KelabMama

Perkembangan Usia Kandungan 7 Minggu – Saiz Bayi Mama Kini Sama Besar Dengan Buah Blueberry!

kandungan 7 minggu

Kredit gambar: parenting.firstcry.com

Memasuki usia kandungan 7 minggu bermakna dalam masa 33 minggu lagi Mama bakal bergelar seorang ibu. Impian setiap wanita untuk bergelar ibu kepada seorang yang bayi comel. Walaupun tahu bakal mengalami pelbagai kepayahan, kesusahan dan kesakitan tidak menghalang Mama untuk hamil dan melahirkan.

Namun, sebelum berjumpa dengan malaikat kecil ini Mama perlu menghadapi satu fasa di mana kekuatan mental dan fizikal diperlukan iaitu mengandung. Mama boleh memeriksa tanda-tanda sekiranya Mama hamil di SINI.

Kandungan Mama sekarang berada di trimester pertama iaitu minggu ke 7 kehamilan dan apakah yang Mama tahu mengenai kandungan pada minggu ke 7 ini?

Jika Mama masih tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai perkembangan janin pada usia kandungan 7 minggu ini, melalui perkongsian kali ini Mama Siti ingin berkongsi mengenainya.

Mama boleh ikuti perkongsian di bawah!

Perkembangan Kandungan 7 Minggu

Kredit gambar: parenting.firstcry.com

Di bawah ini merupakan perkembangan yang berlaku pada kandungan usia 7 minggu iaitu:

#1. Perkembangan Janin Pada Minggu 7 Kehamilan

Walaupun kandungan Mama masih diperingkat awal namun perkembangannya sangat banyak. Antaranya ialah saiz bayi Mama sekarang sebesar buah blueberi yang berukuran kira-kira 10mm. Tali pusat bayi yang berfungsi untuk menyalurkan segala zat dan nutrien daripada ibu kepada bayi akan mula terbentuk pada masa ini.

Selain itu, tangan dan kaki bayi semakin jelas terbentuk berbanding minggu lepas namun masih belum sempurna pembentukannya. Tangan dan kakinya pada masa ini kelihatan seperti pengayuh. Di samping itu, wajah bayi juga sudah mula terbentuk dengan terbentuknya lubang hidung, kelopak mata, gigi, lelangit dan telinga.

Bukan itu sahaja, malah organ utama seperti otak yang bertanggungjawab ke atas segala kemahiran bayi Mama pada masa akan datang seperti bercakap, bergerak, mendengar dan berfikir mula berkembang juga menjadi sangat kompleks.

Bayi Mama akan menghasilkan 100 sel otak yang baru pada setiap minit. Selain otak, organ utama lain seperti jantung juga semakin berkembang dengan pesat pada minggu ini.

#2. Perubahan Tubuh Mama Pada Minggu 7 Kehamilan

Walaupun banyak organ badan bayi sudah mula terbentuk dengan cepat namun, baby bump Mama masih belum kelihatan. Ini kerana, ianya masih di peringkat awal. Namun, tubuh Mama akan terdapat beberapa perubahan lain. Antaranya ialah:

Namun, perubahan-perubahan ini mungkin tidak dialami oleh sesetengah wanita hamil. Sebab itulah ramai yang tidak sedar bahawa mereka sedang mengandungkan malaikat kecil mereka.

Tips Menyokong/Menjaga Kandungan

Bagi memastikan kandungan Mama membesar dengan jayanya, Mama boleh lakukan tips seperti di bawah.

Kandungan minggu 7 masih berada pada peringkat awal kehamilan. Masih jauh perjalanan untuk sampai ke fasa kelahiran. Kandungan minggu ke 7 ini diibaratkan sebagai kandungan yang masih ‘fragile’ iaitu kandungan yang memerlukan penjagaan yang berhati-hati.

Buat Mama yang sedang berada pada fasa ini penuhkan ilmu mengenai kandungan anda bagi memastikan anak dalam kandungan membesar dengan sebaiknya. Kongsikan perkongsian ini sekiranya Mama mendapat sesuatu dari entri ini.

Untuk lebih informasi yang terkini serta perkongsian menarik daripada pakar-pakar di Malaysia, Mama boleh sertai Motherhood New Mom Privilege. Mama juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai baucar, welcome gift, cabutan bertuah bulanan, dan hadiah istimewa apabila anda mendaftar di New Mom Program yang dianjurkan Motherhood.com.my

Jangan tunggu lagi, mana tahu Mama bertuah kali ni!


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Ikuti perkembangan si manja yang lain di SINI.