KelabMama

KANDUNGAN TERLEBIH BULAN. RISIKO YANG PERLU MAMA TAHU

Menunggu kelahiran cahaya mata yang sedang dikandung merupakan satu peristiwa yang mendebarkan tetapi menggembirakan. Apatah lagi dewasa ini boleh dikatakan lebih ramai pasangan yang memulakan institusi kekeluargaan pada umur lebih matang setelah membina kerjaya masing-masing, berbanding zaman ibu bapa mahu pun datuk nenek kita dahulu. Ramai ibu melahirkan zuriat mereka di antara minggu ke-38 hingga ke-42 dan tidak ramai yang bersalin pada tarikh yang dijangkakan oleh doktor yang merawat. Adalah normal sekiranya bakal ibu atau ibu-ibu melahirkan anak mereka tiga minggu sebelum ataupun dua minggu selepas jangkaan asal (Due Date).

 

TARIKH JANGKAAN KELAHIRAN

 

KANDUNGAN MELEBIHI PENGGAL

Kandungan dikatakan melebihi penggal sekiranya ia menjangkau 42 minggu. Berdasarkan kebanyakan amalan perbidanan di Malaysia, ibu-ibu akan didorong untuk menjalani induksi (cetusan) kelahiran sebelum penggal ini berlalu. Bila wanita sebenarnya mengandung mungkin tidak diketahui. Justeru, doktor dan jururawat cuba membuat ramalan menggunakan parameter-parameter tertentu. Dalam kebanyakan kes, doktor mahupun jururawat meragui akan kesihatan bayi di dalam kandungan sekiranya melebihi penggal 42 minggu.

 

MENGIRA TARIKH KELAHIRAN

Tarikh boleh diramalkan dengan mengira ke hadapan 40 minggu (280 hari) dari hari pertama haid terakhir. Ini berdasarkan kenyataan bahawa persenyawaan berlaku dua minggu selepas hari pertama haid. Cara begini, anda diramalkan untuk membawa kandungan selama 38 minggu.

Cara lain untuk mengira tarikh kelahiran adalah seperti berikut:

  1. Pastikan hari pertama haid anda yang terakhir.
  1. Campurkan tujuh hari.
  1. Tolak tiga bulan.
  1. Campur setahun

 

Sebagai contohnya:

  1. 1 April 2017 + tujuh hari = 8 April 2017
  1. 8 April 2017 – tiga bulan = 8 Januari 2017
  1. 8 Januari 2017 + setahun = 8 Januari 2018

Sekarang, pengiraan telah meramalkan kelahiran anak puan pada 8 Januari 2018.

 

RISIKO MENGANDUNG MELEBIHI PENGGAL

Sekiranya kandungan melebihi penggal iaitu melebihi 42 minggu, risiko-risiko seperti sindrom dysmaturity akibat ketidakupayaan uri menyebabkan stres dan kekurangan oksigen pada janin; bayi tertelan tinja atau najis pertama bayi baru lahir yang lekit dan berwarna hijau tua atau; makrosomia di mana janin menjadi besar. Risiko kelahiran melalui pembedahan turut meningkat.

Risiko terhadap kandungan dan juga ibu bertambah sekiranya melebihi penggal 42 minggu. Lagi lama kandungan dibiarkan, lagi bertambahlah permasalahan, walaupun bukan semuanya berakhir sedemikian.

Uri mungkin tidak berfungsi sebaik mungkin manakala air amniotik juga berkurangan. Ini boleh menyebabkan tekanan dan tersepit semasa berlakunya kontraksi (pengecutan) dan boleh memudaratkan kandungan.’’

 

DALAM PEMERHATIAN

Apabila ibu-ibu menghampiri tempoh jangkaan kelahiran, ada beberapa ujian yang mungkin terpaksa dilalui bagi menentukan kesejahteraan bayi di dalam kandungan. Ujian seperti pergerakan harian janin boleh dilakukan sendiri di rumah. Ujian-ujian lain seperti kardiotokografi untuk tegasan tanpa kontraksi, profil biofizikal dan ultrasound perlu dilakukan oleh pakar. Pergerakan harian janin mengambil kira pergerakan bayi di dalam kandungan yang lazimnya lebih kurang sama bilangannya, setiap hari. Doktor atau jururawat akan memberitahu anda bagaimana dan bila pergerakan ini perlu diamati dan direkodkan. Pengawasan janin secara elektronik pula memerlukan satu peralatan khas yang mengesan denyutan jantung anak dan juga kontraksi pada bahagian atas rahim.

 

INDUKSI KELAHIRAN (INDUCE)

Doktor mungkin akan menasihati anda agar menjalani induksi (permulaan bersalin secara buatan) kelahiran sekiranya puan melebihi penggal mengandung. Induksi ini menyebabkan perubahan pada pangkal rahim untuk persedian kelahiran melalui faraj. Secara amnya, induksi ini bergantung pada faktor-faktor tertentu seperti:

 

Kaedah-kaedah induksi yang digunakan untuk menyebabkan perubahan pada pangkal rahim termasuklah:

 

Langkah-langkah tersebut di atas bertujuan agar kelahiran dapat berlaku secara normal. Walau bagaimanapun, kelahiran melalui pembedahan mungkin terpaksa diambil sekiranya situasi semasa (sama ada ibu atau bayi) bertukar menjadi situasi kecemasan yang boleh memudaratkan jika ditunggu lebih lama. Doktor pakar perbidanan sudah tentu mahukan seorang ibu yang selamat dan bayi yang sihat melalui proses bersalin.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Dr. Shah Reza Johan Noor & Utusan