KelabMama

Kanak-kanak Lelaki Dikhuatiri Lemas di Jeli, Kelantan

Semalam, seorang kanak-kanak lelaki yang berusia enam tahun telah hilang dan dikhuatiri lemas. Mangsa dikatakan telah keluar bermain bersama rakan-rakannya dan tidak pulang ke rumah sehingga maghrib. Kejadian berlaku di Sungai Pergau, berhampiran lombong emas Kuala Balah, Jeli, Kelantan.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa, Muhammad Faris Izwan Mohd Fazli, mandi sungai berkenaan pada jam 3 petang bersama dua rakannya yang juga adik beradik, berusia enam dan sembilan tahun sebelum dihanyutkan air.

Rakan-rakan Tidak Maklum Pada Ibu Bapa

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, sebaik melihat mangsa dikhuatiri lemas, dua rakannya yang tinggal berdekatan rumah pulang ke rumah mereka tanpa memaklumkan apa-apa kepada ibu bapa mangsa.

“Selepas melihat anaknya tidak pulang sehingga Maghrib, bapa kanak-kanak itu mencari di sekitar sungai dan menemui pakaian mangsa.

Ketua Balai Bomba & Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim

“Sebaik mengetahui kejadian itu, bapa mangsa menghubungi bomba untuk mencari dan menyelamat. Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada 9.23 malam. Seramai 18 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian bagi usaha mencari dan menyelamat,”

Ketua Balai Bomba & Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim
Usaha mencari mangsa dibantu penduduk kampung.
Sumber: Harian Metro

Menurut Mohd Adni Ibrahim lagi, pencarian kanak-kanak terbabit turut dibantu penduduk kampung, namun masih belum ditemui. Operasi pencarian telah dihentikan pada jam 1.20 pagi semalam dan bersambung pada jam 8 pagi hari ini.

Komen Mama Siti

Mama Siti doakan urusan pencarian dipermudahkan dan harap ahli keluarga mangsa tabah serta kuat menghadapi dugaan ini. Mama Siti juga nak nasihatkan ibu bapa yang lain agar sentiasa ingatkan anak-anak untuk berhati-hati. Pesan dekat anak-anak, beriadah, bermain dan bergaul bersama rakan-rakan itu bagus, tapi jangan terlalu seronok ya :)