KelabMama

[Kaji Selidik] Boleh Naik Darah Tengok Rumah Bersepah! Jom Ikut Petua Mengemas Rumah Daripada Mama-Mama Ini

Rumahku, Syurgaku

Betul ke Mama? Ditambah dengan anak kecil yang aktif dan sering curious dengan semua benda, mungkin ia tak serupa syurga sangat lah. Tetapi tak apa Mama! Mama Siti ada kumpulkan tips daripada mak-mak ini tentang macam mana nak make sure rumah kita spotless walaupun ada anak kecil yang sentiasa aktif dan curious dengan persekitarannya.

“Objektif membersih bukan sahaja untuk membersihkan, tetapi untuk merasai kebahagiaan hidup dalam persekitaran tersebut.”

– Marie Kondo

Satu fakta menarik tentang mengemas ini, apabila kita menjalankan aktiviti mengemas ataupun deep clean rumah kita, ia boleh menjadi pengalaman yang sangat terapeutik, merangsang dan menenangkan. Dengan pengalaman itu, ia dapat membentuk anak Mama untuk menjadi seorang pembersih. Sebagai seorang individu juga, mengemas adalah kemahiran hidup yang akan memberi manfaat kepada anak Mama sepanjang hayat mereka. Barulah quality parenting!

Untuk lebih dekat dengan jiwa mak-mak (muda) sekalian, jom kita lihat dan cuba tips yang dikongsikan ibu-ibu dengan anak kecil ini – Puan Aina Syafiqka, yang terkenal dengan hiasan rumah yang menjadi idaman para ibu, Dena Bahrin ‘the original influencer mum’, dan Puan Ashikin Amran yang tak lokek kongsikan tips dekorasi rumah dan kehidupan seharian beliau.

Nak tau bagaimana mereka memastikan rumah mereka sentiasa bersih, kemas, dan teratur? Jom kita baca artikel ini sampai habis.

#1: Bagaimana nak pastikan rumah sentiasa bersih & kemas setiap hari?

Ramai ibu bapa yang susah nak keep up dengan rumah yang bersih. Bila bersih pun, cepat je kotor balik! Mungkin Mama rasa, “baik takyah bersih kalau bersepah balik macam ni”. Anak-anak pun makan berterabur dan bersepah, tambah stres Mama! Mama Siti faham dengan rasa frust tu, tetapi setiap masalah ada penyelesaiannya!

Kredit gambar: Instagram Aina Syafiqka

Bersih itu pun subjektif, jika ia tidak melekit ataupun berdebu, cukup bersih la tu. Yang kita aim sekarang, kemas dan sedap mata memandang. Pastikan Mama ada peraturan tetap apabila berdepan dengan anak-anak. Kita boleh ajarkan mereka dan bukannya mengarah mereka. Lagipun, kalau kita biar bersepah mesti ia akan mengganggu emosi kita kan?

Ni cara Puan Aina Syafika lakukannya,

Saya ada buat rule especially when we have little kids, no foods are allowed at living area, if nak makan haruslah di meja makan. No toys outside from the playroom. I find that this rules helps a lot to maintain the house tidy. Lagi-lagi saya yang pjj dengan husband for 6-8 months, so this rule sangat-sangat menbantu saya. Trust me bila rumah bersepah it involves with the emotions. Ibu happy insyaAllah seisi keluarga juga akan happy. So bila disiplin, insyaAllah kita boleh maintainkan rumah kemas, setakat sepah-sepah sikit bagi saya normal. 

Betul, sepah-sepah sikit tu biasa la. Ia juga luar kawalan kita. Tetapi kena ada peraturan dan juga rutin yang konsisten! Lihat pula tips mengemas daripada Dena Bahrin, ibu yang selalu kongsikan perihal anak-anaknya,

Simple but enough play area, also practical to clean up nanti and comfortable enough for my 9, 4, and 1 year old. Since 2019 mesti kena deep clean every year sebab kata pun play area kan so bersungguh diorang ni play haha. Nak demam deep cleannya, i found that letak yang tikar getah boleh sambung sambung tu tak practical for this play area sebab ganaih bebudak ni & tangkap habuk and before this sebab Suhayl masih small. Tetapi sekarang dia semua berlari dan berjalan jadi tak perlu dah. Karpet ringkas ini sudah memadai.

Kredit gambar: Instagram Dena Bahrin

#2: Top hack pembersihan rumah yang boleh kongsikan dengan mak-mak lain

Jujurlah, kita bukan robot boleh buat semua benda dalam satu masa kan? Kita juga perlukan selok-belok ataupun tips dan hacks senang untuk memudahkan kerja Mama! Haa, jangan simpan-simpan barang yang tidak diperlukan tu Mama. “Keep only what sparks joy”, bak kata Marie Kondo yang juga dikenali sebagai Konmari. Kalau tak spark joy, jangan simpan tau!

Sambung Mama Aina lagi,

Declutter barang yang tidak diperlukan lagi. Make sure sebelum tidur rumah dah siap kemas supaya kita rasa happy untuk mulakan hari baru. Organise barang supaya rumah nampak kemas dan practical.

#3: Bagaimana nak kemas bilik atau barang mainan anak-anak?

