KelabMama

KAIN TERSANGKUT PADA MOTOSIKAL, BAYI PUTUS KEPALA!

Sangat pilu dan mengerikan – itulah yang mampu diungkapkan tentang kes bayi terjatuh terlentang dan putus kepala gara-gara kain tersangkut pada motosikal ini. Menurut laporan media, bayi yang baru berusia 1 tahun itu dilaporkan memakai kain untuk menutupi kepalanya sebelum kain itu tersangkut di jejaring tayar motosikal terbabit.

Kejadian ini berlaku di Filipina. Ibu mangsa, Lorna Stephanie Nueva mendukung bayi ini di dalam tangannya ketika mereka menunggang motosikal ke klinik di Catarman, Filipina.

Walau bagaimanapun, tiba-tiba, motosikal Honda yang ditunggang itu terhenti selepas kain yang menutupi kepala mangsa tersangkut di jejari tayar motor. Ia berlaku di sekitar kampung Rawis, Laong, 30 batu dari Catarman.

Bayi itu maut ditempat kejadian sebelum sempat dibawa ke klinik. Menurut saksi, bayi jatuh terlentang dan kepalanya terus patah dalam masa beberapa saat selepas terjatuh. Ibu dan nenek mangsa tak sempat melakukan apa-apa untuk menyelamatkan si kecil yang tak bersalah ini.

Bagaimana bayi jatuh terlentang dan putus kepala?

Dilaporkan mangsa telah memakai kain kepala untuk melindunginya dari cuaca yang terlalu panas dan ekstrem di kawasan Laoang, utara Samar tersebut. Malah, ibu mangsa juga mengatakan dia sedang sakit. Kanak-kanak kecil menunggang motosikal bersama orang dewasa adalah satu perkara biasa di Filipina, begitu juga di Malaysia.

Ada sesetengah ibu bapa yang terpaksa menunggang motosikal dengan anak-anak mereka, tanpa langkah berjaga-jaga yang betul. Sedangkan, perbuatan ini boleh mengundang padah!

Lebih-lebih lagi jika dalam perjalanan yang jauh. Menurut Elizar Diu, polis yang menyiasat kejadian ini mendedahkan, ibu dan nenek mangsa masih dalam keadaan terkejut dan tak mampu menjelaskan keadaan sebenar.

Namun, di bawah Akta Republik yang melibatkan keselamatan kanak-kanak ketika menunggang motosikal, mereka berdua boleh didakwa atas tuduhan “kecuaian dan kelalaian hingga menyebabkan pembunuhan”

Siasatan masih dijalankan sehingga kini.