KelabMama

UMUR YANG IDEAL UNTUK MELAHIRKAN ANAK ADALAH PADA UMUR 34 TAHUN?

Usia ideal seseorang wanita mengandung selalu menjadi topik yang hangat diperbincangkan. Kalau dulu, para doktor selalu mengingatkan wanita agar segera hamil di usia awal 20-an supaya terhindar daripada risiko masalah kehamilan di lewat usia. Namun semakin berkembangnya teknologi, semakin ramai wanita yang berjaya dalam pelbagai bidang kerjaya. Maka, ramailah yang lambat mendirikan rumah tangga dan memikirkan tentang cahaya mata. Sudah tentu alasan tersebut bertentangan dengan teori yang mengatakan usia terbaik untuk hamil adalah sekitar 20-an. Tetapi kini apabila dunia semakin berkembang maju, teori tersebut juga telah berubah. Para saintis kini menemukan fakta baru yang berbeza daripada apa yang biasa didengari sebelum ini.

Sama sekali bertentangan dengan kepercayaan dulu, satu kajian yang diketuai oleh Dr. John Miroswky, ahli sosiologi di University of Texas, mendedahkan masa terbaik untuk wanita melahirkan anak ialah pada usia 34 tahun.

 Ini adalah faktanya:

  1. Pakar kesihatan wanita menyatakan wanita sepatutnya melahirkan anak pada usia 34 dan 35 tahun kerana ada sesetengah bahagian anggota badan boleh mengembangkan keadaan kesihatan dan penyakit ketika wanita berusia 20-an. Semasa usia 34 tahun, tubuh badan wanita berada pada tahap kesihatan optimum untuk mengandungkan anak yang sihat cukup bulan.
  1. Mirowsky juga mengingatkan wanita agar berwaspada tentang rancangan mempunyai anak ketika lewat usia 30-an. Ini kerana tubuh wanita berusia akan meningkatkan peluang menghidap penyakit tertentu dan peningkatan komplikasi sistem pembiakan.
  1. Pakar psikologi lain yang turut mengesahkan teori Dr. Mirowsky: wanita berusia 34-35 umumnya mempunyai hubungan yang kukuh dengan pasangan, mempunyai kecergasan dan tenaga yang baik, mencapai satu tahap stabil dalam kerjaya dan cukup matang untuk membesarkan seorang anak.

Kesemua pengalaman tersebut menjadikan wanita di usia 30-an mempunyai masa optimal untuk mengandung.

Fakta tersebut hanyalah hasil kaji selidik dilakukan oleh pakar sosiologi di Barat. Namun ia tak semestinya 100% tepat kerana sebagai penganut agama Islam sudah tentu kita berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa setiap anak itu adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT tanpa mengira berapa usia ibu ketika hamil. Jangan pernah risau tentang rezeki anak yang yang bakal dilahirkan atau keadaan kesihatan anak kelak. Bahkan sudah menjadi kewajipan ibu dan ayah untuk sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah supaya mengurniakan kesihatan yang baik untuk melahirkan anak yang sihat dan sempurna. Selain daripada itu ibu sendiri perlulah menjaga kesihatan dan pemakanannya sepanjang mengandung.

 

 

 Sumber: familyshare