KelabMama

Kanser Pundi Kencing: Pakar Urologi Jelaskan Mengapa Ia Lebih Berisiko Menyerang Kaum Lelaki

kanser pundi kencing

Mama Papa pernah dengar tentang kanser pundi kencing? Mesti tak pernah kan, sebab kanser ini sangat jarang berlaku.

Dr Selvalingam Sothilingam, Pakar Urologi di Sunway Medical Centre Velocity

Kanser pundi kencing ni selalunya akan dihidapi oleh golongan lelaki apabila dilanjut usia mereka nanti.

Jadi, Papa kena alert tau, walaupun kanser ni selalunya akan berlaku tetapi Papa mesti berhati-hati dan sentiasa menjaga kesihatan Papa.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kanser pundi kencing ini Mama Siti telah dapatkan temu bual bersama Dr Selvalingam Sothilingam iaitu seorang Pakar Urologi dari Sunway Medical Centre Velocity.

Beliau akan menerangkan dengan lebih jelas tentang penyakit kanser pundi kencing ini kepada Mama Papa. Jom kita baca!

1. Bagaimana kanser pundi kencing ini terjadi?

Kanser pundi kencing lebih kerap berlaku dikalangan mereka yang berumur 65 tahun ke atas and ia lebih kerap berlaku di kalangan golongan lelaki.

Apa yang akan berlaku ialah sel-sel di selaput (transitional cells) dalam pundi kencing (inner lining of bladder known as mucosa) akan mengalami perubahan kepada sel kanser yang berikutnaya akan membesar and mula merebak untuk melibatkan keseluruhan dinding punding kencing termasuk selaput otot (muscle) sekiranya tidak dikesan dan dirawat awal.

Kanser tersebut boleh bersifat ‘single’ (satu selompok kanser sahaja) atau ‘multiple’ (beberapa kelompok kanser).

Dalam 3% kes kanser pundi kencing boleh juga berlaku sekaligus bersama kanser dalam buah pinggang atau, dan saluran ureter.

2. Apakah simptom-simptom kanser pundi kencing?

Sebelah kiri adalah kencing normal dan sebelah kiri kencing berdarah

Simptom yang mungkin dialami pesakit termasuklah kencing darah (hematuria), rasa sakit ketika kencing serta kencing secara kerap dan banyak (urgency and frequency of voiding).

Sebahagian pesakit mungkin juga tidak mengalami simptom di atas dan kanser ini hanya boleh dikesan melalui ujian saringan, terutamanya apabila mereka menjalani ujian ultrasound.

3. Apakah punca yang menyebabkan berlakunya penyakit kanser ini?

Terdapat beberapa faktor risiko yang menyebabkan kanser pundi kencing boleh terjadi, dimana tabiat merokok merupakan risiko paling utama.

Risiko lain termasuklah mereka yang terdedah kepada bahan kimia terutamanya mereka yang berkerja dengan menggunakan racun serangga, cat, pewarna (dye) atau latex (industri getah).

4. Bagaimana pesakit kanser ini didiagnosis?

Cara yang paling tepat untuk mengesan kanser ini ialah melalui ujian endoskopi yang juga dikenali sebagai cystoskopi. Ini boleh dilakukan sebagai prosedur harian (daycare) dan mengambil masa 10 minit dan biasanya boleh dilakukan dengan sedation ataupun bius tempatan.

Kanser pundi kencing biasanya akan kelihatan dalam bentuk papillary iaitu seperti corak coral dalam lautan. Sekiranya dokor tidak pasti tentang diagnosis, beliau akan mengambil sedikit sampel yang dipanggil biopsi.

Doktor mungkin juga akan menasihati pesakit untuk menjalani CT scan untuk memeriksa keseluruhan sistem urinari untuk memastikan tidak ada kanser di bahagian lain pada sistem urinari pesakit tersebut.

5. Adakah kanser pundi kencing juga mempunyai beberapa jenis? Boleh doktor terangkan dengan lebih lanjut?

Kanser pundi kencing yang paling kerap dialami pesakit ialah jenis Transitional Cell Carcinoma (TCC). Ada juga jenis lain seperti Squamous Cell Carcinoma (SCC) atau Adenocarcinoma yang jarang ditemui.

