KelabMama

KANAK-KANAK BERBADAN NORMAL TIDAK SEMESTINYA SIHAT. SEMAK TUMBESARAN ANAK ANDA!

Tahap kesedaran mengenai masalah tumbesaran di Malaysia adalah rendah dan membimbangkan. Masalah ini biasanya tidak diberi perhatian kerana ramai menyangka orang Asia secara semula jadinya mempunyai struktur tulang yang lebih kecil. Namun, adalah penting untuk ibu bapa di Malaysia mengetahui simptom-simptom masalah tumbesaran ini dan berjumpa dengan doktor sekiranya bimbang akan sesuatu isu. Gangguan tumbesaran kanak-kanak juga boleh disebabkan kekurangan nutrisi dan penyakit kronik.

Tumbesaran adalah satu proses fisiologi yang kompleks pada saat kanak-kanak mula membesar dengan cepat dalam dua tahun pertama kehidupan mereka. Proses ini berterusan pada kadar yang tetap iaitu lima hingga sembilan sentimeter setiap tahun hingga mereka berusia kira-kira 10 tahun. Apabila kanak-kanak memasuki usia remaja iaitu 11 tahun bagi perempuan dan 13 tahun bagi lelaki, lonjakan tumbesaran berlaku sekali lagi selama kira-kira dua tahun sebelum ia berakhir perlahan-lahan pada usia 16 hingga 18 tahun.

Hormon tumbesaran dihasilkan oleh kelenjar pituitari yang terdapat dalam otak untuk merangsang tumbesaran. Selain menggalakkan tumbesaran fizikal (ketinggian), ia juga mempengaruhi perkembangan tulang, otot dan lemak tubuh. Oleh itu, hormon tumbesaran sangat penting untuk perkembangan dan fungsi tubuh manusia yang sihat. Sekiranya seseorang kanak-kanak kelihatan lebih rendah berbanding rakan sebaya, ada kemungkinan ia mengalami masalah tumbesaran yang menghalangnya daripada mencapai ketinggian dan berat normal serta kematangan seksual dalam sesetengah kes.

 

MASALAH TUMBESARAN

 

MASALAH GENETIK

Sindrom Turner juga adalah masalah genetik paling kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak perempuan. Masalah ini membabitkan seorang daripada 2,500 bayi perempuan dan boleh menyebabkan kombinasi ciri-ciri kelainan fizikal, tumbesaran terbantut (pendek) dan kurang kematangan seksual sehingga ovari tidak berfungsi. Penyakit ini berlaku disebabkan masalah kromosom yang mengubah corak tumbesaran kanak-kanak. Penghidap sindrom Turner mempunyai hanya satu kromosom X atau kromosom X yang tidak lengkap.

 

RAWATAN

 

KEBERKESANAN

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro & Pakar Perunding Kanan Pediatrik, Pakar Endokrinologi dan Diabetologi Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Wu Loo Ling