KelabMama

Kanak-kanak Maut Kena Renjatan Elektrik Pegang Hp Selepas Mandi

Lagi beberapa hari nak sambut raya, keluarga ini dikejutkan dengan pemergian puteri tercinta akibat terkena renjatan elektrik sebab pegang handphone yang sedang dicas selepas mandi. Siapa sangka kanak-kanak yang selama ini sihat walafiat pergi menghadap ilahi seawal usia 4 tahun.

Peringatan buat semua ibu bapa yang ada anak kecil. Saya dikejutkan dengan berita pemergian anak sepupu pada 2 Jun 2019 di waktu semua orang tengah sibuk dengan persiapan hari raya yang bakal tiba 2-3 hari lagi.

Arwah sangat gemar bermain telefon. Pada zaman ini, boleh dikatakan 90 peratus kanak-kanak, tiada yang tak pandai main telefon. Arwah baru saja selesai dimandikan oleh bapanya. Selepas keluar dari tandas.

“Tunggu sekejap, nanti papa siapkan” 


bapanya berpesan

Si bapa masuk ke tandas semula untuk mengambil kain tuala dan selang beberapa minit je terdengar bunyi benda terjatuh. Apabila si bapa membuka pintu, dilihat si anaknya sudah kaku dan badannya kebiruan. Terus si bapa mencapai kain dan menarik anaknya.

Tetapi apakan daya, Tuhan sudah mengatur segala-galanya. Sudah takdir ajal maut tertulis. Si anak dengan tubuh basah terus pegang telefon yang sedang dicas. Kita tak tahu, kita tak nampak bahaya ada di sekeliling kita.

Arwah meninggal sebab terkena renjatan elektrik pada telefon bimbit. Al-fatihah buat Nur Fadila berusia empat tahun. Damailah di sana wahai anak syurga.

Tips Kawal Anak Dari Ketagih Gajet

#1 Hadkan masa guna gajet

Ini bagi mengelakkan anak leka ataupun lalai apabila mula menggunakan gadjet dan aplikasi yang terdapat di dalamnya.

#2 Guna internet yang benda yang bermanfaat

Dengan mengambil nilai-nilai murni daripada media dan internet, anak-anak dapat merasai kebaikan yang diterima untuk perkembangan diri mereka.

#3 Lakukan dengan anak

Supaya anak mendapat manfaat daripadanya dan tidak menyalahgunakan dengan sewenang-wenangnya.

#4 Ajar anak urus masa

Bimbing anak-anak mengurus masa dalam menggunakan gadjet dan internet.

#5 Explain fungsi sebenar gajet

Terangkan fungsi sebenar gadjet kepada anak-anak selaras dengan perkembangan terkini.

#6 Pantau aktiviti anak

Tengok bagaimana anak-anak menggunakan gadjet dari masa ke semasa supaya mereka tidak menyalahgunakan fungsi yang terdapat pada setiap gadjet.

#7 Aktiviti dalam & luar rumah

Contohnya seperti berkebun beriadah, mengemas rumah ataupun sebarang aktiviti supaya anak-anak tidak leka dengan gadjet dan permainan video.

#8 Aplikasi berguna

Gunakan laman sosial ataupun aplikasi yang boleh menghubungkan ataupun interaksi dua hala dari jarak jauh.

Sumber : Cikna Nana

BACA JUGA BAHAYA ANAK SERING TERDEDAH KEPADA GAJET. INI KESANNYA PADA ANAK!

Pesan Mama Siti

Mama Siti harap kisah ini dapat membuka mata mama semua. Jangan terlampau membiarkan anak menggunakan gajet tanpa pengawasan. Kita tak tak tahu bahaya yang menanti di sekeliling. Berpada-padalah sekiranya mama memberi anak menggunakan gajet. Semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran untuk lebih berhati-hati di masa akan datang.