Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini mengumumkan kalendar akademik dan tarikh cuti sekolah bagi tahun 2026, sekali gus memberi kelegaan kepada Mama Papa yang mula nak plan aktiviti tahun depan dari percutian keluarga, balik kampung, sehinggalah persiapan awal untuk anak-anak masuk sekolah.
Takwim cuti sekolah ni bukan sekadar senarai tarikh sekolah buka dan tutup saja, tapi menjadi guideline penting untuk Mama Papa susun jadual keluarga supaya tak bertindih dengan kerja, kenduri, majlis keluarga, atau aktiviti cuti umum. Lagi awal kita tahu tarikh, lagi senang nak rancang dengan tenang!
Pembahagian Sekolah Ikut Kumpulan
Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, KPM masih mengekalkan pembahagian sekolah kepada kumpulan A dan kumpulan B bagi menyelaraskan cuti persekolahan mengikut negeri.
- Kumpulan A merangkumi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala
- Kumpulan B pula melibatkan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Labuan.
Kalendar Akademik & Cuti Sekolah 2026
Masa Sesuai untuk Mama Papa Rancang Cuti Sekolah 2026
Sekarang ni memang waktu terbaik untuk Mama mula plan! Dengan kalendar akademik dah diumumkan lebih awal, Mama boleh tentukan bila nak ambil cuti tahunan, bila nak tempah tiket flight, dan bila nak buat aktiviti keluarga tanpa ganggu waktu sekolah anak-anak.
Beberapa tempoh yang sesuai untuk rancang percutian keluarga tahun depan termasuk:
1. Cuti Pertengahan Tahun (Mei – Jun)
Cuti dua minggu ni memang ideal untuk family getaway! Cuaca pun selalunya stabil tak terlalu panas, tak juga musim hujan lebat. Mama boleh plan trip ke pantai, taman tema, atau bercuti dalam negara seperti Langkawi, Penang, Cameron Highlands, ataupun Sabah.
Kalau nak pergi luar negara pun sesuai sebab tempoh ni panjang, anak-anak takkan terlepas pelajaran penting.
2. Cuti Akhir Tahun (Disember)
Inilah masa paling ditunggu-tunggu anak-anak! Cuti panjang hampir sebulan lebih sesuai untuk plan percutian besar atau aktiviti keluarga tahunan.
Cuma Mama kena ingat, masa ni juga musim peak season jadi pastikan tempahan hotel, tiket kapal terbang, dan tiket taman tema dibuat awal-awal supaya dapat harga berpatutan.
3. Cuti Pendek (Mac & Ogos)
Walaupun cuma sekitar seminggu, cuti pendek ni tetap boleh jadi waktu berharga untuk berehat sekejap daripada rutin sekolah dan kerja.
Mama boleh rancang aktiviti ringan macam balik kampung, lawatan ke zoo, pergi muzium, atau buat aktiviti outdoor dengan anak-anak. Kadang, masa-masa singkat ni la yang anak-anak paling ingat.
Cuti sekolah bukan sekadar masa untuk anak berehat dari buku teks, tapi masa terbaik untuk bonding time bersama keluarga. Dalam kesibukan harian, kadang Mama Papa tak sempat betul-betul luangkan masa dengan anak-anak jadi cuti inilah peluang untuk kembali rapat dan bina kenangan indah bersama.
Tak semestinya kena bercuti jauh. Kadang-kadang aktiviti ringkas macam masak bersama, berkebun, atau riadah bersama pun itu dikira meluang masa bersama dengan anak-anak.
Perancangan awal bukan saja menjimatkan masa dan duit, tapi juga memastikan semua berjalan lancar tanpa tekanan. Jadi Mama, buka kalendar sekarang, tandakan tarikh cuti sekolah 2026, dan rancang aktiviti keluarga yang penuh makna!
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Terokai lebih banyak panduan dan ilmu keibubaapn untuk Mama Papa di SINI.
