KelabMama

Kaki Tak Bebas! Mama Jangan Pakaikan Kasut Bayi Sebab Nak Bergaya

Awww, comelnya kasut bayi tu! Ish rambang mata pula, beli je lah semua. Mesti cantik je pakai dekat kaki montel baby ni…

Mama Siti pun memang bersemangat bab menggayakan anak Mama Siti. Bukan Mama Siti seorang saja tau, Mama Siti rasa semua ibu yang kat luar sana pun mesti ikut excited. Sanggup berhabis duit untuk baju anak-anak. Tapi menurut doktor pakar, kita sebenarnya tak boleh pakaikan kasut kepada bayi yang belum berjalan lagi.

Eh, kenapa pula? Tindakan mama dengan papa yang pakaikan kasut kepada si manja sebelum dia dapat berjalan lagi sebenarnya boleh membantutkan otot telapak kakinya tau. Nak tahu lebih lanjut, jom baca perkongsian daripada Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel tentang pemakaian kasut terhadap baby ni.

Bila anak-anak sudah mula berjalan, mama jangan cepat sangat nak belikan kasut.

Tertarik dengan cara doktor pakar itu. Aku pakaikan kasut pada anak aku yang berusia 9 bulan lebih, namun masih belum pandai berjalan lagi. Masuk ke bilik, doktor tak banyak cakap terus buka kasut anak dan suruh aku simpan kasut tu. 

Aku tak cakap banyak. Dalam hati aku,”Doktor nak buat pemeriksaan agaknya,”

Bila semuanya sudah selesai, aku pun nak berangkat balik barulah doktor terangkan kenapa dia berbuat demikian. 

Jangan Pakaikan Kasut Pada Bayi Yang Belum Berjalan

“Jangan pakaikan kasut pada bayi yang masih belum pandai berjalan melainkan stokin semata-mata. Stokin yang dipakaikan tu juga perlu longgar.

Menurut doktor, kita kena bagi kebebasan pada tulang-tulang tapak kaki dan jari kaki bayi. Berjalan pun belum, walaupun dah pandai berjalan tanpa kasut pun belum tentu dia lepas. Inikan pula baru belajar berjalan terus dipakaikan kasut? 

Mama dapat rangsang deria, saraf dan sistem otak anak-anak dengan mendedahkan tapak kaki dan tangan anak dengan berbagai-bagai jenis tekstur permukaan.

Kaki Tak Bebas Jika Pakai Kasut!

“Sementara belum pandai berjalan ini, bayi suka regangkan tulang-tulang jari kaki mereka dengan cara tersendiri. Kalau kita perhati, bayi suka gerakkan jari-jemari kaki, pergelangan kaki mereka. Jadi,kalau kita pakaikan kasut, kaki mereka rasa tak bebas,” jelas doktor. 

Ini satu maklumat yang penting dari doktor pakar itu. Aku terima dengan penuh positif. Buat ibu bapa yang nak gayakan bayi, jangan sampai bayi kita terbeban dengan perkara yang belum mampu dia terima.

Terima kasih doktor, atas info kesedaran itu. Jadi, mama tak perlu lagi nak pakaikan kasut dekat anak sebelum tiba masanya. Nanti bayi dah pandai berjalan, kaki dah kuat, barulah boleh pakai kasut. Nak pakaikan kasut boot getah yang yang kita guna buat pergi kebun tu pun tak apa. Pakai kasut Phua Chu Kang pun boleh!

Sumber: Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel

BACA JUGA PERLU KE PAKAIKAN BAYI KASUT?

Pesan Mama Siti:

Comel memang comel. Tapi sabar sikit saja mama. Tunggulah sampai anak mama dah boleh bertatih, barula mama boleh slow-slow beli, pakaikan kasut bayi pada anak mama. Kalau yang baru lahir, pendam dulu perasaan tu. Ingat, anak mama tetap comel WALAUPUN tak pakai kasut bayi!