Kredit gambar: Instagram Aina Syafiqka

Kadang-kadang tak perasan pun mainan anak kita semakin menggunung, lagi-lagi bila mereka ada bilik khas untuk bermain. Sampai masa, kita akan periksa mainan anak-anak untuk buang mainan yang sudah rosak dah sebagainya. Mama Aina juga kongsikan tipsnya tentang pengemasan bilik atau barang mainan anak-anak,

Macam di bilik mainan anak saya,most of the times anak saya yang akan kemas sendiri, I always remind them to clean up after play. Start them young. Apa yang saya buat, untuk memudahkan mereka kemas, saya sediakan bakul, there’s few basket yang saya dah sort of, so they just follow. Every 2 weeks saya akan deep clean, lap habuk and susun balik. Buang atau prelove mainan yang tak lagi mereka berminat.

Tips menarik, dan boleh dicontohi oleh Mama-mama lain. Sediakan bakul mainan adalah yang paling mudah yang Mama boleh lakukan. Kita tak nak mainan anak-anak sentiasa bersepah bukan? Kalau mainan dah lama tu, boleh la donate pada anak-anak lebih memerlukannya. Simple!

#4: Penjagaan dapur dari segi penyusunan barang & pembersihan selepas memasak

Kredit gambar: Instagram Aina Syafiqka

Proses mengemas dapur amatlah melecehkan, daripada mula memasak hinggalah habis makan. Mesti banyak pinggan dan periuk yang bertimbun-timbun, jenuh nak kemasnya. Lagi-lagi Mama yang suri rumah, memang banyak habiskan masa di dapur, memikirkan nak masak apa hari ini. Pastikan Mama label apa yang perlu, dan semua barang perlu ada “rumah” mereka tersendiri. Barulah, senang menyimpan!

Pesan Puan Aina bagi penjagaan dapur,

Bagi saya penjagaan dapur sangat-sangat penting sebab boleh kata satu hari masa banyak habis didapur. So apa yang saya buat, lepas masak saya terus kemas tanpa tangguh-tangguh. Setiap keperluan, barang masak saya akan susun and put at their own places mengikut kesesuaian untuk penggunaan harian saya. Supaya lebih practical bila nak menggunakannya.

Bila barang tersusun, dapur akan nampak lebih kemas, dan pembaziran barang makanan juga dapat dielakkan. Dan make sure bila susun, haruslah practical. Put practicality first before beauty. Kenal pasti barang yang mana harus letak di bawah, diatas, dia bahagian kering mahupun di pantry.

Bukan sahaja dapur perlu teratur dan tersusun, peti sejuk pun main peranan sebab tiap-tiap masa kita akan buka peti sejuk. Tips simple untuk organise peti sejuk daripada satu ibu ini, Ashikin Amran,

Saya sendiri sukakan rupa bekas jernih di dalam peti ais (dibeli dari shopee) kerana kita masih boleh melihat isi dalamnya tanpa perlu menarik keluar setiap bekas every time kita mencari sesuatu. Sekarang, tak ada makanan expired lagi.

Tips Mudah Untuk Menyusun Barangan di Dalam Peti Sejuk

Kredit gambar: Instagram Ashikin Amran

1. Keluarkan semua barang daripada original packaging jika boleh dan simpan dalam bekas jernih.
2. Lazy susan to store condiments & spreads.
3. Label, label, label.

Sebagai seorang ibu ataupun bakal ibu, ilmu-ilmu ni penting pada masa kelak. Kita kena prepare awal apabila dah ada anak nanti kita jadi tak terurus. Pastikan Mama ajar mereka mengemas dan jangan suruh dan mengarah! Mudah-mudahan dengan tips diberi ini, spotless lah rumah Mama! Jadilah ibu yang bijak dan didik mereka mengemas dari kecil! Ingat tau pesan Mama Siti ni.

Mama Ada Tips? Jom Share!

Thanks supermums, kerana sudi berikan tips mengemas rumah dengan si kecil! Dia buat sepah, dia la kena kemas balik kan? Betul tak Mama? Melentur buluh, mestilah dari rebungnya~ Moga-moga petua yang dikongsikan ini dapat membantu Mama dalam hal rumah tangga yang tak pernah habis ni.

Selepas baca artikel ini, Mama Siti mahu minta pertolongan Mama untuk isikan kaji selidik tentang bagaimana kita sebagai ibu mahu jaga kebersihan rumah Mama. Of course, tidak ada apa yang percuma di dalam dunia ini terutamanya masa untuk isi tinjauan ini! Dan Mama Siti sangat memahami.

Dengan mengisi kaji selidik ini, setiap peserta akan mendapat e-baucar RM10 di Motherhood.com.my, dengan perbelanjaan minimum RM110, dihadkan pada RM10. Tarikh luput untuk menggunakan e-baucar ini adalah pada 15 Oktober 2022.

Yang lagi best, 10 Mama bertuah bakal menerima sebuah Motherhood Gift Box bernilai RM100 setiap satu! Bestnya, mana nak dapatkan? Tapi ingat, Mama hanya boleh menggunakan baucar ini sekali sahaja tau. Jom isi soal selidik ini sekarang!