia sembuh. Tapi kalau dirawat lebih awal, pesakit akan sembuh dalam masa beberapa hari je.

Berdasarkan portal MyHealth, penyakit Kawasaki boleh dirawat dengan imunoglobulin intravena (diberikan melalui titisan ke pembuluh darah). Ia juga boleh diubati dengan mengambil aspirin berdos tinggi untuk kurangkan keradangan. Dos aspirin akan dikurangkan jika demam atau radang semakin reda untuk mencegah pembentukan darah beku.

#6 Apakah Komplikasinya?

Meskipun peyakit sudah dirawat sepenuhnya, namun si manja mempunyai risiko untuk mempunyai aneurysm. Tapi kes ini jarang sekali berlaku. Risiko ini juga akan mengganggu bahagian jantung yang lain seperti membran yang menyelaputi jantung, injap dan juga otot jantung.

Bayi adalah antara golongan utama yang terdedah dengan risiko namun ianya boleh dielakkan jika rawatan awal diberikan.

#7 Adakah Ia Akan Menyebabkan Risiko Jangka Panjang?

Pakar kesihatan berpendapat bahawa kanak-kanak yang mengalami aneurysm mempunyai risiko penyakit jantung bila mereka menginjak dewasa.

Bagi kanak-kanak yang tak mengalami aneurysm, Mama Papa tak perlu risau.

Walaupun kaitan antara penyakit Kawasaki dan Covid-19 masih dalam kajian dan belum disahkan lagi, Mama Siti harap Mama Papa semua peka dengan perubahan fizikal anak masing-masing. Kita tak mahu negara kita diserang dengan penyakit baru. In shaa Allah jika kita menjaga kebersihan diri dan persekitaran kita akan selamat.

Sumber: Positive Parenting

BACA LAGI CEGAH KLUSTER TASKA – INI LANGKAH WAJIB DIAMBIL SEPANJANG PKPB

Pesan Mama Siti

Demam adalah simptom yang sama bagi penyakit Kawasaki dan Covid-19. Sentiasa pantau tahap kesihatan anak terutama sekali jika si manja alami demam yang berpanjangan. Semoga kita sentiasa dilindungi-Nya.