KelabMama

Karnival FunSTEM: Memperkenalkan Pembelajaran yang Efektif & Menyeronokkan untuk Kanak-Kanak

Karnival FunSTEM oleh ALFA and Friends

ALFA and Friends, pelopor program pendidikan STEM di Malaysia, dengan perasaan gembira ingin berkongsi kisah kejayaan di sebalik sebuah karnival pendidikan STEM yang diberi nama FunSTEM Carnival. Karnival ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umum terutamanya ibu bapa tentang kepentingan pendidikan STEM pada kanak-kanak.

Selain itu, pihak ALFA and Friends juga ingin memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa Pendidikan STEM ini boleh diperkenalkan dengan kaedah yang menyeronokkan bagi menarik minat anak-anak untuk berkecimpung dalam bidang ini. Hal ini sejajar dengan objektif nasional yang ingin melahirkan lebih ramai generasi Celik STEM.

Karnival FunSTEM telah berlangsung pada 3 Mac 2024 di Pejabat Urusan ALFA and Friends di Bandar Bukit Puchong, bermula dari 8:30 pagi hingga 2:30 petang. Karnival bertemakan Pendidikan ini sesuai untuk segenap lapisan umur terutama untuk mereka yang mempunyai anak dari umur empat hingga dua belas tahun.

Pelbagai pembelajaran interaktif dan menyeronokkan disediakan seperti demonstrasi, eksperimen, pertandingan, bengkel keibubapaan, dan booth yang pastinya telah memberi manfaat secara menyeluruh kepada seisi keluarga yang hadir. Selain aktiviti yang berteraskan STEM, turut diselitkan pertandingan pertunjukan fesyen daripada kanak-kanak cilik dengan tema “Karier STEM”.

Selain itu, tetamu VIP kami, Ahli Parlimen untuk Puchong, YB Yeo Bee Yin, telah merasmikan Karnival FunSTEM pada pagi acara tersebut.

“Kami sangat gembira dapat menjadi tuan rumah Karnival FunSTEM bersama rakan strategik kami, dan berharap agar usaha kecil daripada ALFA and Friends ini mampu membantu meningkatkan lebih ramai tenaga kerja STEM bagi membangunkan negara di masa hadapan” kata Ho Teh Eng, Pengasas ALFA and Friends dan juga seorang bekas jurutera kimia.

Selain daripada aktiviti pendidikan, Karnival FunSTEM juga menyediakan:

Pertandingan STEM:
Peserta telah berpeluang mempamerkan kreativiti dan inovasi mereka dalam pertandingan STEM seperti Matematik, Koding dan juga Digital Art.

Bengkel STEM:
Bengkel yang menarik direka untuk mencetus kreativiti dan pemikiran kritis kepada peserta dari umur 4 hingga 12 tahun.

Pertunjukan Fesyen:
Peragaan fesyen bertemakan “Kerjaya STEM”, menunjukkan hubungkait antara Sains, Teknologi, dan Seni.

Cabutan Bertuah:
Hadiah-hadiah menarik dimenangi oleh pemenang-pemenang bertuah dalam segmen cabutan bertuah di karnival ini.

Pameran Kanak-Kanak:
Platform untuk pelajar-pelajar ALFA and Friends Centre mempamerkan karya seni dan kisah kejayaan mereka dalam bidang STEM.

Booth Pendidikan:
Booth interaktif menawarkan pengalaman pembelajaran praktikal dan maklumat berharga mengenai topik berkaitan STEM.

Acara ini adalah percuma untuk orang awam dan telah menjanjikan pengalaman unik dan menyeronokkan untuk pengunjung yang datang ke karnival ini.

ALFA and Friends telah berusaha keras menjayakan Karnival FunSTEM dan kami percaya bahawa karnival ini bukan sekadar tentang keseronokan bermain sambil belajar, tetapi juga dapat menanam perasaan cintakan STEM dalam kalangan kanak-kanak seterusnya menyumbang kepada pembangunan modal insan celik STEM di masa hadapan.