SCC adalah lebih kerap di negara seperti Mesir dimana ia sering dikaitkan dengan jangkitan parasit Shistosomiasis.

6. Kanser selalunya mempunyai empat tahap, boleh doktor terangkan setiap tahap yang dihadapi oleh pesakit?

Secara amnya, kanser pundi kencing ini boleh dibahagikan kepada kanser superficial atau T1 cancer, iaitu yang tidak melibatkan otot pundi kencing atau muscle invasive T2 cancer, iaitu yang telah melibatkan otot pundi kencing.

T3 dan T4 pula adalah kanser pundi kencing yang telah merebak ke lemak sekitar pundi kencing atau organ berdekatannya seperti rahim atau rektum. Sekirakanya kanser ini telah merebak ke organ lain seperti paru-paru dan hati, ia dikenali sebagai metastatic cancer.

7. Bagaimana pula dengan rawatan yang akan diberikan kepada mereka berdasarkan tahap yang dihidapi?

Bagi kanser pada tahap T1, rawatan yang diberikan ialah pembedahan endoskopik dimana kanser tersebut boleh dikikis and dibuang mengunakan teknik endoskopi disusuli pemberian satu dos intravesical kemoterapi dimana satu dos agen kemoterapi akan dimasukkan kedalam pundi kencing sejurus selepas pembedahan.

Bagi kanser T1 yang disifatkan sebagai berisiko tinggi, pembedahan mungkin disusuli dengan pemberian intravesical BCG iaitu ubat BCG akan dimasukkan ke dalam pundi kencing setiap minggu untuk 6 minggu pertama selepas pembedahan diikuti setiap 3 bulan untuk 1-2 tahun.

Pesakit dipakai stoma bag selepas pembedahan radical cystectomy

Bagi kanser di tahap T2, pesakit akan dinasihati untuk menjalani pembedahan untuk mengeluarkan keseluruhan pundi kencing iaitu operasi yang dipanggil radical cystectomy.

Bagi mereka yang mempunya kanser tahap metastatik, rawatannya adalah dengan kaedah kemoterapi atau immunoterapi.

8. Apakah prosedur dan ujian yang akan dilakukan untuk mendiagnosis kanser ini?

Terdapat beberapa ujian saringan yang boleh dilakukan untuk memeriksa kanser pundi kencing, antaranya ujian air kencing (urine microscopy) and ultrasound kidney, ureter, bladder (USG KUB).

Sekiranya seseorang didapati mempunyai darah dalam air kencing mereka mungkin akan dinasihati untuk menjalani ujian saringan CT Scan yang lebih keputusannya lebih tepat daripada ultrasound.

Akhirnya cystoskopi akan dilakukan untuk mengenalpasti diagnosis.

9. Apakah komplikasi yang akan dihadapi oleh pesakit sekiranya mereka mahu menerima rawatan?

Adalah penting untuk penyakit ini dikesan pada peringkat awal kerana rawatan yang akan diberikan kurang rumit dengan peratusan komplikasi yang lebih rendah.

Ini bermaksud mereka yang di kesan pada tahap T1 hanya perlu menjalani rawatan endoskopi dimana mereka akan pulih dengan cepat dan boleh kembali bekerja dalam beberapa hari.

Ini lain daripada mereka yang dirawat pada peringkat T2 dimana keseluruhan pundi kencing harus dibuang (radical cystectomy). Pembedahan ini bersertakan lebih komplikasi dan memerlukan tempoh yang jauh lebih lama (tiga hingga empat bulan) untuk pulih.

Disebabkan ini, adalah penting untuk mendapatkan saringan awal sekiranya seseorang itu mengalami gejala seperti kerap kencing dan kencing berdarah terutamanya apabila mereka berada dalam kumpulan golongan yang berisiko mendapat kanser pundi kencing.

Mereka yang mengalami kencing berdarah berserta darah beku juga harus mendapat rawatan secepat yang mungkin.

10. Apakah perubahan gaya hidup yang perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada menghidapi penyakit ini?

Yang paling penting sekali ialah untuk berhenti tabiat merokok.


Senaman apa yang sesuai untuk pesakit kanser payudara? Klik di SINI.