KelabMama

Malang Tidak Berbau: Kanak-kanak 2 Tahun Maut Jatuh Dari Kerusi Bayi di Kedai Makan

Dilaporkan semalam, seorang kanak-kanak berumur 2 tahun telah meninggal dunia akibat terjatuh daripada kerusi bayi di sebuah restoran yang terletak di Johor Bahru.

Menurut Berita Harian,

“Kejadian berlaku apabila ibu bapa budak itu membawanya ke sebuah restoran di Taman Sutera di sini untuk makan tengah hari kira-kira jam 2 petang Selasa (4 Okt). Mereka meletakkan mangsa di kerusi bayi untuk menjamu selera. Kira-kira sejam kemudian, kanak-kanak lelaki itu dikatakan secara tiba-tiba menendang meja, menyebabkan kerusi bayi itu terbalik”.

– Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baru Utara Supt Fariz Ammar Abdullah

Supt Fariz Ammar berkata mangsa terhantuk ke lantai dan menangis dengan kuat sebelum pengsan. Bapa membawa anaknya ke klinik swasta berhampiran, di mana doktor menasihatkan mereka untuk mendapatkan bantuan di hospital kerana keadaan mangsa yang serius.

Kemudian, bapa membawa mangsa ke hospital swasta di Iskandar Puteri, dan anaknya disahkan telah meninggal dunia. Setakat ini, tiada unsur jenayah tetapi siasatan masih dijalankan atas laporan mati mengejut (SDR).

Take Note Mama: Bahaya Kerusi Tinggi Bayi

Ngeri apabila Mama sekeluarga sedang bersuka ria di kedai makan kemudian menjadi hari yang paling kita tidak boleh lupakan selama-lamanya. Di sini Mama Siti nak ingat supaya Mama dan Papa:

Mintak jauh dengan kemalangan macam ni, Mama Siti harap ibu bapa lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan anak-anak kita. Ia menjadi tanggungjawab kita untuk pastikan mereka selamat dan cukup dengan keperluan mereka.

Moga-moga Mama dan keluarga boleh ambil ikhtibar dengan kemalangan mengejut ini. Dan salam takziah Mama Siti ucapkan kepada keluarga mangsa.

Kredit: Berita Harian


Untuk dapatkan berita tentang kesihatan anak-anak Mama, klik DI SINI.