KelabMama

Koleksi Kata-kata Semangat Sebagai Inspirasi dan Motivasi dalam Kehidupan

Setiap orang pasti akan diuji dengan ujian kesusahan dan kesempitan hidup. Malah, di dalam Islam, kesenangan juga adalah salah satu bentuk ujian yang sering kita terlepas pandang. 

Setiap diri yang diuji, pasti berasa lemah dan tidak bermaya, dari segi mental, emosi dan fizikal. Walaupun tidak diluahkan secara terang-terangan, kita sendiri faham dan dapat merasai kecelaruan yang melanda. 

Semua orang pasti ingin mencapai impian masing-masing, dan ketika kita diuji, kata-kata semangat mampu menjadi pengubat dan pemangkin untuk menjadi inspirasi meneruskan kehidupan dan mencapai cita-cita. 

Berikut, kami kongsikan kata-kata semangat untuk direnungkan bersama agar kita dapat mencari kekuatan dari setiap ujian yang mendatang. 

Kata-kata Semangat Yang Dapat Membantu Menempuhi Ujian

1. Usah biarkan masa dengan menyesali apa yang telah berlaku semalam, tapi hargailah setiap kamu miliki dan sabarlah menanti segala apa yang akan menghampiri esok hari. 

2. Tuhan hadirkan rasa kecewa agar kita akui kita tak mampu miliki segala apa yang kita hajati. Kadang-kala, kegagalan hadir untuk mengajarkan kita erti sebuah kesabaran.

3. Kejayaan adalah kemampuan untuk bangun dari kegagalan tanpa rasa hilang semangat.

4. Yakinlah, kesedihan semalam akan menjadi kebahagiaan hari ini bila kita bangkit dari kemurungan.

5. Tuhan tidak pernah membiarkan hambaNya hanyut dalam kepayahan yang berlarutan dengan sia-sia; pasti ada rencana indah untuk membayar semua kesengsaraan.

6. Hidup ini berwarna-warni; bukan sekadar hitam putih saja. Jangan berharap kebahagiaan hakmilik kekal, dan jangan juga berfikir kesedihan akan selamanya.”

7. Kebahagian itu ketenangan. Kunci segala kebahagiaan adalah bersyukur. Lebih banyak kita bersyukur, lebih tenang kita rasakan, hingga tiada celah untuk kesedihan.

8. Apa gunanya bermimpi untuk ke langit tujuh jika tak pernah berusaha untuk mencapainya?

9. Tuhan menciptakan malam untuk menggantikan siang. Tuhan yang sama menciptakan kebahagian untuk menggantikan kesedihan. Yakinlah pada ketetapanNya.

10. Jangan menyerah jika impianmu belum tercapai. Dengan semangat, percaya, dan doa, semua yang tidak mungkin pasti boleh menjadi mungkin.

11. Diri yang mampu bangkit setelah jatuh adalah yang lebih kuat daripada diri yang tidak pernah jatuh sama sekali.

12. Balas dendam bukanlah ubat paling mujarab untuk mengubati hati yang dilukai. Maafkan sahaja, itulah ubat yang terbaik walaupun pahit. 

13. Redhalah menerima apa jua keadaan tanpa harus membenci kenyataan.

14. Jika Allah telah mengujimu, itu tandanya kamu mampu. Maka bersemangatlah kerana takdir terbaik sudah menunggumu.

15. Terus-terusan menjadi kuat kerana di dalam setiap kesengsaraan adanya kebahagian dan ketenangan.  

16. Setiap hari adalah lembaran baru untuk kita, maka jangan pernah sesali atas apa yang sudah terjadi sebelumnya, dan indahkan setiap lembaran yang mendatang. 

17. Kita semua mempunyai keinginan, tapi takdir memberikan kenyataan. Namun begitu, jangan mudah putus harapan.

18. Kalau hari ini kamu gagal, jadikan ia sebagai pelajaran untuk kamu terus berkembang di hari mendatang.

19. Usah dirisau perihal takdir, semuanya sudah diatur dengan terbaik oleh Yang Maha Adil.

20. Jika yang jatuh menimpamu adalah hujan, pasti akan ada matahari untuk membangkitkan. Terima seadanya, agar kita dapat menikmati keindahan pelangi apabila ia menjelma. 

21. Berdamailah dengan perasaanmu, pasti hidupmu akan tenang. Kelolakanlah emosimu dengan baik, pasti hidupmu akan selalu sukses. Perbaikilah pola pemikiranmu, maka hidupmu akan selalu mendapat keberkahan.

22. Pembenci sentiasa memikirkan yang dibencinya, maka selalu suramlah hidupnya. Pencinta sentiasa memikirkan yang dicintainya, maka akan cerah cerialah hidupnya.

23. Percayalah yang suatu hari nanti, kau akan memiliki semua yang engkau doakan hari ini.

24. Seberapa jauh batas kemampuamu tidak akan terjawab hanya dengan berfikir dan berandaian. Segeralah bertindak, detik ini juga!

25. Hidup ini penuh dengan pilihan, beranikanlah diri dengan  memilih untuk meninggalkan hal-hal yang membuat engkau bersedih

26. Fokus pada perkara yang membuat kau bahagia, jangan pernah meninggalkannya walau apa pun halangannya.

27. Hari-harimu yang panjang, mungkin tak selalu seperti yang kamu harapkan. Memang akan ada waktu di mana ranting akan patah, tapi kemudiannya, ia bisa tumbuh kembali.

28. Menangislah sepuasmu, kerana air mata bukanlah tanda kelemahan, tetapi bukti bahwa engkau masih memiliki perasaan.

29. Sekali atau dua kali kita akan tersandung dan jatuh. Tapi kehidupan ini bukan tentang jatuhnya, tapi tentang bangkitnya kita lepas terjatuh.

30. Hidup yang mencari kesempurnaan, akan menjadikan kita tertekan. Hidup melengkapkan kekurangan, mendatangkan keikhlasan dan ketenangan.

31. Jangan berasa dirimu lemah. Hidup sedang mengajarimu bagaimana untuk bertahan.

32. Ketika engkau jatuh, bangunlah demi mencapai impianmu. Ketika kamu ragu, kuatkanlah doamu supaya Tuhan menghilangkan keraguanmu.

33. Rencana Tuhan atas hidupmu jauh melebihi keadaan yang engkau hadapi saat ini. Jangan pernah menyerah.

34. Mungkin beban yang kau pikul itu menjadi sebab keselamatanmu. Maka, sebesar apapun bebanmu, tetaplah bersyukur.

35. Terkadang lelah dan kecewa adalah harga yang harus kita bayar untuk membeli bahagia.

36. Berlapang dadalah. Apapun yang terjadi dalam hidupmu pasti ada pelajaran yang tersembunyi buat diri kita muhasabah.

37. Semuanya bermula dengan keputusan. Apa yang anda putuskan hari ini akan menentukan arah tuju hidup anda. Buatlah keputusan yang bijak.

38. Bahagia tak perlu dicari. Ia akan datang sendiri cuma perlu tunggu dan sabar.

39. Dikala hati sedang gundah gulana. Maka Ingatlah Allah! kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

40. Jadikan yang tebal itu iman, yang nipis itu lidah, yang tajam itu akal, yang lembut itu hati, yang ringan itu solat, yang berat itu pahala, yang halus itu suara, yang luas itu ilmu, yang manis itu senyuman.

Semoga kata-kata semangat ini dapat membantu kehidupan seharian anda.