KelabMama

Kanak-kanak Sindrom Down Maut Dipukul Teman Lelaki Ibu Hanya Kerana Bercakap

Anak-anak kita merupakan anugerah yang sangat istimewa. Lebih-lebih lagi kalau dia telah ditakdirkan lahir dalam keadaan yang istimewa seperti, Sindrom Down. Walau bagaimanapun, tak semua mudah untuk menerima dan memahami keadaan serta kelakukan anak-anak yang istimewa ini.

Pada 27 Mac yang lalu, seorang anak kecil yang berumur empat (4) tahun, telah dipukul hingga meninggal dunia oleh teman lelaki ibunya! Apa yang lebih menyayatkan hati, mangsa merupakan anak Sindrom Down dan dipukul kejam hanya kerana ingin cuba bercakap! Allahu…

Berdasarkan laporan DailyStar.co.uk, suspek, Adam Hughes yang baru berusia 24 tahun, dikatakan sedang menjaga anak-anak teman wanitanya sebelum kejadian tersebut berlaku. Pegawai polis melaporkan, mangsa, Kylie Willis, yang cedera parah di kepala tidak segera dibawa ke hospital. Sebaliknya, mangsa telah dibiarkan tidur dengan kecederaan yang teruk setelah dipukul.

“Hughes menyerang Willis dan kemudian membawanya ke tempat tidur,”

Polis San Bernardino County

Bibir & Jari Berubah Menjadi Biru

Hanya setelah beberapa jam kemudian Hughes mendapati mangsa tidak bergerak mahupun respon, dan bibir serta jari mangsa berubah menjadi biru.

Suspek yang ketakutan terus menghubungi teman wanitanya, Corrine Blake, yang juga ibu kepada mangsa. Pada jam 8 malam hari yang sama, si ibu terus menghubungi pasukan paramedik dan kanak-kanak malang tersebut segera dibawa ke hospital berdekatan.

Melihatkan keadaan anak berkenaan, suspek dan ibu mangsa terus ditahan kerana disyaki mencederakan anak-anak terebut.

Kanak-kanak tersebut koma, dan telah diberi rawatan rapi oleh pakar. Namun mangsa meninggal dunia dua hari kemudian akibat kecederaan parah yang dialaminya. Suspek kini telah didakwa kerana membunuh.

Suspek & Ibu Mangsa Kini Ditahan

Aduan jenayah menunjukkan suspek, Hughes,

“…telah melakukan kesalahan menjaga seorang kanak-kanak dibawah umur 8 tahun, menyerang dan menyeksa mangsa hingga menyebabkan mangsa koma kerana kecederaan otak dan lumpuh kekal.”

Dalam masa yang sama, Blake, ibu kepada mangsa juga telah didakwa kerana dengan sengaja menyebabkan dan membenarkan mangsa didera.

Ujar Mama Siti

Sedih dan luluh hati Mama Siti baca kejadian macam ini. Apa salah anak tu sampai tergamak memukul dan mendera. Mama, anak-anak istimewa ini anak syurga. Mama Siti faham tak mudah untuk menjaga anak-anak istimewa. Tapi, Mama harus ingat, anak-anak istimewa merupakan kurniaan Allah SWT untuk ibu bapa yang istimewa. Walau apa pun yang berlaku, Mama harus sentiasa kuat dan bersabar. Inshaallah, dalam setiap ujian dan dugaan, ada hikmah yang dijanjikan <3