KelabMama

Kanak-kanak Nyaris Diculik. Hati-hati Bawa Anak ke Bazar Ramadan.

Dalam kesibukan orang ramai nak membeli juadah berbuka puasa masih ada lagi orang yang mengambil kesempatan untuk menculik budak waktu itu. Kisah ini berlaku bila anak salah seorang pengunjung nyaris diculik di Bazar Ramadan. Jom kita baca perkongsian dari Muhammad Faiz Haziq ini.

Berlaku depan mata

Salam. Mintak pesan2 kan lah kpd ibu bapa yang bawak anak pergi ke bazar ramadhan terutamanya yang bazarnya sesak, TOLONG perhatikan dan pegang anak anda sebaiknya..!

Benda ni berlaku semalam di bazar ramadhan depan mata saya sendiri. Agak menakutkan jugak benda camni. Keadaan bazar memang sesak, padat terutamanya dlm waktu hampir bbuka, dan masa tu saya sedang bersesak nk beli juadah, depan saya ada sorang akak ngn baby(berdukung) dan ank pompuan sorang ikot blakang dia. Akak ni tgn dia da penuh satu berdukung, satu lagi bwk mknn jadi tak dapat pegang tgn ank dia sorg lagi. So jalan la slow2 hadap jem dlm bazar ni pastu bila sampai kat persimpangan dlm bazar tu, waktu ni yang scary ni.

Terus tarik anak perempuan

Ada la sorang brader ni tiba2 potong line depan saya, then trus tarik anak pompuan akak tu nak bwk bdk tu msuk simpang lain. Nak kira bernasib baik akak tu, brader tu terlanggar orang masa nk tarik budak tu, pastu akak tu pusing blakang, trus brader tu lepas budak tu then mencelah laju2 blah ikot simpang lain tu. Akk tu pandang blakng tgk ank dia xde, toleh ke tepi baru ada. Tapi akak tu x tahu pon ank dia kne tarik, cume dia pusing blakng wktu brader tu tlanggar org, bkn mase anak dia ditarik. Nasib masa tu saya tgh pandang depan, so saya prasan la cuma saya jadi beku jap nk proses situasi tu. Tapi buatnya saya tgh syok pandang mknn di bazar mmg takkan sedar la kalo bnde ni jadi. Kalo incase x blanggar tu, mmg saya akan cuba tolong budk tu tapi nasib baik sgt la tak sempat pape lagi budak tu dah selamat.

Dah lama perhati

Benda ni jadi laju gila, sampai simpang trus tarik msuk simpang tepi, si mak jalan trus tak tahu pape jadi. Nampak macam brader ni da lama perati akak tu, tggu masa je nak buat kerja. Saya pon tak pasti lah apa yang berlaku, dah cuba bersangka baik tapi tetap rasa memang cubaan culik budak. Tuhan sahaja yang tahu niat manusia. Makanya berhati-hatilah, dalam keadaan bersesak orang dalam bazar dengan panasnya kadang kita jadi x peka. Semoga kita semua terhindar dari perkara buruk & perbuatan aniaya. InsyaAllah.

Sumber : Muhammad Faiz Haziq

BACA JUGA : SALAHKAH IBU BAPA MENGGUNAKAN ABAH-ABAH DEMI KESELAMATAN ANAK?

Pesan Mama Siti

Betul kata Faiz ni, dalam ramai-ramai tu kita tak perasan benda-benda macam ni. Sebab tu lah seeloknya tak payahlah bawa semua anak-anak terutamanya yang masih kecil ke bazar ramadan. Dengan orang bersesak-sesak, berhimpit, asap semua tu. Kesianlah kat anak tu. Dan fikirkan juga keselamatan anak. Kalau kejadian sebegini jadi lagi mama papa juga yang susah nanti. Semoga kita dijauhkan dari perkara-perkara yang tak baik.