KelabMama

Kanak-Kanak 6 Tahun Dipukul Teruk Abang Sendiri di Alor Setar, Kedah

kanak-kanak dipukul abang

Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia enam tahun telah dipukul teruk oleh abangnya hanya kerana dia gagal menyiapkan kerja sekolah! Kanak-kanak tersebut dikatakan tidak dapat menyiapkan kerja sekolah untuk subjek Matematik.

Dipukul dengan Rotan

Difahamkan, abang kanak-kanak tersebut yang berusia 30 tahun telah berang dengan mangsa yang gagal menyiapkan kerja sekolahnya. Suspek kemudian terus mula memukul mangsa dengan rotan.

Sumber: Sin Chew Daily

Kejadian yang berlaku di Alor Setar, Kedah telah menyebabkan Mangsa mengalami kesan lebam dan berbirat di seluruh badan, muka , telinga, tangan, kaki dan belakang badan kerana dipukul oleh abangnya.

Menurut laporan Sin Chew Daily, Kanak-kanak tersebut bernasib baik kerana ada individu yang prihatin dengan apa yang berlaku terhadapnya, lalu terus menghubungi polis dan memaklumkan mengenai kejadian itu. Sejurus laporan diterima, pihak polis terus bergegas ke lokasi kejadian pada jam 1 petang. Mangsa diselamatkan pihak berkuasa dan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Kota Setar. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk menerima rawatan.

Sumber: Sin Chew Daily

Suspek Negatif Dadah

Abang mangsa juga telah ditahan dan diarahkan menjalani ujian saringan air kencing. Namun, keputusan menunjukkan suspek negatif dadah.

Dimaklumkan sehingga kini, masih belum jelas punca mengapa abangnya membelasah si adik seteruk itu. Dalam pada itu, bapa kepada dua beradik dikatakan telah ditahan pihak berkuasa Thailand untuk beberapa kes, manakala ibu mereka pula telah lama meninggalkan mereka. Selain mereka dua beradik, ada dua lagi adik beradik lelaki dan perempuan, di mana mereka semua dijaga oleh abang sulung.