KelabMama

Gadis Ini Menghidapi Kanser Serviks Hanya Kerana Tisu Tandas

kanser serviks

Mama suka gunakan tisu tandas untuk membersihkan kawasan intim? Di Malaysia, kita lebih gemar untuk bersihkan kawasan intim kita dengan menggunakan air dan kemudian lap dengan menggunakan tisu tandas. Tapi, ada juga di sesetengah tandas awam dan juga negara luar, penggunaan tisu tandas untuk membersihkan kawasan intim kita menjadi pilihan. Tapi tahukah Mama kesan penggunaan tisu tandas ke atas badan kita?

Kanser Serviks Ketika Umur 20 Tahun

Baru-baru ini di China, seorang gadis yang berusia 20 tahun telah didiagnos dengan kanser serviks! Menurut portal Sina.com.cn, gadis tersebut yang bernama Xiao Yu, merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di China. Gadis muda ini dikatakan telah mengalami sakit yang teruk di bahagian perut ketika datang bulan. Gadis itu kemudiannya di bawa ke hospital dan hasil pemeriksaan doktor mendapati beliau menghidapi kanser serviks tahap satu!

Punca: Penggunaan Tisu Tandas Berwarna

Hasil keputusan tersebut mengejutkan dirinya dan keluarga. Xiao Yu masih terlalu muda dan baru hendak melangkah ke alam kehidupan dewasa yang sebenar. Apa yang lebih mengejutkan apabila doktor memberitahu sebab utama Xiao Yu mendapat kanser serviks adalah disebabkan penggunaan tisu tandas yang salah! 

Difahamkan, Xiao Yu sering menggunakan tisu tandas berwarna kuning dan mempunyai bahan pewangi. Menurut doktor yang merawatnya, penggunaan tisu tandas yang mengandungi bahan kimia seperti bahan peluntur, pewarna dan pewangi tiruan berisiko membahayakan kesihatan. Namun, disebabkan kansernya masih diperingkat awal, Xiao Yu kini diberi rawatan intensif oleh doktor pakar. 

Keburukan Penggunaan Tisu Tandas

Risiko jangkitan tertinggi adalah daripada tisu tandas jenis kitar semula kerana ia sudah dipenuhi bakteria yang juga berpotensi tinggi untuk bertoksik. Sekiranya Mama menggunakan tisu tandas jenis ini berkali-kali, badan anda berpotensi dijangkiti bakteria.

Selain itu, penggunaan tisu tandas yang tidak berkualiti, direndam lama dalam bahan kimia (seperti pewarna) juga boleh menyebabkan pengguna mendapat jangkitan yang lain seperti jangkitan kulat pada bahagian kemaluan, dan jangkitan pada saluran kencing. Walaupun tisu tandas yang berwarna putih adalah lebih digalakkan, namun pakar turut menasihatkan agar pengguna lebih berhati-hati. Hal ini kerana tisu tandas yang berwarna putih juga mengandungi bahan pelarut seperti formaldehyde; sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan kertas. Ianya boleh menyebabkan kerengsaan pada pengguna. 

Apa itu Kanser Serviks?

Kanser serviks atau juga dikenali kanser pangkal rahim, merupakan kanser ketiga paling tinggi dihidapi wanita di Malaysia! Ianya merupakan sejenis kanser yang berkembang pada serviks wanita (masuk ke rahim dari faraj) dan lazimnya tidak mempunyai gejala pada peringkat awal.

Simptom Kanser Serviks 

Jarang sebenarnya untuk gadis muda mendapat kanser serviks, namun siapalah kita untuk menidakkan ketentuanNya. Jika ada antara Mama atau anak gadis Mama menghidapi simptom-simptom seperti dibawah, segera dapatkan nasihat dan rawatan pakar!

  1. Pendarahan faraj yang luar biasa dan boleh berlaku selepas hubungan seks di antara tempoh haid atau selepas menopaus (bagi mereka yang sudah melakukan hubungan seks).
  2. Keputihan luar biasa dalam jumlah, warna, konsistensi atau bau.
  3. Buang air kecil lebih kerap.
  4. Sakit perut.
  5. Sakit ketika membuang air kecil.

Vaksin HPV

Untuk mencegah anak gadis kita mendapat kanser ini, satu vaksin telah diperkenalkan sejak 2010. Vaksin HPV telah diberikan secara percuma kepada pelajar berumur 13 tahun sebagai langkah perlindungan pertama daripada kanser serviks. Vaksin ini juga berpotensi untuk mengurangkan penyakit kanser anogenital yang lain. 

Apa yang boleh disimpulkan daripada kejadian ini ialah, Mama harus berhati-hati dalam memilih tisu tandas untuk digunakan, tak kisah lah di rumah mahupun di tandas awam. Pilih tisu tandas yang berkualiti. Selain itu, jangan sesekali ragu-ragu mengenai penggunaan vaksin ke atas bayi dan anak-anak kita tau! Mencegah adalah lebih baik daripada merawat bukan 😉