KelabMama

Baru 5 Tahun, Kanak-kanak Ini Dijangkiti Ovarian Cyst – Penting Jaga Pemakanan Anak-anak

budak alami ketumbuhan dalam rahim atau ovaian cyst

Menurut Perkongsian oleh seorang ibu bernama Zulaihah Abd Mutalib di akaun Facebook miliknya, telah memuat naik satu cerita mengenai anaknya yang masih kecil tetapi sudah didiagnosis dengan penyakit seperti orang dewasa iaitu ovarian cyst atau ketumbuhan dalam rahim.

Walaupun penyakit tidak mengenal usia, tetapi sebagai ibu bapa perlu berhati-hati dan menjaga pemakanan anak-anak supaya penyakit tersebut tidak terjadi kepada kanak-kanak yang lain.

Seperti yang kita sedia maklum ovari adalah pusat penghasilan telur bagi wanita, di mana membolehkan seseorang wanita itu untuk mengandung.

Kredit Gambar: Facebook Zulaihah Abd Mutalib

Dalam perkongsiannya itu, doktor telah memaklumkan kepada mereka bahawa anaknya itu mempunyai ovarian cyst di dalam kilang telur sebelah kanan rahimnya dan disebabkan itu doktor terpaksa membuangnya kerana kemungkinan boleh menyebabkan kanser.

Sebagai ibu bapa sudah semestinya sedih dengan berita ini, namun mereka sendiri yang bersetuju untuk membuang ovari tersebut seperti yang disyorkan oleh doktor. Keputusan yang dilakukan itu untuk kebaikan kesihatan anaknya.

Tidak cukup dengan penderitaan anaknya, ditambah pula dengan spekulasi kepadanya atas keputusan yang dilakukan.

Tetapi apa yang paling menyedihkan apabila orang beranggapan bahawa anaknya tidak boleh mengandung lagi walaupun kita tahu bahawa wanita mempunyai dua kilang telur di sebelah kiri dan kanan.

Dengan membuang sebelah ovari tak bermakna tidak boleh mengandung lagi, ia nya masih boleh mengandung walaupun ada satu ovari je.

Luahnya lagi, “Kita ni ada dua kilag telur pun belum tentu rezeki kita terus ada. Jadi kena berhati-hati bila berbicara.”

Puan Zulaihah juga menasihati kepada ibu bapa di luar sana untuk menjaga pemakanan anak-anak sedari kecil lagi.

Selain itu, turut berkongsi juga beberapa jenis makanan kegemaran anaknya yang kerap kali dimakan iaitu roti, minuman soya, tempe goreng, lamb chop, kari daging, kari kambing, kuih muih, kentang goreng dan sosej.

Katanya, dek kerana mahu anaknya itu cukup makan sehingga membiarkan saje anaknya makan makanan kegemarannya itu. Malangnya nasib tak menyebelahi nasib anaknya apabila mendapat ovarian cyst.

Anaknya kini sudah berusia 11 tahun dan berada dalam keadaan sihat apabila menjaga pemakanan sejak pengalaman pahit itu berlaku.

Tabiat Pemakanan Sihat

Kredit Gambar: Tips Kesihatan
  1. Buah-buahan
  2. Sayur-sayuran
  3. Daging tanpa lemak
  4. Bijirin penuh
  5. Yogurt dan susu

Tabiat Pemakanan yang Tidak Sihat

Kredit Gambar: UtusanTV
  1. Kentang goreng
  2. Makanan segera
  3. Daging proses
  4. Pizza
  5. Snek dan makanan ringan
  6. Minuman berkarbonat

Jadi, penting sebenarnya menjaga pemakanan ini kerana kalau tak dipantau boleh memudaratkan kesihatan. Siapa sangka baru berumur lima tahun tapi sudah mempunyai penyakit ovarian cyst sangat mengejutkan.

Tapi ini bukan untuk anak-anak je, Mama Siti nasihatkan untuk semua ye. Jaga pemakanan kita supaya ia seimbang dan cukup zat yang diperlukan oleh badan kita.

Selain pemakanan, amalkan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat. Paling senang amalkan brisk walk je dengan anak-anak di taman.


Guna essential oil berikan kesan yang buruk kepada Mama mengandung dan anak-anak? Klik di SINI.